Tamadun Melayu Sungai Batu 788SM

  • Home
  • Tamadun Melayu Sungai Batu 788SM

Tamadun Melayu Sungai Batu 788SM Sungai Batu, permulaan sejarah Melayu. Tamadun tertua di Asia Tenggara. Sumber jati diri bangsa.

26/04/2026

Malay States - Insafi Sejarah

Pada setiap tiang di Istana Buckingham, England kelihatan terukir nama negara yang pernah mereka jajah suatu ketika dahulu.

Pada salah satu tiang tersebut terukir perkataan "Malay States" atau Tanah Melayu, tidak p**a ditulis Malaya atau Malaysia.

Adakah bukti ini mempunyai makna dari sudut sejarah ? Ya sudah tentu.

Semua rakyat Malaysia seharusnya memginsafi nilai sejarah yang semertinya dihormati ini.

Rakyat yang patriotik mesti menghormati perlembagaan negara yang meletakkan :

1- Islam sebagai agama persekutuan
2- Kedudukan Raja-raja Melayu
3- Hak Istimewa Melayu dan Bumiputera
4- Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

Semua rakyat Malaysia seharusnya menginsafi dan menghormati nilai sejarah yang sangat bermakna ini.

Oleh:

Prof. Dr Zainur Rashid Zainuddin

24/04/2026
24/02/2026

⚓ Kuala Selinsing: Pelabuhan Purba Perak

🌊 Di Pulau Kelumpang, di muara Sungai Selinsing berhampiran Kuala Kurau, Perak, tersimpan sisa sebuah penempatan pesisir yang pernah makmur kira-kira 1,500 tahun lalu.

Hari ini ia dikenali sebagai Kuala Selinsing, salah satu tapak arkeologi terpenting di Malaysia yang membuktikan bahawa jaringan perdagangan awal di Semenanjung Tanah Melayu wujud berabad-abad sebelum Melaka muncul.



📜 Bukti Sejarah & Arkeologi

• Ekskavasi menemukan manik kaca dan batu separa permata dari India, seramik Dinasti Tang (China), manik Vietnam serta barangan logam asing merupakan tanda hubungan dagang merentasi India, China, dan Kep**auan Melayu.

• Tapak perkuburan purba dengan rangka manusia menunjukkan komuniti pesisir yang mapan, berkemahiran dalam perdagangan dan perkapalan.

• Kajian menunjukkan mereka mengamalkan kepercayaan animisme dengan pengaruh Hindu–Buddha, berdasarkan barang pengkebumian dan simbol tertentu.



🕰️ Kepentingan Kuala Selinsing

• Bukti jelas bahawa penduduk tempatan terlibat dalam perdagangan maritim India–China sekurang-kurangnya sejak abad ke-3 Masihi.

• Artifak menunjukkan keupayaan teknologi Zaman Logam, termasuk kerja logam dan penguasaan rantaian bekalan manik yang kompleks.

• Kedudukan strategik di Selat Melaka dan pintu masuk ke Lembah Perak menjadikan Kuala Selinsing sebahagian daripada rangkaian perdagangan awal Asia Tenggara, sezaman dengan kemunculan awal Srivijaya.



🌌 Misteri yang Tersisa

• Mengapa penempatan ini merosot sekitar abad ke-10? Adakah kerana perubahan laluan sungai, kemerosotan pasaran manik, atau kebangkitan pelabuhan lain seperti Palembang?

• Bagaimana komuniti kecil di pesisir Perak mampu menghubungkan India dan China dengan begitu efisien tanpa kuasa kerajaan besar?



✨ Kuala Selinsing mengingatkan kita bahawa sejarah awal Semenanjung tidak bermula dengan Melaka, sebaliknya sudah berakar jauh di pesisir Perak sejak zaman perdagangan global awal.

👉 Ikuti Kami untuk lebih banyak siri Kota Melayu Yang Hilang.

📝kredit: Malay Discovery





📚 Rujukan Akademik Utama

• Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman, Archaeology in Malaysia (1998)
• Paul Wheatley, The Golden Khersonese (1961)
• Jabatan Muzium Malaysia, Laporan Ekskavasi Kuala Selinsing (1970-an)

28/01/2026

Siapakah Wanita Pulau Pinang? Kisah Dari Ribuan Tahun Lalu

Ribuan tahun dahulu, di persisiran utara Semenanjung Malaysia, manusia hidup beriringan dengan laut dan alam.

Jejak kehidupan mereka kini ditemui semula di Guar Kepah.

Pada tahun 2017, pasukan penyelidik Universiti Sains Malaysia menemui rangka manusia yang dikenali sebagai Wanita Pulau Pinang.

Berusia 5,000 hingga 6,000 tahun, rangka ini menjadi bukti pengebumian primer pertama yang direkodkan secara saintifik di Guar Kepah, ditemui dalam posisi asal di dalam timbunan cangkerang.
Tengkoraknya memperlihatkan percampuran ciri Mongoloid dan Australomelanesoid, memberi petunjuk tentang latar belakang masyarakat Guar Kepah yang pelbagai serta percampuran genetik sejak awal sejarah.

Tapak ini turut mendedahkan tinggalan kebudayaan seperti cangkerang dan tembikar menunjukkan kehidupan harian, sumber makanan, serta penggunaan bahan untuk menyimpan air, makanan dan serbuk seperti kapur.

Namun persoalan sama masih kekal: adakah tembikar ini dihasilkan sendiri atau diperoleh melalui pertukaran?

Guar Kepah bukan sekadar tapak arkeologi.
Ia adalah kisah tentang manusia, alam dan kebijaksanaan hidup pada era Holosen Pertengahan.

Baca buku Guar Kepah: Sejarah, Arkeologi & Kelestarian Warisan untuk mencetuskan minat terhadap sejarah dan kebudayaan masyarakat prasejarah yang pernah mendiami kawasan persisiran utara Semenanjung Malaysia pada era Holosen Pertengahan.




24/01/2026
22/01/2026
22/01/2026

✨ 1 hari lagi! ✨
Arkib Negara Malaysia akan menganjurkan Majlis Pelancaran Koleksi Digital British Colonial Office seperti berikut.

📅 23 Januari 2026 (Jumaat)
⏰ 10.00 pagi
📍 Auditorium PPPAV, Arkib Negara Malaysia
🎙️ Dirasmikan oleh YB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara

Mari terokai khazanah sejarah dalam era digital!

Sila layari portal Arkib Negara Malaysia di www.arkib.gov.my untuk melihat lebih lanjut Koleksi Digital British Colonial Office.





08/01/2026

Prasasti Sojomerto menunjukkan kaum Dinasti Sailendra.

Prof Boechari menyatakan paleografinya (jenis tulisan) bercorak abad ketujuh dan mungkin lebih tua dari Kedukan Bukit. Prasasti yang ditemui di Desa Sojomerto, Kabupaten Batang, dekat Pekalongan, Jawa Tengah ini ditulis dalam bahasa Melayu kuno, menunjukkan genealogi mula asal Dinasti Sailendra iaitu bapanya bernama Santanu, ibunya bernama Bhadrawati dan isterinya bernama Samp**a. Baginda ialah Dapunta Selendra.

Menurut Bambang Budi Utomo, Sailendra jelas berasal dari Sumatra. Oleh itu, jelaslah Sailendra itu raja Melayu dari Sumatra yang mana pada zaman Balaputra Dewa, berlaku pengusiran Melayu dari bumi Jawa oleh Rakai Pikatan menyebabkan Dinasti Sailendra menyatu semula dengan Srivijaya di Sumatra.

25/11/2025
22/11/2025

Address


Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Tamadun Melayu Sungai Batu 788SM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

  • Want your school to be the top-listed School/college?

Share