Resepi Masakan Cikgu Qielah

Resepi Masakan Cikgu Qielah Berkongsi resepi masakan dan tips cara olahan mudah untuk semua.

Kuih sagu sirap rose  Bahan2 cawan sagu2 cawan air1 cawan gula boleh tambah jika s**a manis lagi4 penutup sirap rose jen...
30/09/2024

Kuih sagu sirap rose
Bahan
2 cawan sagu
2 cawan air
1 cawan gula boleh tambah jika s**a manis lagi
4 penutup sirap rose jenama lion atau jenama ape2 yg kawan s**a
2 helai daun pandan simpul
Kaedah penyediaan:
Rendam sagu 5 minit dan toskan
masak air gula sirap rose dan daun pandan simpul hingga larut dan mendidih
Masukkan sagu dan tutup api kacau sebati
sudu kan dalam acuan yang di sapu minyak
Isi sagu jangan penuh sangat tinggalkan ruang sikit ok
kukus hingga hilang putih2 sagu
sejukkan dahulu baru salut dengan kelapa yg sudah di kukus
sedia dihidangkan
Bahan salutan
1 biji kelapa parut putih
sedkit garam
2 helai daun pandan simpul
satukan semua dan kukus 2-3 minit😍
Owner resepi Norashikin Abd Malek
Di cuba oleh Zuhie Syafakillah

AYAM GORENG DAUN KARI KRUP KRAPAyam goreng tepung letak daun kari ni antara menu febret hasni, The kiddos pun s**a. Sung...
29/09/2024

AYAM GORENG DAUN KARI KRUP KRAP
Ayam goreng tepung letak daun kari ni antara menu febret hasni, The kiddos pun s**a. Sungguh enak di ratah begitu sajaa 🤭
Resepi yang mudah yangmat nak sediakan. Jom cikedot 👇
BAHAN :
Ayam
Daun Kari
Tepung Bestari Original / Spicy (ikut s**a)
Serbuk Kunyit
Serbuk Perasa
Lada Sulah (optional)
CARANYA :
- Potongkan ayam mengikut saiz kes**aan korang, cuci bersih lalu toskan.
- Gaulkan dengan serbuk kunyit, serbuk perasa, tepung bestari, lada sulah dan daun kari. Perapkan seketika.
- Kemudian masukkan ayam yang telah diperap kedalam bekas. Masukkan tepung bestari, tutup bekas dan goncang-goncangkan sehingga ayam terbalut tepung dengan sempurna.
- Panaskan minyak, goreng ayam sehingga kekuningan. Siap !
Krup krap krup krap, bila tergigit daun kari dia yang rangup. Perghhh nang nyaman

Kek Coklat Kukus s**atan cawan ❤❤Bahan2 :1 cwn serbuk koko 1cwn susu pekat1 cwn susu cair1 cwn gula1 cwn minyak3 biji te...
28/09/2024

Kek Coklat Kukus s**atan cawan ❤❤
Bahan2 :
1 cwn serbuk koko
1cwn susu pekat
1 cwn susu cair
1 cwn gula
1 cwn minyak
3 biji telur
-semua bahan kat atas masukkan semua dalam blender dan kisar selama kurang 5 minit. Panaskan air dalan periuk kukusan.
Bahan2 ayak:
1 1/4 cwn tepung gandum
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder
-adunan yang telah dikisar dimasukkan dalam bekas dan masukkan tepung. Kaup balikkan. Tapis dan letak dalam loyang. Kukus 45 minit dengan api sederhana. Nak tau masak cucuk dengan garfu. Kalau tak melekat dah masak.
Kredit Resepi Nor Juliana Isa via Buku Resepi

APAM KAMPUNG GULA MERAH🧡Bhn2-:1 cawan gula merah/gula perang/gula melaka (apam ni x berapa manis..bg yg nk manis blh + s...
27/09/2024

APAM KAMPUNG GULA MERAH🧡
Bhn2-:
1 cawan gula merah/gula perang/gula melaka (apam ni x berapa manis..bg yg nk manis blh + sedikit gula pasir)
2 cawan air panas
3 cawan tepung gandum
1 peket yis segera (11g)
Cara2-;-
Air pns dan gula merah disatukan dan dikacau hingga gula larut-tapis dan biarkan seketika hingga suam..kalau nk dimasak terus pn boleh...
Pastikan larutan gula merah masih SUAM ketika di campurkan dgn tepung dan yis supaya adunan dpt mengembang dgn jayanya
perap lbh krg selama 1 jam...bila dah kmbg...adunan x perlu dikacau...
Setelah kmbg...kukus adunan dlm loyang atau dlm acuan kecil² sehingga msk.(dlm acuan kecil ni..dlm 15min)
***kukusan pnskn hingga mendidih.. dulu ya ..
***acuan sapu dgn sedikit minyak
Satu adunan ni...saya dpt dlm 30bj guna acuan kecil ikut banyak mn isian dlm acuan..tu..
Kredit : sabariah mehat

RESEPI KUIH KOCI PULUT HITAMBAHAN-BAHAN :2 cawan tpg pulut5 sudu makan beras pulut hitam dikisar halus dan di ayak...sed...
26/09/2024

RESEPI KUIH KOCI PULUT HITAM
BAHAN-BAHAN :
2 cawan tpg pulut
5 sudu makan beras pulut hitam dikisar halus dan di ayak...
sedikit garam
1 cawan air, jgn curah semuanya nanti lembek sangat. Masukkan sikit2 sehingga doh tak lekat di tangan.
CARA-CARANYA :
Tepung pulut dan beras pulut hitam serta garam di adun sebati.
Kemudian curah air sedikit demi sedikit. Doh tak lekat kat tangan dah kira ok. Doh tak keras n tak lembek sangat.
RESEPI INTI KELAPA :
1 biji kelapa parut
2 biji gula melaka
3/4 cwn gula pasir
1 sudu besar tepung gandum dibancuh dgn sedikit air
daun pandan disimpul
CARA-CARANYA :
Masak gula melaka, 3/4 cawan gula pasir daun pandan dgn sedikit air. Masak sehingga gula melaka hancur. Kemudian tapis.
Masukkan kelapa parut, masak sekejap atas dapur. Agak2 dah kering masukkan bancuhan tpg gandum tadi. Masak sehingga ia lembap2, kemudian sejukkan.
Bulat2kan inti tersebut.
Daun pisang dilayur atas api.
**KUAH SANTAN PEKAT
2 sudu besar tpg beras
2cawan santan pekat
sedikit garam
campurkan tpg beras dlm santan pekat..kacau sebati dan masukkan garam...masak adunan ni sehingga pekat... ketepikan
CARA-CARANYA :
masakkan air rebusan dalam satu periuk tuk masak kuih koci
ambil sedikit adunan tpg pulut tadi.bulatkan kemudian leperkan diatas tangan..masukkan inti kelapa dan bulatkan balik..buat sampai habis doh
air rebusan dah mendidih..masukkan doh2 kuih koci ni dlm air rebusan sehingga kuih koci ni terapung dan angkat...
masukkan p**a kuih koci ni dlm adunan campuran santan dan tepung beras
guna sudu ambil doh koci sekali ngan adunan santan tadi letak atas daun pisang yang disapu minyak...bungkus cantik2
kemudian kukus la sekejap dlm 7 minit tuk bagi aroma daun pisang.
Kredit : Empunya Resepi

RESEPI SERI AYU PANDAN-kuih paling cerewet, tapi banyak peminat. membuat kuih ini kena banyak2 sabar. resepi sya sejak 6...
25/09/2024

RESEPI SERI AYU PANDAN-
kuih paling cerewet, tapi banyak peminat. membuat kuih ini kena banyak2 sabar. resepi sya sejak 6 tahun lalu, .
Bahan2-
*4 Biji Telur ( sya guna telur gredC je)
225gram gula pasir
1 sudu teh ovalet
200ML Santan( sya Guna santan kotak kara)
250gram Tepung Gandum ( ayak)( sya guna cap rose)
1 biji kelapa setengah tua( sya parut sendiri supaya cantik) seperti dlm pic.
pewarna hijau apple
Cara cara membuat,
Mula- mula, parut kelapa dulu, siap parut ,kukus kelapa parut dengan sedikit garam selama 15 minit, kemudian sejukkan. setelah sejuk, gaul dengan 2 sudu tepung ubi, untuk mengelak kelapa terurai.
Kemudian, Rebus santan dengan sehelai daun pandan hingga mendidih, tutup api dan sejukkan.
Kocok telur dan gula pasir dan ovalet hingga betul2 kembang, kemudian masukkan tepung dan santan sedikit demi sedikit, gaul dengan cara kaup balik. sampai betul2 tercampur rata, baru letak pewarna hijau.
Ambil cetakan puteri ayu dan oleskan dengan sedikit minyak. masukkan kelapa parut dan tekan2 dasarnya ,kemudian masukkan adunan tepung, jngn terlalu penuh. kukus kedlm kukusan yng telah sedia di panaskan. kukus selama 7 minit dengan api sederhana. setelah 7 minit tutup api, tunggu sekejap baru buka penutup.
Tips sya supaya kuih tidak mengecut-
# pastikan tutup pengukus di balut dengan kain supaya air tidak jatuh ke atas kuih.
# Jangn buka penutup semasa sedang mengukus, tunggu 7 minit siap di kukus baru tutup api dulu baru buka.
kredit Alina Ali

❤️ PERIUK NOXXA ❤️Bibik ajaib ni wajib ada 1 untuk memudahkan kerja mak² kat dapoq🥰🌿 Jimat elektrik🌿 Makin kerap guna ma...
24/09/2024

❤️ PERIUK NOXXA ❤️
Bibik ajaib ni wajib ada 1 untuk memudahkan kerja mak² kat dapoq🥰
🌿 Jimat elektrik
🌿 Makin kerap guna makin laju performance
🌿 Mudah dibersihkan
❇FUNGSI AVAILABLE❇
❤ Keep warm (hingga 12 jam)
❤ Delay cooking (hingga 24 jam)
❤ High pressure
❤ Cake / Bake
❤ Stir fry
❤ Steam
❤Slow cook
❇RESEPI❇
❤ Dodol 2 minit
❤ Bihun 3 minit (x perlu rendam)
❤ Nasi goreng 8 minit (dari beras)
❤ Pulut kuning 6 minit (x perlu rendam)
❤ Kek 26 minit
❤ Rebus tulang 30 minit

www.wasap.my/60174837843/naknoxxa

Resepi Bubur Asyura versi UtaraBahan2nya:2 cawan tepung beras3 cawan santan pekat+ 1 sdt garam3 cawan santan cair1 cawan...
23/09/2024

Resepi Bubur Asyura versi Utara
Bahan2nya:
2 cawan tepung beras
3 cawan santan pekat+ 1 sdt garam
3 cawan santan cair
1 cawan gula merah ( dimasak dgn 1 cawan air hingga larut dan tapiskan)
3/4 cawan gula putih ( nak manis tambah )
Segenggam kacang tanah, kacang kuda, kacang hijau direndam 3 jam kemudian direbus hingga lembut
Semangkuk keledek dipotong dadu dan direbus hingga lembut
Semangkuk pisang dipotong bulat2
1 tin jagong ADABI
3 sdb sagu halus
3 helai daun pandan
Caranya.
Blendkan tepung beras dengan 3 cawan santan cair dan tapiskan. Satukan semua bahan kecuali pisang dalam kuali besar atau periuk besar. Kacau hingga masak dengan api perlahan. Agak2 pekat masukkan hirisan pisang. Kacau lagi hingga betol2 masak dan tidak melekat dikuali. Asyura yang sudah masak bolehlah dialihkan ke dalam loyang.
Kredit : ct Royz ( MAHN)

Kek Butter Oren. Saya ikhlaskan resepi. Doakan saya dan keluarga sihat sentiasa.Resipi Kek Oren Kak Ecah :250 gram pure ...
22/09/2024

Kek Butter Oren. Saya ikhlaskan resepi. Doakan saya dan keluarga sihat sentiasa.
Resipi Kek Oren Kak Ecah :
250 gram pure butter
1 cwn marjerin pelangi
1 1/4 gula kastor
6 biji telur gred A
2 sk esen vanila
2 sb Sunquick oren
2 1/4 cawan tepung naik sendiri
1 sb parutan kulit oren
Cara-cara:
Putar butter, marjerin dan gula kastor hingga putih gebu
Masukkan telur sebiji demi sebiji
Masukkan esen vanila
Putar lagi sehingga adunan betul2 sebati
Masukkan tepung sikit demi sedikit diselang selikan dengan Sunquick oren td.
Masukkan parutan kulit oren kacau sebati.
Masukkan dalam loyang. Saya guna size 10'.
Panaskan oven. Bakar pada suhu 180°c selama 55 minit atau hingga kek masak.
*cwn saya guna yg ukuran 250ml ye..
Selamat mencuba. - Selamat Menyambut Hari Raya AidilAdha. 💓

Ada ka yang berminat nak Noxxa tapi tak mampu beli Cash??Jom  beli dengan sis, ansuran boleh bayar 4x tau, 1st payment t...
21/09/2024

Ada ka yang berminat nak Noxxa tapi tak mampu beli Cash??
Jom beli dengan sis, ansuran boleh bayar 4x tau, 1st payment terus dapat barang 🤩🤩🤩
Untuk bulan ogos je tau.. nnti dah back to Cash😭
Jom grab sekarang!
www.wasap.my/60125514967/nak+noxxa



wassap.my/60174837843/noxxa

Mee bandung 🍜1/2 bj bwg merah besar1/2 bj bwg holland2 ulas bwg putih1inch halia2sb udang kering5tangkai cili kering (re...
20/09/2024

Mee bandung 🍜
1/2 bj bwg merah besar
1/2 bj bwg holland
2 ulas bwg putih
1inch halia
2sb udang kering
5tangkai cili kering (rendam air panas 5minit)
Blend bahan diatas dgn sedikit air dan tumis sampai pecah minyak.
Masukkan bahan dibawah dan reneh sehingga ayam betul2 masak (udang letak lambat sikit)
2sb sos cili
2sb sos tiram
Ayam&udang
1sb chicken stock powder
Gula&garam
500ml air
Lepas tu boleh la adjust rasa kuah ikut selera masing2. Then, masukkan 2sb Kacang tanah (disangai tanpa minyak & tumbuk halus).
Bila dah cukup rasa baru boleh pecahkan telur tapi kacau manja2 jer tau. Masukkan sayur (ikut s**a) sawi, carrot, bunga kobis, tomato. Lastly bancuh 2sb tepung jagung dgn air biasa dan masukkan kedalam kuah tadi. Dah siap.
Boleh guna mee kuning @ yee mee. Hidangan utk 2 orang.
Resepi asal : marina sweet bakery

Resepi Congobar240gm Butter(cairkan terlebih dahulu dan biarkan sejuk)150gm brown sugar120gm gula pasir halus3biji telur...
19/09/2024

Resepi Congobar
240gm Butter(cairkan terlebih dahulu dan biarkan sejuk)
150gm brown sugar
120gm gula pasir halus
3biji telur + 1tsp creamy vanilla
*400gm tepung gandum baker choice
*1tsp baking soda
-ayak bahan yang bertanda*
250gm choc chip atau boleh guna callebaut callets
Cara² :
-Satukan butter cair dan brownsugar+gula pasir halus kacau guna whisk jer .
-Masukkan telur dan esen vanila kacau guna whisk jugak smp sebati.
-Dan baru masukkan tepung yang dh diayak dengan baking soda.
-Kacau lagi hingga sebati guna spatula jer.
-Dan terakir baru masukkan callebaut callet@choc chip.(tinggalkan sikit untuk letak bhg atas kek.
-Tuang dalam loyang 9,bakar suhu 160/40~45minit api atas bawah.
-Siap,tggu sejuk atau suam2 baru potong

Address

Semanggol
Semanggol

Telephone

+60174837843

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Resepi Masakan Cikgu Qielah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Resepi Masakan Cikgu Qielah:

Shortcuts

Share

Category