11/08/2026
Ringkasan Status Bayaran Sumbangan PIBG 2026
Status Bayaran Sumbangan PIBG 2026 yang dikemas kini sehingga 10 Ogos 2026, jumlah kutipan masih memerlukan sokongan dan kerjasama berterusan daripada ibu bapa dan penjaga.
Secara keseluruhannya, Tahun Dua mencatatkan kadar kutipan tertinggi iaitu 54%, diikuti Tahun Satu sebanyak 50%, Tahun Lima 43%, Tahun Empat 41%, Tahun Tiga 28% dan Tahun Enam 22%.
Daripada keseluruhan 1,546 orang murid, seramai 616 orang murid telah membuat sumbangan, manakala 930 orang murid masih belum membuat sumbangan.
📌 Masih terdapat peluang yang besar untuk kita meningkatkan kadar kutipan PIBG 2026. Kerjasama setiap ibu bapa amat dihargai bagi memastikan PIBG terus mempunyai sumber yang mencukupi untuk menyokong kebajikan, kecemerlangan murid, program pendidikan serta penambahbaikan kemudahan sekolah.
Ayuh kita bersama-sama tingkatkan kutipan PIBG 2026 demi manfaat dan masa depan anak-anak kita. ❤️