KAFA Integrasi Raudhatul Ilmi

KAFA Integrasi Raudhatul Ilmi (Official page)

KAFA Integrasi Raudhatul Ilmi, Serdang Jaya.

SALAM MAAL HIJRAH TAHUN 1448 / 2026Semoga kedatangan tahun baharu Hijrah menjadi titik permulaan kepada penghijrahan dir...
17/06/2026

SALAM MAAL HIJRAH TAHUN 1448 / 2026

Semoga kedatangan tahun baharu Hijrah menjadi titik permulaan kepada penghijrahan diri yang lebih baik, memperkukuh iman, memperbanyak amal soleh serta mengeratkan ukhuwah sesama insan.

Ikhlas daripada :
Warga kerja KAFAI Raudhatul Ilmi

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA 1447H “SEMOGA IBADAH KORBAN YANG DILAKSANAKAN DITERIMA ALLAH SWT SERTA MENGERATKAN UKHUWAH D...
27/05/2026

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA 1447H

“SEMOGA IBADAH KORBAN YANG DILAKSANAKAN DITERIMA ALLAH SWT SERTA MENGERATKAN UKHUWAH DAN KASIH SAYANG SESAMA INSAN.”

Ikhlas daripada : Warga KAFAI Raudhatul Ilmi

Selamat Hari Raya AidilfitriMaaf Zahir dan Batin untuk semua warga KAFAI Raudhatul Ilmi ❤️
20/03/2026

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir dan Batin untuk semua warga KAFAI Raudhatul Ilmi ❤️

Keputusan Cemerlang Calon UPKK 2025Assalamualaikum w.b.t.Alhamdulillah, keputusan yang dikeluarkan pada 25 Februari 2026...
20/03/2026

Keputusan Cemerlang Calon UPKK 2025

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah, keputusan yang dikeluarkan pada 25 Februari 2026 yang lepas mencatatkan keputusan yang membanggakan. Tahniah diucapkan kepada para calon yang telah berjaya mencatat keputusan cemerlang dalam UPKK 2025.

9A - 9 Calon
8A - 6 Calon
7A - 9 Calon

Kejayaan ini merupakan hasil usaha gigih murid, bimbingan berterusan guru serta sokongan padu daripada ibu bapa.
Semoga pencapaian ini menjadi motivasi untuk terus melangkah lebih jauh dalam menuntut ilmu dan membina sahsiah yang terpuji.

Majlis Khatam Al-Quran 2026Assalamualaikum w.b.t.Imbas kembali Majlis Khatam Al-Quran 2026 yang telah berlangsung dengan...
19/03/2026

Majlis Khatam Al-Quran 2026

Assalamualaikum w.b.t.

Imbas kembali Majlis Khatam Al-Quran 2026 yang telah berlangsung dengan penuh keberkatan. Majlis ini melibatkan murid-murid yang telah berjaya mengkhatamkan bacaan Al-Quran sepanjang bulan Ramadan, menjadi simbol komitmen mereka dalam membaca Al-Quran.

Program ini bukan sahaja menekankan penguasaan bacaan, tetapi juga menanamkan rasa cinta dan penghargaan terhadap Al-Quraan, serta mendorong murid untuk terus istiqamah membaca, memahami dan mengamalkan Al-Quran dalam kehidupan seharian.

Semoga usaha dan pencapaian murid menjadi inspirasi kepada semua untuk meningkatkan amal ibadah serta kecintaan terhadap Al-Quran.

Assalamualaikum W.B.TSempena Cuti Penggal 1, dinasihatkan agar sentiasa berhati-hati sepanjang perjalanan pulang ke kamp...
18/03/2026

Assalamualaikum W.B.T

Sempena Cuti Penggal 1, dinasihatkan agar sentiasa berhati-hati sepanjang perjalanan pulang ke kampung halaman. Pastikan keselamatan diutamakan, patuhi peraturan jalan raya dan rancang perjalanan dengan baik.

Semoga semua selamat sampai ke destinasi dan dapat memanfaatkan waktu cuti ini dengan sebaiknya bersama keluarga.

بِسْمِ ٱللَّٰهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِSempena Nuzul Al-Quran yang disambut pada 7 Mac 2026 bersamaan 17 Ramadan 1447H, ...
07/03/2026

بِسْمِ ٱللَّٰهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Sempena Nuzul Al-Quran yang disambut pada 7 Mac 2026 bersamaan 17 Ramadan 1447H, marilah kita bersama-sama menghayati peristiwa turunnya Al-Quran sebagai petunjuk dan rahmat kepada seluruh umat manusia. Al-Quran bukan sekadar untuk dibaca, tetapi untuk difahami, dihayati dan diamalkan dalam kehidupan seharian.

Semoga dengan keberkatan Nuzul Al-Quran ini, kita semua diberi kekuatan untuk terus mendekatkan diri dengan Al-Quran serta menjadikannya panduan dalam setiap langkah kehidupan.

Semoga kita tergolong dalam kalangan hamba yang sentiasa mencintai dan mengamalkan Al-Quran.

Sesi Persekolahan 2026Selamat kembali ke sekolah bagi Sesi Persekolahan 2026. Semoga tahun ini menjadi permulaan yang ba...
12/01/2026

Sesi Persekolahan 2026

Selamat kembali ke sekolah bagi Sesi Persekolahan 2026. Semoga tahun ini menjadi permulaan yang baik buat seluruh warga sekolah dalam meneruskan usaha mendidik, membimbing dan melahirkan generasi berilmu serta berakhlak mulia.

BERILMU BERAMAL BERTAKWA

Hari Kecemerlangan 2025 🥇Hari Kecemerlangan 2025 menjadi penutup tirai bagi seluruh program dan aktiviti sesi 2025. Majl...
12/01/2026

Hari Kecemerlangan 2025 🥇

Hari Kecemerlangan 2025 menjadi penutup tirai bagi seluruh program dan aktiviti sesi 2025. Majlis ini diadakan sebagai tanda penghargaan dan pengiktirafan kepada murid-murid yang telah menunjukkan pencapaian cemerlang dalam bidang akademik serta sahsiah sepanjang tahun.

Semoga kejayaan yang diraikan hari ini menjadi pembakar semangat untuk terus berusaha, berdisiplin dan berakhlak mulia. Mudah-mudahan semua ilmu yang dipelajari memberi manfaat serta menjadi bekalan berharga dalam perjalanan pendidikan mereka pada masa akan datang.

Berikut momen menarik yang dapat dikongsi 📸

13 November - Solat Hajat UPKKSolat Hajat UPKKProgram Solat Hajat UPKK telah diadakan sebagai usaha memohon keberkatan d...
19/12/2025

13 November - Solat Hajat UPKK

Solat Hajat UPKK

Program Solat Hajat UPKK telah diadakan sebagai usaha memohon keberkatan dan ketenangan hati buat murid-murid dalam menghadapi peperiksaan UPKK. Semoga segala doa yang dipanjatkan menjadi asbab kemudahan, kejayaan dan kecemerlangan buat anak-anak semua.

Address

Jalan 5/4, Serdang Jaya, 43400 Seri Kembangan
Selangor

Opening Hours

Monday 07:40 - 18:00
Tuesday 07:40 - 18:00
Wednesday 07:40 - 18:00
Thursday 07:40 - 18:00
Friday 07:40 - 18:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when KAFA Integrasi Raudhatul Ilmi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category