Penghayatan Etika & Peradaban K10

Penghayatan Etika & Peradaban K10

Share

GROUP C-PACE UUM KL

Microsoft Virtual Events Powered by Teams 30/05/2024

📢
*AKTIVITI PELAJAR PJJ UUM TAHUN 2024
*🎈
AYUH SERTAI WEBINAR ANJURAN PELAJAR PJJ UUM

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Sukacita dimaklumkan bahawa kami pelajar PJJ (Kuala Lumpur) dibawah kursus Perhubungan Awam (SCCA2073) akan mengadakan program webinar yang bertajuk berikut:

"Melawan Anxiety; Ubati Diri"

TARIKH: 1 Jun 2024 (Sabtu)
MASA: 10.00 pagi - 12.00 tengahari
PLATFORM: Microsoft Teams Live
Sat, Jun 1, 2024 10:00 AM - 12:00 PM (+08)

Microsoft Virtual Events Powered by Teams Microsoft Virtual Events Powered by Teams

Penjawat awam teruja kenaikan gaji | Berita Harian 06/05/2024

ASSALAMUALAIKUM , SALAM SEHJATERA DAN SALAM MALAYSIA MADANI. MUHAMMAD IQMAL HAQIM BIN ROSLEE , NO MATRIKS: 295846 SELAKU PELAJAR PENDIDIKAN JARAK JAUH (PJJ), UNIVERSITI UTARA MALAYSIA (UUM) PUSAT KUALA LUMPUR.

TUJUAN POST TERSEBUT ADALAH BERTUJUAN UNTUK MENDAPATKAN KAJIAN SURVEY BAGI MEMENUHI TUGASAN PAIR BAGI KURSUS SCCA 2073 PERHUBUNGAN AWAM.

BERITA GEMBIRA INI BAGI SELURUH PENJAWAT AWAM BAKAL MENIKMATI KENAIKKAN GAJI LEBIH 13%, YANG INI MERUPAKAN KADAR TERTINGGI DALAM SEJARAH PERKIDMATAN AWAM NEGARA KITA, MULAI 1 DISEMBER DEPAN. PADA PANDANGAN ANDA SEBAGAI PENJAWAT AWAM ADAKAH KENAIKKAN INI MEMBERI KESAN POSTIF KEPADA MASYARAKAT SECARA KESELURUHAN? APAKAH KENAIKKAN INI AKAN MEMBANTU MENINGKATKAN TARAF HIDUP PENJAWAT AWAM DI NEGARA INI? BAGAIMANA P**A DENGAN IMPAKNYA TERHADAP EKONOMI NEGARA?

MARI KITA BINCANG DAN BERKONGSI PENDAPAT MENGENAI PERKARA INI. SAMA ADA ANDA PELAJAR,PEKERJA SEKTOR SWASTA, ATAU INDIVIDU/ORGANISASI, PENDAPAT ANDA PENTING!!! TINGGALKAN KOMEN ANDA DI BAWAH DAN SHARE POST INI KEPADA RAKAN-RAKAN UNTUK MENDAPATKAN LEBIH BANYAK PANDANGAN.

SUMBER BERITA :

Penjawat awam teruja kenaikan gaji | Berita Harian PUTRAJAYA: Penjawat awam teruja pengumuman mengenai kenaikan gaji melebihi 13 peratus diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.

03/05/2024

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Saya Mohd Shah Rizan Bin Mohd Suliman Pelajar Pendidikan Jarak Jauh Universiti Utara Malaysia (UUM) Kampus Kuala Lumpur,

Tujuan Post Ini adalah bagi mendapatkan data Kajian survey bagi melengkapkan tugasan individu.

Soalan:
"Sistem Pendidikan negara perlu diperbaiki.Menurut data Pentaksiran Pelajar Antarabangsa (PISA) 2022 menujukan prestasi Malaysia berada dalam tangga tercorot. Malaysia berada di tanggaa ke 51 daripada 81 negara dalm kajian PISA, Khususnya dalam subjek Sains, Matemaatik dan Bahasa Inggeris, sekali gus terus berada di kedudukan yang membimbangkan dalam tujuh negara Asean. Justeru itu mencetuskan rasa bimbang kepada golongan ibu bapa pelajar terhadaap kualiti system Pendidikan negara sehingga terdapat desakan supaya Kerajaan mengambil serius terhadap perkara ini .

Mohon Rakan-rakan untuk berkongsi pandangan berkenaan peranan dan tindakkan pihak kerajaan dalam menagani masaalah ini.

Sumber
Sinarharian .com.my
02 februari 2024.

10/04/2024

Selamat Hari Raya Aidilfitri maaf zahir batin.
2024.

Dadah rangsang penagih untuk membunuh 10/01/2024

SHAH ALAM - Tragedi menyayat hati menimpa seorang ibu yang menjadi mangsa kekejaman anak kandung sendiri apabila dipenggal kepalanya dalam kejadian di Kampung Baru Pasir Penambang, Kuala Selangor pada 16 Januari lalu membuka mata banyak pihak betapa seriusnya gejala penagihan dadah di Malaysia.
Seorang ibu tua yang tidak menyangka menjadi mangsa anaknya itu, dipercayai dibunuh ketika berada di ruang tamu berikutan terdapat kesan darah di sekitarnya.

Siasatan yang dijalankan pihak polis mendapati laporan awal ujian air kencing, suspek positif methamphetamine dan amphetamine.
Kejadian tersebut mengimbas semula beberapa kejadian pernah berlaku sebelum ini akibat penagihan dadah.

Sekitar 2018, seorang lelaki maut ditetak beberapa kali dengan parang oleh anaknya yang dipercayai penagih dadah di sebuah rumah di Batu 4 1/2 Jalan Padang Melangit, Padang Besar, Perlis.
Mangsa yang merupakan seorang kontraktor itu ditetak anaknya selepas tidak berpuas hati kerana gagal memperoleh wang membeli dadah.

Pelbagai kejadian melibatkan suspek yang merupakan penagih menunjukkan bahawa dadah adalah pendorong utama berlakunya sesuatu jenayah.
Timbalan Pengerusi Skuad Anti Dadah Pulau Pinang, Mohammad Shukri Che Wang berkata, isu berkaitan dadah bukan perkara baharu di Malaysia.

“Masalah penagihan dadah sudah lama bertapak di negara ini dan ia diibaratkan seperti barah yang memberi kesan kepada semua pihak.
“Pelbagai usaha dilakukan bagi memastikan penyalahgunaan dadah ini diperangi sepenuhnya, baik masyarakat atau pihak berkuasa.

"Masing-masing memainkan peranan memerangi dadah sehinggakan kalau kita masih ingat, antara ayat yang sering digunakan ialah dadah musuh nombor satu negara,” jelas beliau.
Dadah sintetik pendorong berlaku jenayah
Penagihan dadah jenis sintetik misalnya menjadi pendorong utama kebanyakan penagih bertindak lebih berani dan luar kawalan.
Menurut Mohammad Shukri, pengambilan dadah sintetik adalah antara faktor utama berlakunya kes melibatkan jenayah kejam baru-baru ini.
“Dadah ini terbahagi kepada dua iaitu dadah konvensional dan dadah jenis sintetik. Kesan pengambilan dadah jenis sintetik ini lebih memberikan kesan buruk kepada penagih.
“Penagih akan menjadi tidak keruan dan kadangkala akan menjadi lebih agresif sehinggakan ada kejadian yang kita lihat berlaku, misalnya anak penggal kepala ibu dan lain-lain kes jenayah tidak terjangkau oleh akal yang waras,” katanya kepada Sinar Harian, baru-baru ini.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Yahaya Othman (tiga,kiri) menunjukkan antara dadah yang dirampas sidang media di IPK Kuala Lumpur pada Isnin.

Jelas beliau, dadah sintetik terutamanya syabu merembeskan neurotransmiter dopamin iaitu sejenis bahan kimia yang merangsang sel-sel otak, sekali gus ‘melimpahi’ penagih dengan perasaan begitu menyeronokkan.
“la juga mempunyai kesan neurotoksik yang memusnahkan sel-sel otak yang turut mengandungi serotonin, sejenis neurotransmiter lain.
“Lama-kelamaan, dadah ini akan menyebabkan paras dopamin yang terus berkurangan dan menyebabkan penagih mengalami gangguan pergerakan yang teruk,” jelas Mohammad Shukri.
Tambah beliau, syabu juga boleh menimbulkan keghairahan seksual atau mendorong nafsu yang kuat, menjadikan penggunanya seorang perogol.

Ketua Polis Perlis, Datuk Surina Saad (kiri) menunjukkan sebahagian dadah jenis g***a yang dirampas dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perlis pada Khamis.

“Selain itu, mereka yang mengambilnya akan jadi lebih berani dan sanggup melakukan jenayah seperti rompakan mahupun pembunuhan tanpa sedikit pun rasa bersalah.
“Serius saya katakan, banyak kejadian pembunuhan kejam termasuk kes bunuh melibatkan ahli keluarga dan rakan terdekat, suspek selalunya penagih syabu. Kerana apa? Kerana dadah ini boleh membuatkan mereka terlebih berani.
“Ini berlaku kerana syabu meninggalkan kesan cukup kuat ke atas saraf otak hingga mereka menjadi agresif dan tak mampu lagi berfikir secara waras,” katanya.
Tumpu usaha cegah terjebak dadah sejak dari sekolah
Menurut Mohammad Shukri, masalah ketagihan dadah kebanyakannya bermula dari peringkat awal iaitu di rumah.
Katanya, terdapat kes penagihan dadah melibatkan remaja seawal usia 13 tahun.
“Ada kes yang dikesan, ketagihan bermula sejak di bangku sekolah lagi dan faktor keluarga adalah antara menjadi penyebab ia berlaku.
“Kehidupan keluarga bermasalah, ada antara ayah dan ibu merupakan penagih serta kurangnya didikan agama adalah faktor-faktor yang kita kesan menjadi penyebab remaja terlibat dadah,” ujar beliau lagi.
Mohammad Shukri berkata, dalam soal itu, penekanan terhadap bahana penyalahgunaan dadah perlu diterapkan sejak sekolah lagi.
“Ceramah berkaitan penyalahgunaan dadah perlu dipertingkatkan dan pada masa sama penerangan oleh agensi bertanggungjawab berkaitan dadah perlu dilaksanakan lebih kerap di sekolah.
“Apa yang kita mahukan adalah mendidik jiwa anak-anak tentang bahayanya penyalahgunaan dadah, bukan sahaja memberi kesan buruk kepada diri, malah kepada keluarga, masyarakat dan negara,” tegas beliau.
HAPUSKAN PENGEDARAN DADAH
Menurutnya, usaha memastikan dadah dapat dibanteras sehabis mungkin adalah dengan memastikan pengedaran dadah dapat diperangi sepenuhnya.
Jelas beliau, selagi terdapat pengedaran dadah, maka usaha untuk memastikan penyalahgunaan dadah dapat dibanteras adalah sukar.
“Kita perlu ingat sekiranya tiada tawaran, maka tiada permintaan. Dalam soal ini, penumpuan harus ditingkatkan dari segi pengedaran dadah.
“Dalam erti kata lain, usaha memastikan tokan-tokan atau jerung dadah perlu diperangi habis-habisan,” katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata, stigma masyarakat terhadap golongan bekas penagih juga merupakan salah satu faktor penyalah gunaan dadah terus berlaku.Jelas Mohammad Shukri, terdapat bekas penagih yang nekad mahu berubah namun tewas gara-gara tidak diterima masyarakat.
“Masalah berlaku apabila golongan bekas penagih ini tidak diterima oleh masyarakat. Apabila bekas penagih berusaha untuk pulih, namun tidak berhasil kerana berdepan dengan pandangan masyarakat yang negatif.
“Harus diingat, semua insan memiliki peluang kedua, andai bekas penagih sentiasa diberikan stigma negatif, bagaimana mereka nak berubah, malah sekiranya mereka kembali menagih, ia bukan sahaja kerugian kepada individu berkenaan tetapi juga kepada masyarakat itu sendiri,” kata beliau.

Man terlibat dalam penagihan dadah sejak berusia 15 tahun.

PERANGI DADAH HABIS-HABISAN
Sementara itu, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) akan membanteras habis-habisan kegiatan penyalahgunaan dadah sebagai usaha memastikan negara bersih daripada dadah.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, masalah dadah adalah perkara yang serius.
“Masalah dadah boleh menyebabkan masalah lain timbul seperti kes sosial dan jenayah.
“Kalau kita dapat tangani masalah dadah ini, sudah tentu kita akan dapat kawal semua masalah jenayah yang berkaitan dadah,” tegas beliau.

Ayob Khan

Ayob Khan berkata, polis akan memerangi habis-habisan individu yang terlibat dalam pengedaran dan penyalahgunaan dadah ekoran kesan besar yang ditinggalkan gejala itu.
“Pelbagai kesan besar angkara penyalahgunaan dadah termasuklah membunuh ahli keluarga sendiri kerana ingin mendapatkan wang untuk membeli dadah.
“Malaysia telah lama mengisytiharkan dadah sebagai musuh nombor satu negara dan polis akan perang habis-habisan mereka ini. Tiada amaran lagi buat mereka. Ini jihad menentang dadah musuh nombor satu negara,” katanya.
Menurutnya, kerjasama masyarakat amat penting bagi memerangi dadah.
“Kita mahu masyarakat beri kerjasama penuh termasuk kalangan ibu bapa.
“Laporkan segera kepada polis sekiranya ada anak mereka terlibat dengan dadah untuk tindakan dan rawatan awal sebelum terlambat. Usah tunggu parah,” tegas beliau.

Muhammad Iqmal Haqim Bin Roslee (295846)

Sumber dari ; Dadah rangsang penagih untuk membunuh - Sinar Harian

Dadah rangsang penagih untuk membunuh SHAH ALAM - Tragedi menyayat hati menimpa seorang ibu yang menjadi mangsa kekejaman anak kandung sendiri apabila dipenggal kepalanya dalam kejadian di Kampung Baru Pasir Penambang,...

Perkasa agama, institusi keluarga tangani isu salah guna dadah | Berita Harian 10/01/2024

Perkasa agama, institusi keluarga tangani isu salah guna dadah
Amer Fawwaz Mohamad Yasid
[email protected]
January 22, 2022 @ 12:50pm

NEGARA digemparkan dengan berita penagih dadah memenggal kepala ibu kandung berusia 56 tahun di Kuala Selangor, 15 Januari lalu, setelah gagal mendapatkan wang untuk membeli barang terlarang itu.
Kejadian sebegini menunjukkan betapa besarnya pengaruh dadah ke atas masyarakat ketika ini. Penyalahgunaan dadah dalam sistem masyarakat menjadi ancaman terutama kepada golongan belia yang mudah terpengaruh. Namun, penyalahgunaan dadah tidak mengenal faktor usia kerana sesiapa sahaja boleh terjerat ke kancah itu sekiranya tidak berwaspada dan menjaga diri.

Faktor globalisasi mengubah hidup masyarakat masa kini yang lebih bersifat terbuka, liberal dan bercorakkan gaya hidup Barat menjadikan golongan muda lebih mudah terpengaruh dengan perkara tidak baik bersifat negatif serta tidak bermoral.
Ketika ini, terdapat kes kanak-kanak seawal 8 tahun mula menunjukkan tanda awal terjebak ke kancah penagihan dadah apabila terbabit dengan aktiviti menghisap rokok dan menghidu gam akibat sifat ingin tahu dan faktor pengaruh rakan sebaya. Aktiviti menghisap rokok menjadi permulaan kepada golongan muda untuk terbabit dalam kancah penyalahgunaan dadah.

Penggunaan dadah dalam kalangan belia dan remaja bukanlah asing. Sejak 1980, sudah terdapat kes penyalahgunaan dadah oleh pelajar universiti awam (UA) yang menggunakan dadah sebagai alat penenang perasaan dalam menghadapi kehidupan sibuk di kampus.
Dadah juga digunakan sebagai bahan mengelakkan kepenatan dan mengantuk ketika menjalani kuliah serta persediaan menghadapi peperiksaan akhir semester, sekali gus menyebabkan berlaku peningkatan jumlah penagih dadah membabitkan pelajar universiti di seluruh negara.
Dalam konteks etnik p**a, Statistik Bilangan Penagih Dadah Dikesan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Mengikut Kaum Bagi 2016-2020 menunjukkan bilangan penagih dadah dalam kalangan masyarakat Melayu adalah 102,513 orang; Cina (8,047); India (8,615); Pribumi Sabah (5,218); Pribumi Sarawak (1,058) dan kaum lain, iaitu Punjabi, Siam, Serani serta Orang Asli (939).
Keadaan ini menunjukkan orang Melayu lebih ramai terdedah kepada masalah penyalahgunaan dadah. Berdasarkan maklumat daripada kajian dijalankan AADK, keadaan ini disebabkan beberapa faktor utama seperti pengaruh rakan, perasaan ingin tahu, keseronokan dan tekanan jiwa hingga mudah terjebak dengan jenayah itu. Ia bertambah serius apabila terdapat penjawat awam turut terbabit dengan kegiatan penyalahgunaan dadah.
Masalah ketagihan dadah melampau menyebabkan penagih dadah hilang kawalan atau gagal untuk mengawal nafsu diri mereka. Keadaan ini menyebabkan ada dalam kalangan penagih dadah sanggup melakukan kegiatan jenayah seperti mencuri, merompak, menyamun serta dalam sesetengah kes membunuh sebagai jalan mudah mendapatkan sumber kewangan.
Peningkatan jenayah dalam negara membabitkan kegiatan mencuri dan merompak berlaku seiring dengan faktor pertambahan bilangan penagih dadah di negara ini. Pembabitan penagih dadah dalam aktiviti jenayah seperti merompak dan mencuri tidak dapat dipisahkan sebagai cara mendapatkan wang untuk membeli dadah bagi mengurangkan kesan ketagihan dadah dialami mereka.
Penagih dadah mempunyai kecenderungan tinggi untuk terbabit dalam aktiviti jenayah mencuri dan merompak sebagai jalan pintas untuk mendapatkan wang bagi membeli dadah.
Disebabkan kawalan emosi lemah ketika berada di bawah pengaruh dadah, ia juga menyebabkan berlakunya pergaduhan hingga terjadinya pembunuhan. Kesan ini secara tidak langsung menimbulkan perasaan rasa tidak selamat dalam negara terutama komuniti masyarakat kerana berlakunya jenayah seumpama ini.
Kehancuran institusi kekeluargaan turut berlaku apabila terdapat ahli keluarga terbabit dengan ketagihan dadah. Ini kerana ketagihan dadah berupaya menyebabkan seseorang manusia itu hilang pertimbangan dalam melakukan sesuatu keputusan.
Perubahan emosi penagih dadah mengakibatkan berlakunya ketidaktenteraman dalam sistem kekeluargaan hingga menjadi masalah kerapuhan rumah tangga lalu menyebabkan perceraian. Individu dilanda ketagihan dadah mengalami perubahan emosi tidak stabil menjadikan mereka mudah marah dan panas baran, kemurungan, berhalusinasi, kurang berat badan secara mendadak serta hilang selera makan lantas menyebabkan mereka menyendiri dan mengasingkan diri daripada keluarga.
Kebanyakan daripada masalah kehancuran institusi kekeluargaan di negara ini, berlaku disebabkan penagih dadah disisihkan ibu bapa, adik beradik serta saudara-mara.
Masalah penyalahgunaan dadah juga menyebabkan berlakunya peningkatan kes perceraian. Contohnya, terdapat kes penagih dadah yang sedang dilanda fasa ketagihan memukul isteri untuk mendapatkan wang dan mencuri barang kemas serta duit ahli keluarga kandung.
Kehancuran institusi keluarga turut berlaku disebabkan faktor pengabaian nafkah isteri dan anak-anak memandangkan penagih dadah menghabiskan wang mereka untuk membeli dadah. Keadaan ini menyebabkan isteri terabai dari segi nafkah bertindak dengan memfailkan perceraian. Perceraian rumah tangga membabitkan masalah kewangan kesan dari penagihan dadah menjadi masalah biasa sering berlaku dalam kalangan masyarakat Malaysia pada hari ini.
Statistik dikeluarkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) pada 2019 menunjukkan sebanyak 83 peratus atau 309 kes keganasan rumah tangga dilaporkan berpunca penagihan dadah dalam keluarga. Kajian Victor Issaacs bertajuk Hubungan Antara Penagihan Dadah dengan Keganasan Rumah Tangga pada tahun itu turut membuktikan berlakunya keganasan rumah tangga oleh penagih dadah terhadap pasangan mereka setelah terjebak dengan kancah penyalahgunaan dadah.
Oleh itu, langkah pencegahan perlu dimulakan daripada peringkat awal lagi. Rakyat juga perlu berganding bahu dalam menangani masalah penyalahgunaan dadah dengan memperkasakan institusi kekeluargaan dan agama.
Di peringkat institusi pendidikan, penerapan budaya 'benci kepada dadah' perlu disemai dengan mendidik generasi muda akan bahayanya dadah kepada negara melalui pengenalan mata pelajaran pencegahan dadah di peringkat sekolah rendah, sekolah menengah dan institusi pengajian tinggi.
Pada masa sama, pihak kerajaan serta masyarakat perlu berganding bahu secara bersama-sama dalam usaha membasmi kegiatan penyeludupan dadah, bagi memastikan negara Malaysia berada dalam keadaan selamat, aman dan sejahtera daripada dihancurkan oleh ancaman dadah pada masa akan datang.

Muhammad Iqmal Haqim Bin Roslee (295846)

Sumber dari ; Perkasa agama, institusi keluarga tangani isu salah guna dadah

Perkasa agama, institusi keluarga tangani isu salah guna dadah | Berita Harian NEGARA digemparkan dengan berita penagih dadah memenggal kepala ibu kandung berusia 56 tahun di Kuala Selangor, 15 Januari lalu, setelah gagal mendapatkan wang untuk membeli barang terlarang itu.

02/12/2023

AKTA BAHARU PENYALAHGUNAAN DADAH KURANGKAN KESESAKAN PENJARA.

KUALA LUMPUR: Kerajaan dalam usaha menggubal akta baharu, Akta Penyalahgunaan Dadah dan Bahan (Rawatan dan Pemulihan) bagi mengurangkan bilangan penagih di penjara dengan menempatkan mereka di institusi atau rawatan pemulihan komuniti.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata negara kini berdepan dengan kesesakan pesalah reman dan sabitan di 39 penjara membabitkan 74,459 tahanan sedangkan kapasitinya hanya kira-kira 65,000 orang.

Sumber :

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/03/1073937/akta-baharu-penyalahgunaan-dadah-kurangkan-kesesakan-penjara

Mohd Shah Rizan (295816).

02/12/2023

DADAH BUKAN SAHABAT KITA.

Sumber : AADK MEDIA.

Mohd Shah Rizan (295816)

Photos from Penghayatan Etika & Peradaban K10 's post 01/12/2023

KESAN PENGAMBILAN DADAH TERHADAP INDIVIDU.

Secara ringkas, kesan yang dialami oleh penagih dadah dapat dikategorikan kepada tiga iaitu, kesan fizikal, kesan psikologi dan kesan sosial.

Kesan Fizikal

Keadaan diri tidak terurus.
Proses kehidupan menjadi tidak normal.
Kadar pernafasan menjadi tidak normal.
Degupan jantung berkurangan.
Tubuh menggigil akibat penurunan kadar metabolisma badan.
Mata menjadi merah dan kuyu.
Berat badan menurun.
Sawan dan gangguan otak.
Mereka juga berkemungkinan dijangkiti penyakit-penyakit seperti:
Pengambilan secara Suntikan

Meningitis - penyakit jangkitan otak.
Tetanus atau penyakit kancing gigi.
Endokarditis - penyakit jangkitan jantung.
AIDS, Hepatitis B, C dan D.
Bisul, kudis, kurap dan pelbagai penyakit kulit lain, khususnya di tapak suntikan.

Kesan Psikologi

Euforia (rasa seronok dan khayal).
Hilang kawalan diri dan pemikiran.
Tolerans.
Keluh kesah, tidak memberi tumpuan dan menderita.
Mata berair, hidung berhingus, perut sakit dan perit, muntah dan cirit- birit.
Bertindak ganas dan hilang kawalan emosi.
Gangguan mental dan menjadi tidak waras.

Kesan Sosial

Hilang minat dan tidak bertanggungjawab terhadap pekerjaan.
Prestasi dan disiplin kerja merosot.
Memencilkan diri dari anggota masyarakat lain.

Mohd Shah Rizan (295816)

Sumber : https://penawaracun.usm.my/bil-19/1317-kesan-kesan-pengambilan-dadah-terhadap-manusia

Want your school to be the top-listed School/college in Selangor?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Address

UUM PACE KL
Selangor
43200