Kesatuan Kakitangan Akademik UiTM - MITASA

Kesatuan Kakitangan Akademik UiTM - MITASA Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Kesatuan Kakitangan Akademik UiTM - MITASA, Education, Fakulti Sains Gunaan, Selangor.

๐Ÿ“ข PANGGILAN HASIL PENULISAN โ€“ SUARA MITASAAssalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua ahli MITASA.MITASA kini membu...
27/08/2026

๐Ÿ“ข PANGGILAN HASIL PENULISAN โ€“ SUARA MITASA

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua ahli MITASA.

MITASA kini membuka ruang kepada ahli untuk menghantar hasil karya kreatif bagi diterbitkan dalam majalah rasmi MITASA, Suara MITASA, yang diterbitkan dua kali setahun.

โœจ Kenapa perlu hantar artikel?
โ€ข Suara MITASA mempunyai ISSN.
โ€ข Setiap edisi akan dihantar ke Jabatan Perpustakaan untuk pendaftaran dalam Repositori UiTM.
โ€ข Membantu menambah markah dalam MyATP.

๐Ÿ“ Kriteria penghantaran:
โ€ข Terbuka kepada ahli MITASA.
โ€ข Karya kreatif sendiri dan tidak menyalahi undang-undang.
โ€ข Tidak melebihi 800 patah perkataan dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris.
โ€ข Format: Times New Roman, saiz 11.
โ€ข Sertakan nama penuh, fakulti, nombor ahli dan nombor telefon di awal artikel.

๐Ÿ“ฉ Hantarkan karya anda ke [email protected]

๐Ÿ“… Tarikh tutup penghantaran: 15 September 2026

Penyiaran artikel adalah berdasarkan turutan penggiliran penghantaran bahan.

โ€œAnda Nadi MITASAโ€

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ ATMA MERDEKA EP 3| EVOLUSI BAHASA & PATRIOTISMEBahasa bukan sekadar alat komunikasi, tetapi sebahagian daripada ident...
26/08/2026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ ATMA MERDEKA EP 3| EVOLUSI BAHASA & PATRIOTISME

Bahasa bukan sekadar alat komunikasi, tetapi sebahagian daripada identiti dan jati diri bangsa.

Ikuti perkongsian bersama Mohd Shahrudin Mohmud, Pensyarah Kanan Pusat Asasi UiTM Cawangan Selangor merangkap Penolong Setiausaha MITASA, menerusi ATMA MERDEKA.

๐Ÿ“… 26 Ogos 2026 | Rabu
โฐ 5.30 petang

๐Ÿ“บ MYTV Saluran 711
๐Ÿ“ป Bernama Radio
๐ŸŽง Spotify
๐Ÿ“ฑ Aplikasi Bernama

Jom bersama menghayati evolusi bahasa dan kaitannya dengan patriotisme sempena bulan kemerdekaan. ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ



๐ŸŒ™ SALAM MAULIDUR RASUL ๏ทบโ€œMadani Dihayati, Ummah Diberkatiโ€Semoga kecintaan kepada Rasulullah SAW terus menyinari kehidup...
24/08/2026

๐ŸŒ™ SALAM MAULIDUR RASUL ๏ทบ

โ€œMadani Dihayati, Ummah Diberkatiโ€

Semoga kecintaan kepada Rasulullah SAW terus menyinari kehidupan, membentuk akhlak dan menyatukan ummah.

Selamat Menyambut Maulidur Rasul ๏ทบ
25 Ogos 2026 | 12 Rabiulawal 1448H

Ikhlas daripada Kesatuan Kakitangan Akademik UiTM (MITASA)



TAHNIAH YAB DATOโ€™ SERI ANWAR IBRAHIMMITASA menzahirkan ucapan tahniah kepada YAB Datoโ€™ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Mente...
24/08/2026

TAHNIAH YAB DATOโ€™ SERI ANWAR IBRAHIM

MITASA menzahirkan ucapan tahniah kepada YAB Datoโ€™ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia, atas pengurniaan Darjah Kerabat Laila Utama Yang Amat Dihormati (D.K.).

Semoga pengiktirafan ini terus menyemarakkan semangat kepimpinan dan khidmat bakti demi kemajuan serta kesejahteraan negara.

Ikhlas daripada Kesatuan Kakitangan Akademik UiTM (MITASA).

SETINGGI-TINGGI TAHNIAH YAB DATOโ€™ SERI ANWAR IBRAHIM

Seluruh warga Universiti Teknologi MARA (UiTM) merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Perdana Menteri Malaysia, YAB Datoโ€™ Seri Anwar Ibrahim atas pengurniaan Darjah Kerabat Laila Utama Yang Amat Dihormati (D.K.).

Setinggi-tinggi tahniah dan tulus ikhlas daripada Pengerusi dan Ahli Lembaga Pengarah Universiti, Naib Canselor, Pengurusan Eksekutif, serta seluruh Warga UiTM.

๐—จ๐—ป๐—ถ๐˜ƒ๐—ฒ๐—ฟ๐˜€๐—ถ๐˜๐—ถ ๐—จ๐—ป๐—ด๐—ด๐˜‚๐—น ๐—ฃ๐—ฒ๐—บ๐—ฎ๐—ฐ๐˜‚ ๐—•๐˜‚๐—บ๐—ถ๐—ฝ๐˜‚๐˜๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ ๐—ฃ๐—ฟ๐—ผ๐—ณ๐—ฒ๐˜€๐—ถ๐—ผ๐—ป๐—ฎ๐—น
ุงูˆุณู‡ุง ุชู‚ูˆู‰ ู…ูˆู„ูŠุง

Alhamdulillah, Majlis Pelancaran Pelan Strategik UiTM 2030 telah berlangsung pada Khamis, 20 Ogos 2026 di Anjung Seri Bu...
21/08/2026

Alhamdulillah, Majlis Pelancaran Pelan Strategik UiTM 2030 telah berlangsung pada Khamis, 20 Ogos 2026 di Anjung Seri Budiman, UiTM Shah Alam. Majlis yang disempurnakan oleh YBhg. Tan Sri Dato' Sri Haji Mohd Khamil bin Jamil, Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti, turut dihadiri oleh barisan kepimpinan universiti, kesatuan dan persatuan kakitangan serta jemputan.

Presiden MITASA, En. Mohd Amirul Akhbar Mohd Zulkifli, turut hadir bagi mewakili Kesatuan Kakitangan Akademik UiTM (MITASA). Semoga UiTM2030 menjadi landasan kukuh dalam memperkasa kecemerlangan universiti dan memberi impak yang berterusan kepada warga UiTM serta negara

๐Ÿ“ธ Sumber gambar: Facebook Naib Canselor Universiti Teknologi MARA

๐Ÿ“ข PERMOHONAN PENYELARAS MITASA FAKULTI SESI 2025โ€“2028Ahli Majlis Kerja (AMK) MITASA Sesi 2025โ€“2028 mempelawa staf akadem...
21/08/2026

๐Ÿ“ข PERMOHONAN PENYELARAS MITASA FAKULTI SESI 2025โ€“2028

Ahli Majlis Kerja (AMK) MITASA Sesi 2025โ€“2028 mempelawa staf akademik dalam kalangan ahli MITASA yang berwibawa dan berdedikasi untuk mengisi jawatan sebagai Penyelaras MITASA Fakulti.

๐Ÿ“ Kampus terlibat:
Shah Alam, Puncak Alam, Puncak Perdana, Sungai Buloh & Selayang.

Penyelaras MITASA Fakulti berperanan sebagai penghubung antara AMK MITASA, ahli-ahli MITASA dan pihak pengurusan fakulti, di samping membantu menyelaras aktiviti serta menyampaikan hebahan berkaitan MITASA di peringkat fakulti.

Calon yang berminat boleh mengemukakan permohonan melalui borang berikut:

๐Ÿ‘‰ https://forms.gle/SXi5zW2zzQ6wHy6g7

MITASA mengalu-alukan penyertaan ahli-ahli yang berhasrat untuk bersama-sama memperkukuh hubungan, suara serta kebajikan warga akademik di fakulti.

ุงูˆุณู‡ุงุŒ ุชู‚ูˆู‰ุŒ ู…ู„ูŠุง

โ€œMALAYSIA MADANIโ€
โ€œBERKHIDMAT UNTUK NEGARAโ€



๐Ÿ“ข JOM JADI AHLI MITASA!MITASA mengalu-alukan penyertaan semua staf akademik UiTM yang layak untuk bersama-sama memperkas...
21/08/2026

๐Ÿ“ข JOM JADI AHLI MITASA!

MITASA mengalu-alukan penyertaan semua staf akademik UiTM yang layak untuk bersama-sama memperkasakan profesion akademik serta memperjuangkan kebajikan, kepentingan dan kesejahteraan warga staf akademik UiTM.

๐Ÿ‘ฅ Terbuka kepada:
โ€ข DS11 (DM45/46)
โ€ข DS13 (DM51/52)
โ€ข DS14 (DM53/54)
โ€ข DS15 (DM55/56)

๐Ÿ’ณ Yuran Keahlian:
RM6 sebulan
RM10 yuran pendaftaran (sekali sahaja)

๐Ÿ“ Daftar sekarang:
http://tinyurl.com/JadiAhliMitasa
(Gunakan akaun Gmail rasmi UiTM)







Jom luangkan masa anda untuk dengarkan SLOT MAUIZAH pada jam 3:00 hingga 4:00 petang pada hari ini.Moga dipermudahkan la...
20/08/2026

Jom luangkan masa anda untuk dengarkan SLOT MAUIZAH pada jam 3:00 hingga 4:00 petang pada hari ini.

Moga dipermudahkan langkah dan memberi kesempatan untuk menikmati pengisian rohani, agar hati terus dekat dengan-Nya.

โœจ **SIRI SEJENAK BERSAMA MITASA 5 | PROGRAM MAUIZAH** โœจ

Jom luangkan masa sejenak untuk menambah ilmu dan memperbaiki diri menerusi Program MAUIZAH dengan tajuk:

๐Ÿ“– โ€œAdab-adab dengan Allahโ€
Daripada Kitab Bidayatul Hidayah karya Imam Al-Ghazali

๐ŸŽ™๏ธ Penceramah:
Ustaz Mohd Azri Aripin
Bahagian Hal Ehwal Islam

๐ŸŽค Moderator:
Puan Haliza Ab Ghani
Exco MITASA

๐Ÿ“… Khamis, 20 Ogos 2026
โฐ 3.00 โ€“ 4.00 petang
๐Ÿ’ป Platform: Google Meet

โœจ Jam latihan disediakan kepada warga UiTM.

Sama-sama kita hayati dan fahami adab seorang hamba dalam mendekatkan diri kepada Allah SWT. Semoga perkongsian ini menjadi panduan dalam membentuk kehidupan yang lebih baik dan penuh keberkatan. ๐Ÿค

๐Ÿ“ฒ Imbas QR Code pada poster untuk menyertai program.

ATMA MERDEKA (EPISOD 2): MEMPERKASA JATI DIRI DALAM KALANGAN BELIA NEGARA ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พโœจSejauh mana jati diri belia hari ini mampu ...
18/08/2026

ATMA MERDEKA (EPISOD 2): MEMPERKASA JATI DIRI DALAM KALANGAN BELIA NEGARA ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พโœจ

Sejauh mana jati diri belia hari ini mampu menjadi benteng dan pendorong kepada kemajuan negara?

Saksikan perbincangan eksklusif sempena bulan kemerdekaan bersama panel jemputan khas:
๐Ÿ‘ค Prof. Dr. Amer Shakir Zainol

๐Ÿ“Œ Butiran Siaran:
๐Ÿ“… Tarikh: 19 Ogos 2026 (Rabu)
โฐ Masa: 5.30 Petang
๐Ÿ“บ Saluran: BERNAMA Radio / MYTV Saluran 711

๐Ÿ“ป Frekuensi Radio:
โ€ข Lembah Klang: FM 93.9
โ€ข Johor Bahru: FM 107.5
โ€ข Kuching: FM 100.9
โ€ข Kota Kinabalu: FM 107.9

๐Ÿ“ฑ Aplikasi: BERNAMA Radio (Boleh dimuat turun di Google Play, App Store & Spotify)

Mari bersama-sama mendalami pengisian bermakna ini demi memartabatkan pemikiran dan jati diri belia negara. Jangan lupa temujanji kita esok petang!



Jutaan Terima Kasih!Setinggi-tinggi terima kasih diucapkan kepada para panelis dan seluruh penonton yang telah meluangka...
18/08/2026

Jutaan Terima Kasih!

Setinggi-tinggi terima kasih diucapkan kepada para panelis dan seluruh penonton yang telah meluangkan masa bersama kami dalam MITASA 40 Minit Podcast โ€“ Edisi Khas Merdeka 2026.

Perbincangan yang sungguh bermakna dan penuh inspirasi demi memartabatkan ilmu, kepimpinan, dan masa depan anak bangsa.

Bagi yang terlepas siaran langsung, anda masih boleh menyaksikan rakaman penuh di: https://www.youtube.com/watch?v=-Fk0zh_rsJE.

Terima kasih atas sokongan anda! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พโœจ

Address

Fakulti Sains Gunaan
Selangor
40450

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kesatuan Kakitangan Akademik UiTM - MITASA posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share