APB HEP

Website Contact the school

APB HEP JHEPAPB
Jabatan Hal Ehwal Pelajar
Akademi Pengajian Bahasa (APB)
UiTM Shah Alam, Malaysia
๐Ÿ“ฉ [email protected]

๐Ÿ“ข HEBAHAN KEPADA SEMUA PELAJAR APBPERMOHONAN BANTUAN ZAKAT PELAJAR โ€“ SESI 1 2026/2027Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
20/09/2026

๐Ÿ“ข HEBAHAN KEPADA SEMUA PELAJAR APB
PERMOHONAN BANTUAN ZAKAT PELAJAR โ€“ SESI 1 2026/2027

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dimaklumkan bahawa Bahagian Zakat, Sedekah dan Wakaf (ZAWAF) UiTM membuka permohonan Bantuan Zakat Pelajar khusus kepada pelajar Diploma dan Ijazah Sarjana Muda UiTM Shah Alam dan UCS.

๐Ÿ“… Permohonan: 21 September โ€“ 2 Oktober 2026
๐Ÿ“… Tarikh Temuduga: 28 September โ€“ 9 Oktober 2026
๐Ÿ’ป Permohonan: Melalui iStudent Portal

๐Ÿ“Œ Peringatan penting:
โœ… Mohon lebih awal bagi membolehkan bantuan diterima dengan lebih cepat.
โœ… Pastikan maklumat akaun bank yang masih aktif dikemas kini dalam portal pelajar.
โš ๏ธ Permohonan selepas tarikh tutup TIDAK AKAN DIPROSES.

Kepada pelajar APB yang memenuhi keperluan dan ingin mendapatkan bantuan, sila ambil peluang ini dan buat permohonan dalam tempoh yang ditetapkan.

Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP)
Akademi Pengajian Bahasa (APB)
UiTM Shah Alam

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿค๐Ÿ‡ฎ๐Ÿ‡ฉ MEMPERKUKUH JALINAN, MEMBINA JAMBATAN MERENTAS SEMPADANBahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP) Akademi Pengajian Bahasa ...
29/08/2026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿค๐Ÿ‡ฎ๐Ÿ‡ฉ MEMPERKUKUH JALINAN, MEMBINA JAMBATAN MERENTAS SEMPADAN

Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP) Akademi Pengajian Bahasa (APB), UiTM Shah Alam bersama UIN Raden Fatah Palembang, Indonesia telah berjaya melaksanakan Program Pengabdian kepada Masyarakat (PKM) Antarabangsa 2026 selama empat minggu.

Program yang menghimpunkan 60 mahasiswa dari Malaysia dan Indonesia ini memberi fokus kepada literasi pragmatik, komunikasi rentas budaya, komunikasi digital beretika serta pembelajaran kolaboratif. ๐ŸŒโœจ

Kemuncak program pada 21 Ogos 2026 turut menyaksikan pemeteraian Letter of Intent (LoI) antara UiTM dan UIN Raden Fatah Palembang, meliputi kerjasama akademik, pertukaran staf dan fakulti, penyelidikan, khidmat masyarakat serta pertukaran kebudayaan.

Semoga jalinan APB UiTMโ€“UIN Raden Fatah Palembang terus berkembang dan membuka lebih banyak ruang kolaborasi, pertukaran mahasiswa serta jaringan antarabangsa pada masa akan datang. ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ฎ๐Ÿ‡ฉ๐ŸŒ

Daripada kolaborasi, lahir kefahaman.
Daripada kefahaman, terbina hubungan. ๐Ÿ’œ

KomunikasiDigital UiTMDiHatiku

SELASA | 18 OGOS 2026๐ŸŒพ SUMBANGAN BAKUL REZEKI BUAT PELAJAR SHORT SEMESTER โ€” SELESAI DIAGIHKAN HARI INI!Assalamualaikum d...
18/08/2026

SELASA | 18 OGOS 2026

๐ŸŒพ SUMBANGAN BAKUL REZEKI BUAT PELAJAR SHORT SEMESTER โ€” SELESAI DIAGIHKAN HARI INI!

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Dimaklumkan bahawa agihan bakul rezeki buat pelajar short semester APB hari ini, 18 Ogos 2026, bertempat di Kenanga 3 pada jam 4.00PM, telah SELESAI sepenuhnya!

Jutaan terima kasih atas sumbangan dan keprihatinan semua warga APB.

๐Ÿ’› Hidangan ikhlas, sentuhan kasih. ๐Ÿ’›

โœจ Mari kita teruskan usaha kebaikan ini bersama-sama. โœจ

Sekian, terima kasih.

Yang menjalankan amanah,
Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP)
Akademi Pengajian Bahasa
Universiti Teknologi MARA Shah Alam

๐Ÿ“ข *KHUSUS BUAT PELAJAR APB | SEMESTER PENDEK (OGOS 2026)*Anda tidak keseorangan. ๐ŸคKepada semua pelajar APB yang sedang m...
12/08/2026

๐Ÿ“ข *KHUSUS BUAT PELAJAR APB | SEMESTER PENDEK (OGOS 2026)*

Anda tidak keseorangan. ๐Ÿค

Kepada semua pelajar APB yang sedang menjalani Semester Pendek (Ogos 2026), sekiranya anda menghadapi sebarang masalah, memerlukan bantuan atau ingin mendapatkan khidmat nasihat berkaitan kebajikan dan urusan pelajar, Jabatan Hal Ehwal Pelajar (HEP) APB sentiasa bersedia untuk membantu.

๐Ÿ“ž Hubungi kami:
1. 03-55442429
2. โ 03-55442438
3. โ 03-55442429

๐Ÿ’œ Jangan pendam seorang diri. Jangan takut untuk bertanya. Jika perlukan bantuan, hubungi kami.

*Jabatan Hal Ehwal Pelajar (HEP)*
Akademi Pengajian Bahasa (APB)
UiTM Shah Alam

๐Ÿ“ข *PERINGATAN UNTUK PELAJAR APB SAHAJA - PERINGATAN TERAKHIR | e-PROFILING PELAJAR APB*Assalamualaikum dan Salam Sejahte...
12/08/2026

๐Ÿ“ข *PERINGATAN UNTUK PELAJAR APB SAHAJA - PERINGATAN TERAKHIR | e-PROFILING PELAJAR APB*

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Perhatian kepada semua pelajar prasiswazah sepenuh masa APB yang terlibat.

Dimaklumkan bahawa tarikh tutup pengemaskinian e-Profiling Pelajar bagi Sesi Macโ€“Ogos 2026 telah dilanjutkan sehingga 30 Ogos 2026.

e-Profiling merupakan sistem untuk merekodkan aktiviti/program ekstra kokurikulum serta merit yang diperoleh sepanjang pengajian di UiTM.

๐Ÿ“Œ Tindakan pelajar:
Sila log masuk ke myHEP dan pastikan semua maklumat aktiviti/program yang telah disertai serta merit berkaitan dikemas kini dalam sistem *sebelum 30 Ogos 2026.*

๐Ÿ”— Log masuk: https://myhep.uitm.edu.my/

๐Ÿ“– Maklumat lanjut & panduan: https://hep.uitm.edu.my/main/index.php/pelajar/e-profiling

โš ๏ธ PERINGATAN TERAKHIR โ€“ JANGAN LEPASKAN PELUANG!
Mohon semua pelajar APB mengambil tindakan segera dan tidak menunggu sehingga saat akhir.

Jabatan Hal Ehwal Pelajar (HEP)
Akademi Pengajian Bahasa (APB)
UiTM Shah Alam

TAHNIAH DAN SYABAS! ๐ŸŒŸSekalung tahniah diucapkan kepada Nuralia binti Md Zukri, pelajar **LG240 Semester 3**, atas kejaya...
02/08/2026

TAHNIAH DAN SYABAS! ๐ŸŒŸ

Sekalung tahniah diucapkan kepada Nuralia binti Md Zukri, pelajar **LG240 Semester 3**, atas kejayaan meraih **Tempat Pertama** dalam **International Speech Competition 2026** yang dianjurkan oleh **Walailak University, School of Liberal Arts, Thailand**.

Beliau turut membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah **3,000 Baht**. Kejayaan ini merupakan satu pencapaian yang amat membanggakan dan mengharumkan nama Akademi Pengajian Bahasa serta UiTM di persada antarabangsa.

Ucapan penghargaan dan terima kasih juga dirakamkan kepada **En. Amir Lukman** atas komitmen beliau sebagai **jurulatih dan pengurus** yang telah membimbing peserta sehingga mencapai kejayaan yang membanggakan.

Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga APB untuk terus melakar kecemerlangan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

**Tahniah dan syabas! ๐Ÿ‘๐ŸŽ‰**

Jabatan Hal Ehwal Pelajar
Akademi Pengajian Bahasa (APB)
UiTM Shah Alam

*KHAMIS | 23 JULAI 2026*Assalamualaikum WBT,Salam sejahtera,Salam UiTM di Hatiku,Salam Malaysia MADANI.*๐Ÿ‘ฉ๐Ÿปโ€๐Ÿ’ผ PENCARIAN A...
23/07/2026

*KHAMIS | 23 JULAI 2026*

Assalamualaikum WBT,
Salam sejahtera,
Salam UiTM di Hatiku,
Salam Malaysia MADANI.

*๐Ÿ‘ฉ๐Ÿปโ€๐Ÿ’ผ PENCARIAN AHLI BAHARU SEKRETARIAT MAHASISWA FAKULTI AKADEMI PENGAJIAN BAHASA SESI 2026/2027 ๐Ÿง‘๐Ÿปโ€๐Ÿ’ผ*

Merujuk perkara di atas, sukacita dimaklumkan bahawa permohonan bagi pencarian ahli baharu Sekretariat Mahasiswa Fakulti Akademi Pengajian Bahasa (SMF APB) sesi 2026/2027 kini dibuka kepada mahasiswa Akademi Pengajian Bahasa, UiTM Shah Alam.

Syarat kelayakan dan butiran permohonan adalah seperti berikut:

๐Ÿ“ *Tiada rekod kesalahan tatatertib.*
๐Ÿ“ *Mahasiswa Semester 2 hingga Semester 4 (mengikut semester hadapan).*
๐Ÿ“ *Mempunyai minimum CGPA 3.00 (termasuk lepasan Diploma, STPM, STAM, Asasi dan Matrikulasi).*
๐Ÿ“ *Berkaliber, bertanggungjawab dan mampu bekerja di bawah tekanan.*

๐Ÿ—“๏ธ *Permohonan ini akan ditutup pada:*
30 JULAI 2026 (KHAMIS), 8.00 MALAM

๐Ÿ”— *Pautan Borang Permohonan:*
https://forms.gle/B7FGU89HQxsNb7nQ6

Pihak kami amat mengalu-alukan penyertaan mahasiswa Akademi Pengajian Bahasa untuk bersama-sama menyumbang kepada pembangunan mahasiswa dan fakulti.

Sebarang persoalan, sila hubungi:

๐Ÿ“ฑ *SMF RAUDHAH:*
https://wa.me/60163774012

๐Ÿ“ฑ *SMF AMRA:*
https://wa.me/60176541134

Sekian, terima kasih.

*ุงูˆุณู‡ุงุŒ ุชู‚ูˆู‰ุŒ ู…ูˆู„ูŠุง*
*โ€œMALAYSIA MADANIโ€*
*โ€BERKHIDMAT UNTUK NEGARAโ€*

Yang menjalankan amanah,

*Jabatan Hal Ehwal Pelajar*
Sekretariat Mahasiswa Fakulti
Akademi Pengajian Bahasa
Sesi 2025/2026
Universiti Teknologi MARA
Shah Alam





๐ŸŒ *CALL FOR UiTM STUDENTS* ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿค๐Ÿ‡ฎ๐Ÿ‡ฉHello, UiTM Students! ๐Ÿ‘‹Would you like to connect with university students from *Indonesi...
16/07/2026

๐ŸŒ *CALL FOR UiTM STUDENTS* ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿค๐Ÿ‡ฎ๐Ÿ‡ฉ

Hello, UiTM Students! ๐Ÿ‘‹

Would you like to connect with university students from *Indonesia* and take part in an international online learning experience?

We are looking for *30 undergraduate students from Akademi Pengajian Bahasa, Universiti Teknologi MARA (UiTM)* to join a collaborative programme with *UIN Raden Fatah Palembang, Indonesia*.

โœจ *Programme Theme: Strengthening Pragmatic Literacy and Ethical Digital Communication among Indonesian and Malaysian Undergraduate Students*

What will you gain?

๐ŸŒŸ E-certificates from UiTM Malaysia and UIN Raden Fatah Palembang
๐ŸŒŸ An international online collaborative learning experience
๐ŸŒŸ Opportunities to work and interact with Indonesian students
๐ŸŒŸ Improved communication, digital literacy, and intercultural skills
๐ŸŒŸ A chance to expand your international network

๐Ÿ“… *Duration:* 4 weeks (Julyโ€“August 2026)

๐Ÿ“ข *Only 30 places available!*

๐Ÿ“ *Register here:*
https://forms.gle/jtw5DK1rd9q9stgR8

Donโ€™t miss this opportunity to represent *Akademi Pengajian Bahasa, UiTM*, make new friends from Indonesia, and be part of an exciting international learning experience.

Any inquiries, do contact: Ms. Natasha (011-23741358). We look forward to having you join us! ๐ŸŒโœจ

โค๏ธ JHEP - SMF - JS - APB โค๏ธ
15/07/2026

โค๏ธ JHEP - SMF - JS - APB โค๏ธ

๐Ÿ“ข HEBAHAN KEPADA PELAJAR APB UiTM SHAH ALAMAssalamualaikum dan Salam UiTM Di Hatiku.Dimaklumkan bahawa e-Profiling Pelaj...
10/07/2026

๐Ÿ“ข HEBAHAN KEPADA PELAJAR APB UiTM SHAH ALAM

Assalamualaikum dan Salam UiTM Di Hatiku.

Dimaklumkan bahawa e-Profiling Pelajar bagi Sesi Macโ€“Ogos 2026 kini sedang dibuka untuk semua pelajar prasiswazah sepenuh masa UiTM (kecuali pelajar Program ASASI UiTM).

๐Ÿ—“ Tempoh pengisian:

* Dibuka: 17 April 2026
* Ditutup: 19 Julai 2026

e-Profiling Pelajar merupakan sistem yang merekodkan penglibatan aktiviti dan program kokurikulum/ekstra kokurikulum sepanjang tempoh pengajian di UiTM.

๐Ÿ“Œ Tindakan pelajar APB:

โœ… Kemas kini dan rekodkan semua aktiviti/program yang telah disertai berserta merit yang diperoleh.
โœ… Pastikan maklumat diisi sebelum tarikh tutup bagi mengelakkan sebarang kesulitan.

โš ๏ธ Jangan bertangguh! Lengkapkan pengisian e-Profiling anda sebelum 19 Julai 2026.

Terima kasih atas kerjasama semua.

Jabatan Hal Ehwal Pelajar (HEP)
Akademi Pengajian Bahasa (APB)
UiTM Shah Alam

Address

Akademi Pengajian Bahasa (APB), Universiti Teknologi MARA (UiTM)
Selangor
40450

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when APB HEP posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to APB HEP:

Share