01/06/2026
Selamat datang.
Taklimat kepada Ibu Bapa dan anak-anak peserta Sekolah Alam di Kebun Puisi, Bangi.
Sepanjang tiga hari ini anak-anak akan menjelajah pengalaman pembelajaran yang menghidupkan dengan gabungan pendidikan alami dan aktiviti mengujakan.
Apa yg kami tawarkan? Belajar daripada alam sebagai kitab terbentang (al-Kitab al-Maftuh).
Falsafah di sebalik idea Sekolah Alam seperti berikut ;
1. Sekolah Alam adalah model pendidikan alternatif.
2. Ia membawa sains tawhidik melalui perenungan gejala alam tabii.
3. Mengangkat tema kearifan peribumi (local wisdom) sebagai silibus.
4. Lapangan terbuka atau alam terbentang adalah bilik darjah.
5. Peribahasa daripada fenomena alam sebagai subjek - contoh ; aur dengan tebing, padi semakin berisi, semakin menunduk.
5. Menggabungkan elemen ; keriangan (excitement), permainan (gamefication).
6. Sekolah Alam mengajarkan peserta sebagai al-Insan al-Kamil, insan adabi, insan budiman, bukan sekadar economic animal.
7. Kegiatannya banyak bersifat ‘hands on’
Sertai kami untuk memberi anak kita pengalaman segar semasa cuti sekolah mereka.
01/06/2026
Selamat Datang Peserta Sekolah Alam! 🌿✨
Dari 1 hingga 3 Jun 2026 ini, kita bakal berkumpul, belajar dan menyatu dengan alam di Kebun Puisi, Bangi. Bersedia untuk tinggalkan seketika hiruk-pikuk kota dan buka deria kita kepada bunyi cengkerik, lambaian daun dan ketenangan jiwa.
Sepanjang 3 hari ini, bukan sekadar ilmu alam yang kita cari tapi juga memori dan persahabatan baru yang bakal mekar.
Kepada semua peserta, selamat datang ke sanctuary kecil kita! Jaga diri, jaga kesihatan dan bawa tenaga paling best korang. See you guys very soon! 👋💚
31/05/2026
Persiapan menyambut peserta Sekolah Alam di Kebun Puisi esok.
"Sekolah Alam, sekolah kehidupan"
21/05/2026
🌿✨ LAST CALL SEKOLAH ALAM ✨🌿
Anak asyik dengan gadget?
Cuti sekolah kali ni, biar mereka main, belajar & explore alam sebenar 🌱💚
🏕️ 3 hari penuh aktiviti best dan bermakna buat anak-anak
📍 Kebun Puisi, Bangi Lama
📅 1, 2 & 3 Jun 2026
👧🏻👦🏻 Terbuka 7–17 tahun
💰 RM289 seorang
👥 3 pax ke atas hanya RM250/pax 🔥
‼️ Jom daftar sekarang
📲wa.me/+601137226992
19/05/2026
🌿 Cuti sekolah dah dekat… masih risau anak habiskan masa dengan phone & game sepanjang hari? 📱❌
Apa kata kali ni beri mereka pengalaman yang lebih bermakna bersama Sekolah Alam!
📞 Untuk pendaftaran, hubungi kami sekarang: 📲wa.me/+601137226992
18/05/2026
Cuti sekolah dah dekat… masih fikir nak bagi anak buat apa? 🤔
Daripada duduk rumah main gadget sepanjang hari, apa kata bagi mereka pengalaman sebenar... belajar sambil bermain dalam alam semula jadi! 🌿✨
Aktiviti menyeronokkan, pengalaman baru & pembelajaran yang lebih bermakna menanti anak anda di Sekolah Alam 💚⛺
📞 Untuk pendaftaran, hubungi kami sekarang: 📲wa.me/+601137226992
16/05/2026
Selamat Hari Guru diucapkan kepada semua guru, pensyarah, ustaz, ustazah dan para sukarelawan yang bertindak sebagai pendidik komuniti!
Tugas mendidik bukan sekadar memindahkan ilmu dari buku tetapi menyemai nilai kemanusiaan, empati terhadap sesama makhluk dan tanggungjawab terhadap kelestarian alam sekitar.
Melalui sinergi pendidikan formal dan aktiviti luar bilik darjah (outdoor learning), kita sedang membentuk generasi masa depan yang bukan sahaja bijak inteleknya malah murni sahsiahnya.
Terima kasih kepada semua guru yang terus cekal menabur bakti demi melahirkan insan yang bermanfaat kepada agama, bangsa, dan tanah air.
Selamat Hari Guru, Terima Kasih Cikgu! 👍🌿
13/05/2026
🌿 ANAK ASYIK DENGAN GADGET?
Apa kata cuti kali ni beri mereka pengalaman yang lebih bermakna ✨
Kem Cuti Sekolah (Sekolah Alam) adalah tempat anak-anak belajar sambil bermain, berkawan, meneroka alam & membina keyakinan diri. Di sini, mereka bukan sekadar duduk dalam kelas… tetapi belajar melalui pengalaman sebenar 🌱☀️
✨ Aktiviti outdoor yang menyeronokkan
✨ Belajar teamwork & survival asas
✨ Kurangkan screen time, tambah real-life memories
✨ Suasana santai, selamat & penuh pembelajaran
📍 Tempat terhad untuk setiap sesi!
Jom beri peluang anak rasai pengalaman yang lain daripada biasa 🌿
📩 PM / WhatsApp kami sekarang untuk pendaftaran : wa.me/+601137226992
09/05/2026
Perkenalkan lokasi Sekolah Alam di Rumah Warisan Uwan Robah (RuWUR) , Terachi, Kuala Pilah. Apa istimewanya di sini?
"Alam Persekolahan" di kaki Banjaran Titiwangsa.
Ada hamparan sawah padi, sungai dan kolam.
Halaman luas untuk anak-anak belajar dan bermain dan paling istimewa, aroma hijau yg memagari sekeliling mata memandang yg memberikan anak-anak hiburan yg membahagiakan.
09/05/2026
Kami perkenalkan salah satu lokasi Sekolah Alam yg telah berjalan selama tiga tahun, iaitu di Kebun Puisi.
Istimewa peserta di sini menikmati pengalaman "Sekolah dalam Kebun", berteman bunyi kicau burung yg merdu di waktu menyingsing pagi dan remang petang.
Jemput daftarkan anak-anak anda di sini.
"Sekolah Alam, sekolah kehidupan"