GPMS Cawangan Bangi

GPMS Cawangan Bangi GPMS adalah merupakan badan bukan kerajaan yang diwakili oleh pelajar Melayu semenanjung.

Sebuah NGO berteraskan perjuangan pendidikan dan kepentingan orang Melayu dari aspek Pendidikan, Sosioekonomi, Politik, Keagamaan dan Hal ehwal semasa.

Salam Nuzul Quran 1445H."Bulan Ramadhan, yang padanya diturunkan (permulaan) Al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan ...
28/03/2024

Salam Nuzul Quran 1445H.

"Bulan Ramadhan, yang padanya diturunkan (permulaan) Al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu serta pembeda (antara yang hak dengan yang batil)." Surah Al-Baqarah ayat 185

Semoga keimanan dan ketakwaan kita terus diperkaya dan diperkuat daripada ibrah dan berkat bulan ramadan kali ini.

Singgah Sahur GPMS Bangi 2024 | 13 Ramadan 1455HProgram tahunan GPMS Bangi bersama sahabat-sahabat belia di Bangi diteru...
24/03/2024

Singgah Sahur GPMS Bangi 2024 | 13 Ramadan 1455H

Program tahunan GPMS Bangi bersama sahabat-sahabat belia di Bangi diteruskan lagi.

Rumah Bakti Al-Kautsar Bandar Baru Bangi merupakan lokasi wajib saban tahun. Ini merupakan tahun ke-9 kami bersahur bersama warga penghuninya. Ada antara mereka yang amat kami ingati kerana saban tahun bersahur bersama-sama.

Terima kasih kepada semua yang hadir memeriahkan dan meraikan adik-adik ini bersama kami. Semoga keberkatan ramadan ini sentiasa mengalir bersama-sama kita semua.

Next location?? Tunggu.. jom sertai kami..

Salam Ramadan KareemJemput datang dan membeli Tepung Pelita untuk juadah berbuka puasa anda setiap hari. Inisiatif keusa...
14/03/2024

Salam Ramadan Kareem

Jemput datang dan membeli Tepung Pelita untuk juadah berbuka puasa anda setiap hari.

Inisiatif keusahawanan GPMS Bangi untuk mengumpul dana menjalankan aktiviti pembangunan dan pemerkasaan pendidikan di Bangi.

Tepung Pelita juadah berbuka
Disulam dengan air kathira
Sudi beli sambil menderma
Terima Kasih kepada semua.

Sekalung Tahniah kepada Penasihat dan Mantan Yang Dipertua Tuan Haji Afif FarhiDi atas pengurniaanPingat Pangkuan Negara...
27/01/2024

Sekalung Tahniah kepada Penasihat dan Mantan Yang Dipertua Tuan Haji Afif Farhi

Di atas pengurniaan
Pingat Pangkuan Negara (P.P.N)

Barisan Kepimpinan GPMS Bangi serta seluruh keluarga GPMS Bangi menzahirkan ucapan tahniah di atas pengurniaan Pingat Pangkuan Negara (P.P.N) sempena Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan pada 23hb Januari 2024.

Semoga menjadi inspirasi buat kami untuk terus maju kehadapan.

Kejohanan Memanah Tradisional 1000 Liga Rakan MudaSabtu | 18hb Nov 2023 | Lapangan Memanah Melor, BB Bangi. Anjuran edis...
18/11/2023

Kejohanan Memanah Tradisional 1000 Liga Rakan Muda
Sabtu | 18hb Nov 2023 | Lapangan Memanah Melor, BB Bangi.

Anjuran edisi pertama oleh GPMS Cawangan Bangi dengan kerjasama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Hulu Langat (PBSDHL) serta Kelab Memanah Melor, Bangi melabuhkan tirai dengan jayanya. Kejohanan bermatlamat memperkenalkan dan mempergiatkan sukan sunnah dalam kalangan belia dan orang awam.

Kejohanan yang disertai seramai hampir 50 orang pemanah daripada kelab-kelab memanah sekitar lembah klang mempertandingkan kategori terbuka lelaki dan terbuka wanita serta kategori cilik untuk pemanah bawah 12 tahun.

Terima kasih diucapkan kepada semua peserta yang memberi sokongan dan pihak penaja yang membangu melancarkan perjalanan program. Upacara penutup dan penyampaian hadiah dihadiri oleh Saudara Tassim Zainal, Timbalan pengerusi MSDHL.

InsyaAllah kita jumpa pada edisi yang akan datang.

Inisiatif Sanitasi Awam GPMS Serdang.Sempena pembukaan semula sekolah selepas PKP. Pihak GPMS Bangi telah menjalankan in...
20/01/2021

Inisiatif Sanitasi Awam GPMS Serdang.

Sempena pembukaan semula sekolah selepas PKP. Pihak GPMS Bangi telah menjalankan inisiatif sanitasi awam di 3 buah sekolah sekitar Parlimen Bangi.

16 Jan 2021 : SMK Bandar Baru Bangi
18 Jan 2021 : SMK Tinggi Kajang
19 Jan 2021 : SMK Kajang Utama.

Terima kasih diucapkan kepada Para Penyumbang dan sukarelawan yang bersama-sama menjayakan inisiatif ini.

Terima kasih kepada Ybhg Ayahanda Dato' Rosli Ramli dan Yayasan Ikhlas atas sumbangan PPE. Terima kasih kepada sukarelawan Skuad Penduduk Bandar Baru Bangi dan Ahli² GPMS Serdang.

Teruskan menjaga SOP dan keselamatan kita semua.

https://www.facebook.com/510281335706849/posts/3480828378652115/
26/12/2020

https://www.facebook.com/510281335706849/posts/3480828378652115/

Annyeonghaseyo ! Bonjour! Hola!

Universiti Kuala Lumpur juga menawarkan program persediaan keluar negara antaranya PreKorea, PreFrance dan PreSpain yang menjadi rebutan pelajar lepasan SPM. Program tersebut juga tersenarai antara program pilihan pelajar cemerlang MARA bagi Young Talent Program (YTP) yang ditawarkan pada pelajar cemerlang SPM.

Jom sertai siri “Learn A Language” yang dijalankan secara online bermula 5 hingga 7 Januari 2021 ini. E-Certs akan diberikan kepada peserta.

Berminat untuk mempelajari bahasa tambahan, daftar sekarang di link berikut untuk mendapatkan tempat.

https://bit.ly/3hdhZ39

UniKL랑 학교 방학을 같이 보내시다
Jom isi cuti sekolah bersama UniKL.

Address

No 10, Jalan 2/1G Mutiara Bangi, Bandar Baru Bangi
Selangor
43650

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when GPMS Cawangan Bangi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share