Akademi Literasi Al-Quran Selangor

Akademi Literasi Al-Quran Selangor Memberdaya Menifestasi Al-Quran

19/04/2026

Alhamdulillah, satu pencapaian yang amat membanggakan buat Selangor apabila muncul sebagai Johan Keseluruhan Majlis Tilawah dan Hafazan Al Quran Peringkat Kebangsaan 1447H/2026M.

Syabas kepada Muhammad Amnan bin Muhammad Sani, Nur Izzati binti Norazmi, Nor Ruzana Natiah binti Jaafar, dan Humairourrohmah binti Mastor atas kejayaan yang membanggakan ini. Saudara saudari bukan sahaja mengharumkan nama Selangor, tetapi turut mengangkat syiar Al Quran di peringkat kebangsaan.

Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada lebih ramai anak muda untuk terus mendekati Al Quran, menghayatinya, dan menjadikannya panduan dalam kehidupan.

19/04/2026
19/04/2026

Sekalung tahniah diucapkan kepada peserta Hafazan Kategori Hafazan 1-10 Juzuk (Lelaki) Majlis Tilawah & Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan 1447H / 2026M:

Tempat Pertama
Encik Muhammad Amnan bin Muhammad Sani - Selangor

Tempat Kedua
Encik Abdul Karim bin Mohd Azra’hi - Kelantan

Tempat Ketiga
Encik Muhammad Farish bin Ossman - Perak

Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus istiqamah dalam memelihara, menghayati dan menyebarluaskan kalam Allah SWT.

“Kalam Ilahi Tradisi Diwarisi”

Daripada Ketua Pengarah dan seluruh warga JAKIM.




19/04/2026

Halaman ‘Nasional’ akhbar Berita Harian bertarikh 18 April 2026 (Sabtu) bertajuk ‘Memartabatkan Agenda Penghayatan Al-Quran’ bersempena Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan 1447/2026.

Penulis : YBhg Dato’ Dr. Sirajuddin bin Suhaimee, Ketua Pengarah JAKIM.

“Kalam Ilahi Tradisi Diwarisi”




Sekalung tahniah dan setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Kontinjen Negeri Selangor atas kejayaan gemilang meran...
18/04/2026

Sekalung tahniah dan setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Kontinjen Negeri Selangor atas kejayaan gemilang merangkul Johan Keseluruhan dalam Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan 1447H/ 2026M.

Kejayaan ini jelas membuktikan komitmen berterusan Negeri Selangor dalam memperkukuh agenda pembangunan ummah berteraskan Al-Quran, selaras dengan usaha melahirkan generasi yang bukan sahaja cemerlang dari sudut bacaan dan hafazan, bahkan unggul dari segi akhlak, adab dan kepimpinan.

Pencapaian ini juga merupakan hasil sinergi strategik antara peserta, tenaga pengajar, jurulatih serta semua pihak berkepentingan yang telah memainkan peranan secara holistik dan berimpak tinggi dalam memastikan kecemerlangan ini direalisasikan.

Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin kepada usaha berterusan dalam memartabatkan syiar Islam serta memperkukuh kedudukan Negeri Selangor sebagai peneraju dalam pembangunan institusi Al-Quran di Malaysia.
“Kalam Ilahi, Tradisi Diwarisi”

Abu Dzar Adanan

14/04/2026

Hari ke-2

13/04/2026
Shah Alam, 5 April – Majlis Penutup Latihan Bersepadu Peserta Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan 1447H/20...
07/04/2026

Shah Alam, 5 April – Majlis Penutup Latihan Bersepadu Peserta Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan 1447H/2026M telah berlangsung dengan jayanya di Hotel Concorde Shah Alam.

Majlis ini diadakan sebagai simbolik penutup kepada siri latihan intensif yang telah dilalui oleh para peserta sebagai persediaan menghadapi pertandingan di peringkat kebangsaan.

Ucapan aluan telah disampaikan oleh YBhg. Dato’ Muhammad Farhan bin Wijaya, Imam Besar, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah yang menzahirkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini. Seterusnya, ucaptama telah disampaikan oleh YBhg. Dato’ Hj Mohd Shahzihan bin Ahmad, Sahibus Saadah Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor yang memberikan amanat serta kata-kata semangat kepada para peserta agar terus berusaha mencapai kecemerlangan. Majlis turut diserikan dengan bacaan doa oleh Syeikh Al-Muqri’ Abdul Khair bin Jalil bagi memohon keberkatan dan kejayaan para peserta.

Sepanjang program latihan yang telah dilaksanakan, para peserta telah menunjukkan komitmen yang tinggi serta peningkatan yang memberangsangkan dalam aspek tilawah dan hafazan. Diharapkan segala usaha dan latihan yang dicurahkan akan membuahkan hasil yang cemerlang di pentas kebangsaan.

Selasa 7 April 2026 | 18 Syawwal 1447HAlhamdulillah, satu sesi perbincangan strategik telah berlangsung antara pihak Aka...
07/04/2026

Selasa
7 April 2026 | 18 Syawwal 1447H

Alhamdulillah, satu sesi perbincangan strategik telah berlangsung antara pihak Akademi Literasi Al-Quran Selangor (ALAS) bersama Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Kunjungan ini membuka ruang kepada pelbagai perkongsian pandangan, kepakaran dan idea daripada pihak Universiti Kebangsaan Malaysia dalam meneliti hala tuju serta perancangan masa hadapan ALAS. Pelbagai input bernas yang dikongsikan memberi nafas baharu ke arah memperkasa Akademi Literasi Al-Quran di Negeri Selangor.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Prof. Dato' Dr. Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim, Dekan Fakulti Pengajian Islam, serta barisan Timbalan Dekan dan kakitangan UKM atas kesudian menerima kunjungan kami serta berkongsi pandangan yang amat bermakna.

Insya-Allah, sebagai langkah seterusnya, ALAS dan UKM akan menjalinkan kerjasama dalam membangunkan program Pengajian Bersijil baharu bagi sesi pengajian akan datang.

✨ Nantikan kemunculan program pengajian baharu di Akademi Literasi Al-Quran Selangor menjelang tahun 2027!

Semoga segala usaha ini dipermudahkan dan diberkati.

🌙 Salam Aidilfitri 1447H 🌙Akademi Literasi Al-Quran Selangor mengucapkan  Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan B...
20/03/2026

🌙 Salam Aidilfitri 1447H 🌙

Akademi Literasi Al-Quran Selangor mengucapkan
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.

Semoga segala amal ibadah yang dilaksanakan sepanjang Ramadan diterima oleh Allah SWT. ✨

Address

Pejabat Pengurusan, Akademi Literasi Al-Quran Selangor, Tingkat 1, Dewan Syarahan Dan Muzakarah Islam Shah Alam, Seksyen 14, Shah Alam
Selangor Darul Ehsan
40000

Opening Hours

Monday 09:00 - 16:00
Tuesday 09:00 - 16:00
Wednesday 09:00 - 16:00
Thursday 09:00 - 16:00
Friday 09:00 - 16:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Akademi Literasi Al-Quran Selangor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share