Teku Zariff Zaeimoedin

Teku Zariff Zaeimoedin Food tourism | Hospitality | Community
A journey of knowledge, passion & people

Pernah tak kita fikir, kenapa ada orang sanggup terbang jauh semata-mata untuk rasa makanan tempatan? Hakikatnya, makana...
08/09/2025

Pernah tak kita fikir, kenapa ada orang sanggup terbang jauh semata-mata untuk rasa makanan tempatan? Hakikatnya, makanan bukan sekadar isi perut. Ia sebahagian daripada pengalaman pelancong. Laporan World Food Travel Association (2020) menunjukkan bahawa 93% pelancong terlibat dalam aktiviti berkaitan makanan dan minuman semasa perjalanan, dan lebih 80% berbelanja lebih untuk makanan ketika melancong berbanding ketika di rumah. Angka ini sudah cukup jelas untuk membuktikan betapa rapatnya kaitan makanan dengan pelancongan.

Malaysia p**a ada kelebihan yang tidak semua negara miliki kepelbagaian budaya dan warisan rasa. Bila orang sebut Pulau Pinang, terus terbayang Nasi Kandar dan Char Kuey Teow. Melaka dengan Asam Pedasnya. Terengganu dengan Keropok Lekor. Kedah p**a orang cari Laksa Utara, dan bila musim durian, Pulut Durian jadi pilihan. Perak cukup dikenali dengan Rendang Tok, Laksa Kuala Kangsar, serta Kopi Ipoh yang sudah meniti nama di peringkat antarabangsa. Perlis p**a ada mangga Harumanis yang setiap tahun berjaya mencipta fenomena “Seasonal Tourism”. Semua ini menjadi tanda dagangan destinasi dan kadang-kadang lebih kuat daripada tarikan fizikal itu sendiri.

Dari sudut ekonomi, pelancong yang datang kerana “Food Experience” biasanya berbelanja lebih tinggi. Mereka sanggup beratur panjang, sanggup bayar lebih untuk merasai makanan autentik. Duit itu akhirnya kembali kepada peniaga tempatan, pembekal bahan mentah, malah membuka peluang pekerjaan baharu untuk orang setempat. Inilah yang kita sebut sebagai kesan limpahan pelancongan.

Namun, untuk menjadikan makanan sebagai tarikan yang kekal, ada perkara asas yang tidak boleh diabaikan: kebersihan, konsistensi rasa, cara penyajian, dan layanan. Jika semua ini dijaga dengan baik, makanan itu sendiri akan menjadi “Duta Budaya” yang paling berkesan. Sekali pelancong puas hati, mereka bukan sahaja berkongsi cerita kepada rakan-rakan, malah ada yang sanggup datang semula hanya kerana mahu ulang pengalaman makan.

Bagi saya, pelancongan dan makanan memang tidak boleh dipisahkan. Kita boleh bina muzium, pusat konvensyen, atau apa sahaja tarikan baharu, tetapi akhirnya orang tetap akan mencari pengalaman makan. Sebab itu saya percaya, jika Malaysia mahu terus kekal relevan sebagai destinasi pelancongan dunia, gastronomi mesti dijadikan salah satu teras strategi utama negara.

🥰

Dalam kerangka pembangunan negeri, pelancongan sering dianggap antara sektor paling efektif untuk menjana hasil secara l...
06/09/2025

Dalam kerangka pembangunan negeri, pelancongan sering dianggap antara sektor paling efektif untuk menjana hasil secara langsung kepada kerajaan negeri. Laporan rasmi Tourism Malaysia menunjukkan pada tahun 2024, Malaysia menerima lebih 29 juta pelancong antarabangsa dengan jumlah perbelanjaan sekitar RM106.8 bilion.

Sarawak p**a menjadi contoh jelas bagaimana sektor MICE sahaja mampu menyumbang hampir RM375 juta kesan ekonomi, meskipun kedudukan mereka jauh daripada pusat tumpuan utama negara.

Sekiranya Kedah dan Perlis dapat memaksimumkan potensi pelancongan masing-masing, p**angan ekonomi yang terhasil boleh digandakan. Kedah memiliki Langkawi bertaraf antarabangsa, warisan sejarah Lembah Bujang dan ekopelancongan Gunung Jerai. Perlis p**a unik dengan kedudukan sempadan Thailand, Chuping Valley Industrial Area (CVIA), agro, halal serta potensi perdagangan rentas sempadan. Dengan strategi pelaksanaan yang tersusun, hasil negeri boleh berkembang melalui cukai hotel, caj pelancongan, lesen perniagaan dan peluang pekerjaan untuk rakyat.

Namun, pra-syarat utama sebelum semua ini boleh dicapai ialah fasiliti dan kemudahan asas mesti dipastikan tip-top. Jalan raya, hotel, pengangkutan, pusat maklumat hingga ke tandas awam adalah wajah sebenar sesebuah destinasi. Kegagalan dalam aspek ini hanya akan menjadikan projek yang hebat sekadar gajah putih yang merugikan.

Akhirnya, pelancongan ni lebih daripada tarik orang datang melancong. Ia tentang macam mana kita jaga rumah sendiri supaya orang luar kagum, rakyat sendiri bangga, dan hasilnya kembali semula kepada negeri. Kalau ini dapat dibuat dengan betul, Kedah dan Perlis boleh jadi contoh kecil yang memberi impak besar…🥰👍🏻

Address

No 46 Kubu Gajah
Selama
34130

Telephone

+60187618816

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Teku Zariff Zaeimoedin posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Teku Zariff Zaeimoedin:

Shortcuts

Share