05/01/2026
๐๐ป๐๐ฝ๐ถ๐ฟ๐ฒ๐ฆ๐ง๐๐ : ๐๐ด๐ป๐ถ๐๐ถ๐ป๐ด ๐ฌ๐ผ๐๐ป๐ด ๐ ๐ถ๐ป๐ฑ๐
Program InspireSTEM: Igniting Young Minds telah berjaya dilaksanakan pada 17 Disember 2025 bertempat di Sekolah Menengah Sains Segamat, dengan kerjasama Kelab My STEM Ambassador UiTM Johor, sebagai inisiatif SULAM (Service Learning MalaysiaโUniversity for Society). Program ini dilaksanakan oleh para pelajar Semester 5, JSI1105F, Fakulti Sains Maklumat, dan dibimbing oleh Puan Siti Hajar Baharin selaku penasihat program, dan diiring oleh Puan Nurfaizah Kamarudin.
Program ini memberi manfaat langsung kepada komuniti sekolah dengan memperkenalkan bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) melalui sesi ceramah STEM, aktiviti ExploreScience, serta pertandingan interaktif. Seramai 128 orang pelajar telah terlibat secara aktif.
Pelaksanaan program ini berjaya memupuk pemikiran kritis, kreativiti dan sikap ingin tahu dalam kalangan pelajar, di samping meningkatkan kesedaran komuniti terhadap kepentingan STEM sebagai asas pembangunan modal insan dan kelestarian masyarakat. Program berteraskan SULAM ini turut mengukuhkan hubungan universitiโkomuniti melalui perkongsian ilmu yang bermakna dan berimpak tinggi.