Kelab Alumni Ikhlas Bakti

Kelab Alumni Ikhlas Bakti Bakti Tanpa Sempadan

Salam Maulidur Rasul ✨12 Rabiulawal, bukan hanya tanggal kelahiran insan teragung,  tetapi juga hari pemergian insan yan...
05/09/2025

Salam Maulidur Rasul ✨

12 Rabiulawal, bukan hanya tanggal kelahiran insan teragung,
tetapi juga hari pemergian insan yang paling kita cinta.
Baginda datang membawa cahaya,
dan pergi setelah menyempurnakan agama.

اللهم صل وسلم وبارك على نبينا محمد ﷺ
Ya Rasulullah, kami rindu.

Hari-hari penting pada bulan ini (Muharram)-9 Muharram (Sabtu bersamaan 5 Julai) disunatkan berpuasa.-10 Muharram (Ahad ...
03/07/2025

Hari-hari penting pada bulan ini (Muharram)

-9 Muharram (Sabtu bersamaan 5 Julai) disunatkan berpuasa.

-10 Muharram (Ahad bersamaan 6 Julai) disunatkan berpuasa dan belanja ahli keluarga.
“Sesiapa yang melapangkan (belanja) ahli keluarganya pada hari Asyura, Allah akan meluaskan (rezekinya) sepanjang tahun itu.
(HR Ibn Abd al-Bar)

Selamat beramal✨

Hijrah Itu Langkah Berani.Langkah Rasulullah ﷺ dari Mekah ke Madinah — bukan lari, tapi strategi untuk ummah.Langkah kit...
26/06/2025

Hijrah Itu Langkah Berani.
Langkah Rasulullah ﷺ dari Mekah ke Madinah — bukan lari, tapi strategi untuk ummah.
Langkah kita hari ini, biarlah menuju Cahaya.

Salam 1447H. Muharram bukan bulan biasa.

Bila cinta diuji di antara Tuhan dan dunia,yang tinggal hanyalah taat, air mata, dan keikhlasan.Begitulah Nabi Ibrahim,m...
06/06/2025

Bila cinta diuji di antara Tuhan dan dunia,
yang tinggal hanyalah taat, air mata, dan keikhlasan.
Begitulah Nabi Ibrahim,
menyembelih cinta demi redha-Nya —
lalu Allah gantikan segalanya dengan ganjaran yang abadi.

🌙 Aidiladha bukan sekadar perayaan,
ia adalah pengajaran tentang menyerah dengan jiwa,
dan menerima dengan sabar.

Taqabbalallahu minna wa minkum.
Selamat Hari Raya Aidiladha 1446H.

Guru adalah insan yang Allah pilih untuk menyampaikan ilmu. Semoga setiap ilmu yang dicurahkan menjadi amal jariah yang ...
16/05/2025

Guru adalah insan yang Allah pilih untuk menyampaikan ilmu. Semoga setiap ilmu yang dicurahkan menjadi amal jariah yang mengalir selamanya.

Selamat Hari Guru daripada kami Kelab Alumni Ikhlas Bakti buat semua yang pernah mendidik kami dengan penuh ikhlas dan sabar.

Sembang Sirah 📜•Tadahkan telinga kita dengan sirah Nabi yang penuh hikmah. Mari bersama-sama merenung kisah agung Rasulu...
11/04/2025

Sembang Sirah 📜

Tadahkan telinga kita dengan sirah Nabi yang penuh hikmah. Mari bersama-sama merenung kisah agung Rasulullah ﷺ dalam acara sembang sirah bulan ini. Berpeluang bertemu dengan rakan alumni, berkongsi cerita lama, dan mencipta kenangan baru bersama-sama.

Jom berjumpa dan bersatu kembali di bawah bimbingan sirah!✨

HUKUM MENGGABUNGKAN PUASA QADA DAN PUASA SUNAT 6 SYAWAL.Mengikut pendapat yang muktamad, afdhal seseorang itu menjadikan...
10/04/2025

HUKUM MENGGABUNGKAN PUASA QADA DAN PUASA SUNAT 6 SYAWAL.

Mengikut pendapat yang muktamad, afdhal seseorang itu menjadikan puasa qada berasingan dengan puasa 6 pada bulan syawal.Namun begitu, menyatukan puasa qada dengan puasa enam itu tetap diharuskan dan mendapat ganjaran pahala kedua-duanya mengikut pendapat yang dhaif. Namun begitu, menyegerakan qada puasa itu adalah sikap yang terpuji dan dituntut oleh syarak terutama kepada sesiapa yang meninggalkan puasa tanpa uzur yang dibenarkan syarak. -muftiwp

PUASA ENAM SYAWALPuasa enam hari dalam bulan Syawal boleh dilakukan secara berselang-seli, berturut-turut atau mana-mana...
07/04/2025

PUASA ENAM SYAWAL

Puasa enam hari dalam bulan Syawal boleh dilakukan secara berselang-seli, berturut-turut atau mana-mana hari dalam bulan tersebut selain hari pertama Hari Raya Aidilfitri. -JAKIM

MISI MEMBURU LAILATUL QADAR ✨Daripada Aisyah RA, beliau menceritakan bahawa:كَانَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَ...
20/03/2025

MISI MEMBURU LAILATUL QADAR ✨

Daripada Aisyah RA, beliau menceritakan bahawa:
كَانَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَجْتَهِدُ فِيْ العَشْرِ الأَوَاخِرِ ، مَا لَا يَجْتَهِدُ فِيْ غَيْرِهِ

Maksudnya: “Rasulullah SAW berusaha sedaya upaya pada malam sepuluh akhir Ramadhan melebihi usahanya daripada malam-malam yang lain”. [Riwayat Muslim, no. Hadis 2009]

Salam Nuzul Al-Quran✨اقْرَءُوا الْقُرْآنَ فَإِنَّهُ يَأْتِى يَوْمَ الْقِيَامَةِ شَفِيعًا لأَصْحَابِهِ“Bacalah Al-Quran. ...
18/03/2025

Salam Nuzul Al-Quran✨

اقْرَءُوا الْقُرْآنَ فَإِنَّهُ يَأْتِى يَوْمَ الْقِيَامَةِ شَفِيعًا
لأَصْحَابِهِ

“Bacalah Al-Quran. Sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat sebagai pemberi syafaat kepada pembacanya.”
(Riwayat Muslim:1910)

Kalau orang bagi kita makanan berbuka puasa, kita mahu balas apa?Baca doa ni:اللَّهُمَّ بَارِكْ لَهُمْ فِيمَا رَزَقْتَهُ...
15/03/2025

Kalau orang bagi kita makanan berbuka puasa, kita mahu balas apa?
Baca doa ni:
اللَّهُمَّ بَارِكْ لَهُمْ فِيمَا رَزَقْتَهُمْ، واغْفِرْ لَهُمْ، وارْحَمْهُمْ.
"Ya Allah, berkatilah untuk mereka pada apa yang Engkau rezekikan kepada mereka, ampunkanlah dosa mereka dan rahmatilah mereka."

(Hadis riwayat: Muslim no.2042)

ORANG BERPUASA DIJANJIKAN MEMASUKI PINTU SYURGA AR-RAYYAN وعن سهلِ بنِ سعدٍ رضي اللَّه عنهُ عن النَّبِيِّ صَلّى اللهُ عَ...
08/03/2025

ORANG BERPUASA DIJANJIKAN MEMASUKI PINTU SYURGA AR-RAYYAN

وعن سهلِ بنِ سعدٍ رضي اللَّه عنهُ عن النَّبِيِّ صَلّى
اللهُ عَلَيْهِ وسَلَّم قال : إِنَّ فِي الجَنَّة باباً يُقَالُ لَهُ : الرَّيَّانُ ، يدْخُلُ مِنْهُ الصَّائمونَ يومَ القِيامةِ ، لا يدخلُ مِنْه أَحدٌ غَيرهُم ، يقالُ: أَينَ الصَّائمُونَ ؟ فَيقومونَ لا يدخلُ مِنهُ أَحَدٌ غيرهم ، فإِذا دَخَلوا أُغلِقَ فَلَم يدخلْ مِنْهُ أَحَدٌ – متفقٌ عليه .

Sahl bin Saad RA meriwayatkan daripada Nabi ﷺ, baginda ﷺ bersabda:

“Sesungguhnya dalam syurga terdapat satu pintu yang dinamakan ar-Rayyan. Orang yang akan memasukinya pada hari kiamat nanti hanyalah mereka yang berpuasa, tiada sesiapapun yang layak memasukinya selain daripada mereka. Lantas akan diseru (oleh penjaganya): “Di manakah orang yang berpuasa?” Maka mereka yang berpuasa pun bangun memasukinya; tiada sesiapapun yang layak memasukinya selain daripada mereka. Apabila mereka sudah memasukinya, pintu itu akan ditutup, dan tiada sesiapapun lagi yang akan dapat memasukinya.”

(Muttafaqun ‘Alayhi, riwayat al-Bukhari, Kitab al- Shaum, Bab al-Rayyan Li al-Shaaimina, no. 1896, Muslim, Kitab ash-Shiyam, Bab Fadhlu ash-Shiyam, no. 1152)

Address

Bangunan Candramata Lot 2 Tingkat 2
Sandakan
90000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kelab Alumni Ikhlas Bakti posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category