Halaqah Rabbaniyyah Al Mar'atul Soleha

Halaqah Rabbaniyyah Al Mar'atul Soleha Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Halaqah Rabbaniyyah Al Mar'atul Soleha, SANDAKAN, Sandakan.

▪️HALAQAH RABBANIYYAH AKADEMI dan perbahasan isu semasa.
▪️DAURAH ASAS PENGAJIAN ISLAM
(Aqidah,Fiqh, Tasawwuf & Akhlak)
▪️TAJWID, AL-QURAN & TERJEMAHAN
▪️TALIM KITAB TURATHS

💌JEMPUTAN BUAT PARA MUSLIMAH💌 Bukan kerana wanita lebih banyak berdosa... tetapi kerana fitnah akhir zaman semakin membu...
21/07/2026

💌JEMPUTAN BUAT PARA MUSLIMAH💌

Bukan kerana wanita lebih banyak berdosa... tetapi kerana fitnah akhir zaman semakin memburu mereka dari setiap arah.

Media sosial, pergaulan, dunia, nafsu dan syaitan sentiasa mencari ruang untuk melemahkan iman.

Fitnah semakin terbuka. Dosa semakin dinormalisasikan.Ujian datang tanpa mengenal siapa.

Ambisi yang melalaikan sering mencari pembenaran. Hati yang terluka p**a sering mencari pelarian.Tanpa sedar, kita berubah...

Adakah kita sedang mengejar redha Allah atau tanpa sedar sedang dikejar dosa?

Rasulullah ﷺ berpesan:
“Aku melihat ke dalam neraka,maka aku melihat kebanyakan penghuninya adalah wanita.”
📖 Sahih Bukhari & Muslim

Inilah masanya untuk kembali, memperbaiki hati, dan menemukan semula jalan menuju redha Ilahi.

✨ Jom hadir ke Jalsah Khas Muslimah & Maulid.
🌹 'WANITA DIKEJAR DENGAN DOSA'
Ujian Semakin Nyata, Fitnah Semakin Terbuka...
Bersediakah Kita Menghadapinya?

MASUK PERCUMA 🔏
Admin :0111-684 8200/0112-5346884

📌 Dialu-alukan membawa potluck & infaq program.

Barakallahu fiikum 💞



Jom sama-sama hadiri Majlis ILmu... 📚
20/07/2026

Jom sama-sama hadiri Majlis ILmu... 📚


TADABBUR DAY 🌹Surah YasinSurah Yasin mengingatkan kita bahawa hidup ini bukan tentang memiliki segalanya, tetapi tentang...
18/07/2026

TADABBUR DAY 🌹
Surah Yasin

Surah Yasin mengingatkan kita bahawa hidup ini bukan tentang memiliki segalanya, tetapi tentang menyedari siapa yang mengatur segalanya. Teruslah mendekat kepada al-Quran, kerana mungkin satu ayat yang kita baca hari ini menjadi cahaya yang menguatkan hati dalam perjalanan untuk semakin dekat kepada Allah 🤍




🌸 KHAS UNTUK KAUM MUSLIMAT DI SANDAKAN! 🌸JANGAN LEPASKAN PELUANG KEEMASAN INI!Ramai wanita masih keliru tentang hukum da...
18/07/2026

🌸 KHAS UNTUK KAUM MUSLIMAT DI SANDAKAN! 🌸

JANGAN LEPASKAN PELUANG KEEMASAN INI!

Ramai wanita masih keliru tentang hukum darah wanita seperti haid, nifas dan istihadhah sehingga menjejaskan kesahihan ibadah seperti solat, puasa, tawaf dan hubungan suami isteri.

Ayuh hadir ke program ilmiah yang bakal merungkai pelbagai persoalan fiqh wanita secara jelas, mudah difahami dan berpandukan dalil serta perbahasan ulama.

JAULAH ILMIYAH NEGERI SABAH 2026

Edisi Julai | Daerah Sandakan

DISKUSI FIQH WANITA

“Haid, Nifas & Istihadhah”

🎙 Penceramah Jemputan
Ustazah Ani Mulyaningsih al-Azhari

* Pengarang Kitab Fiqih Wanita
* Guru Pondok Pesantren Az-Zikra, Depok, Jawa Barat, Indonesia

📅 Tarikh: 23 Julai 2026 (Khamis)
🕜 Masa: 1.30 Petang – 3.30 Petang
📍 Tempat: Masjid Asmaul Husna, Kg. Tinusa 2, Batu 7, Sandakan

💐 MAJLIS KHUSUS UNTUK MUSLIMAT
🎟 MASUK ADALAH PERCUMA

Ilmu ini bukan hanya penting untuk diri sendiri, bahkan amat diperlukan oleh para ibu, guru, pelajar, isteri dan semua Muslimah.

Jom ajak ibu, isteri, anak perempuan, saudara-mara dan sahabat untuk bersama-sama menuntut ilmu yang sangat penting ini.

📞 Maklumat lanjut:
016-979 4252 (Ustaz Asdainal Sazmi)

Sebarkan. Hadirkan diri. Raih manfaat dan keberkatan ilmu.

TopFan

🚨 KURSUS ONLINE PENGENDALIAN HISTERIA 🚨“Kenali, Fahami & Kendalikan Histeria Dengan Cara Yang Tepat dan Selamat”Adakah a...
14/07/2026

🚨 KURSUS ONLINE PENGENDALIAN HISTERIA 🚨
“Kenali, Fahami & Kendalikan Histeria Dengan Cara Yang Tepat dan Selamat”

Adakah anda pernah berdepan dengan kes histeria di sekolah, asrama, tempat kerja atau dalam kalangan ahli keluarga, tetapi tidak pasti tindakan yang sepatutnya diambil?

Shifa Sphere Academy membawakan Kursus Online Pengendalian Histeria yang memberi pendedahan asas dari sudut ilmu, pengalaman lapangan dan pendekatan rawatan Islam secara beretika.

📅 Tarikh: 25 Julai 2026 (Sabtu)
🕗 Masa: 8.00 malam hingga selesai
💻 Platform: Online
💰 Yuran: RM40 seorang

Apa yang akan dipelajari?

✅ Pengenalan Histeria
✅ Sejarah Ringkas Histeria
✅ Kaedah Pengendalian Histeria
✅ Pengenalan Kit Ruqyah

Sesuai disertai oleh:

👮 Warden Asrama
👨‍🏫 Guru Sekolah
🧑‍💼 Kaunselor
🏫 Pengurus Asrama
👥 Pegawai Hal Ehwal Pelajar
🏢 Petugas Institusi
👨‍👩‍👧‍👦 Ibu Bapa & Penjaga
🙋 Orang Awam

Tenaga Pengajar

Saudara Asdainal Sazmi

* Perawat Tauliah KKM (Bidang Rawatan Islam)
* Berpengalaman lebih 10 tahun dalam bidang rawatan Islam
* Tenaga Pengajar Bertauliah Negeri Sabah

Peserta akan menerima:

📄 Nota Digital
🏅 Sijil Penyertaan
🎥 Rakaman Kelas
💬 Akses ke kump**an sokongan selepas kursus

📲 Daftar sekarang!
WhatsApp: 011-6533 6421

Terhad! Tempat adalah terhad bagi memastikan sesi soal jawab dan perkongsian berjalan dengan lebih berkesan.

Shifa Sphere Academy
Healing Through Knowledge
Ilmu • Ikhtiar • Syariah


🌙 𝐑𝐞𝐛𝐮𝐭 𝐆𝐚𝐧𝐣𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐏𝐮𝐚𝐬𝐚 𝐓𝐚𝐬𝐮'𝐚 & '𝐀𝐬𝐲𝐮𝐫𝐚 1448𝐇Bulan Muharram merupakan antara bulan yang mulia dalam Islam dan menjadi pe...
23/06/2026

🌙 𝐑𝐞𝐛𝐮𝐭 𝐆𝐚𝐧𝐣𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐏𝐮𝐚𝐬𝐚 𝐓𝐚𝐬𝐮'𝐚 & '𝐀𝐬𝐲𝐮𝐫𝐚 1448𝐇

Bulan Muharram merupakan antara bulan yang mulia dalam Islam dan menjadi peluang buat kita memperbanyakkan amalan soleh.

Antara amalan yang sangat dianjurkan ialah berpuasa pada Hari Tasu'a (9 Muharram) dan Hari 'Asyura (10 Muharram), atau pada Hari 'Asyura (10 Muharram) dan 11 Muharram.

🗓 9 Muharram 1448H
(25 Jun 2026 - Khamis)
🗓 10 Muharram 1448H
(26 Jun 2026 - Jumaat)
🗓 11 Muharram 1448H
(27 Jun 2026 - Sabtu)

📖 Daripada Abu Qatadah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda mengenai puasa Hari 'Asyura:

"Aku berharap kepada Allah agar puasa hari 'Asyura dapat menghapuskan dosa dosa setahun yang lalu."
(HR Muslim)🌷

Semoga Allah s.w.t. menerima amalan kita dan mengurniakan kekuatan untuk menghidupkan sunnah Rasulullah s.a.w. pada bulan yang penuh keberkatan ini.



Mari bersama hadiri Majlis Sama' Hadits Thulathiyyat Imam Al-Bukhari iaitu majlis pembacaan dan pengajian hadis-hadis sa...
23/06/2026

Mari bersama hadiri Majlis Sama' Hadits Thulathiyyat Imam Al-Bukhari iaitu majlis pembacaan dan pengajian hadis-hadis sanad tinggi dalam Sahih Al-Bukhari.

🌸 MELANGKAH BERSAMA MADANI 🌸Allah tidak menjanjikan hidup tanpa ujian. Tetapi Allah sentiasa menyediakan kekuatan untuk ...
16/06/2026

🌸 MELANGKAH BERSAMA MADANI 🌸

Allah tidak menjanjikan hidup tanpa ujian. Tetapi Allah sentiasa menyediakan kekuatan untuk mereka yang terus bergantung kepada-Nya.

Sebab itu wanita yang beriman bukan wanita yang tidak pernah diuji.
Tetapi wanita yang tetap bertahan ketika diuji.

Justeru, kami menjemput sahabat-sahabat semua untuk bersama dalam sesi khas:

✨ MELANGKAH BERSAMA MADANI "Wanita Beriman, Wanita Bertahan"

🗓️ 20 Jun 2026 (Sabtu) ⏰ 9.00 malam – 10.30 malam 💻 dalam Talian (Google Meet)

Satu perkongsian santai, dekat di hati dan penuh inspirasi buat wanita yang ingin terus melangkah walau diuji.

Kerana menjadi wanita yang kuat bukan bermaksud tidak pernah menangis.

Tetapi tetap memilih untuk bangun, percaya dan bertahan.

📲 Imbas QR Code untuk menyertai saluran WhatsApp rasmi. Pautan Google Meet akan diberikan dalam saluran tersebut.

Jemput tag sahabat, ibu, kakak, adik dan rakan-rakan yang tidak berkesempatan untuk mendengar sesi ini di SICC tempoh hari 😊

Admin,
Melangkah Bersama MADANI

°°°

🌸 Melangkah Bersama Madani bukan sekadar sebuah program, tetapi sebuah perjalanan membina komuniti yang saling menguatkan.

📌 Ikuti Facebook rasmi YB Senator Puan Marhamah Rosli untuk perkembangan terkini, perkongsian inspirasi dan aktiviti bersama masyarakat.

Follow FB marhamah.rosli



𝐃𝐎𝐀 𝐀𝐊𝐇𝐈𝐑 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐀𝐖𝐀𝐋 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝐇𝐈𝐉𝐑𝐀𝐇Sempena dengan kedatangan Tahun Baru Islam 1448 bersamaan 1 Muharam 1448, marilah s...
16/06/2026

𝐃𝐎𝐀 𝐀𝐊𝐇𝐈𝐑 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐀𝐖𝐀𝐋 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝐇𝐈𝐉𝐑𝐀𝐇

Sempena dengan kedatangan Tahun Baru Islam 1448 bersamaan 1 Muharam 1448, marilah sama-sama kita mengakhiri penghujung tahun dan memulakan awal tahun baru Islam dengan membaca doa semoga kita diberikan kerahmatan oleh Allah SWT.

🤲 Doa Akhir Tahun Hijrah (1447) dibaca sebelum masuk waktu Maghrib (akhir waktu Asar atau selepas solat Asar) pada 30 Zulhijah 1447H bersamaan 16 Jun 2026.

🤲 Doa Awal Tahun Hijrah (1448) p**a dibaca selepas masuk waktu Maghrib pada 16 Jun 2026 (Selasa) bersamaan 1 Muharam 1448. Berdasarkan kalendar Islam, pertukaran tarikh hijri (hijrah) bermula selepas waktu maghrib.

Salam Ma’al Hijrah 1448
‘𝑴𝒂𝒅𝒂𝒏𝒊 𝑫𝒊𝒉𝒂𝒚𝒂𝒕𝒊 𝑼𝒎𝒎𝒂𝒉 𝑫𝒊𝒃𝒆𝒓𝒌𝒂𝒕𝒊’


TASAWUF ITU DIDIK HATI 🤍 Bila hati terdidik, lahirlah akhlak yang baik.Bila hati dipenuhi tauhid, lahirlah rasa takut da...
01/06/2026

TASAWUF ITU DIDIK HATI 🤍

Bila hati terdidik, lahirlah akhlak yang baik.

Bila hati dipenuhi tauhid, lahirlah rasa takut dan cinta kepada Allah.

Bila lidah basah dengan zikir, hati menjadi lembut dan tenang.

Sebab itu Islam bukan sekadar pandai bercakap tentang agama.

Bukan sekadar hafal hukum.
Bukan sekadar banyak ilmu.
Bukan sekadar petah berdebat.

Jika ilmu masuk ke kepala tetapi tidak turun ke hati, lahirlah kesombongan.

Jika ibadah banyak tetapi hati tidak dibersihkan, lahirlah riak dan ujub.

Jika agama hanya pada lidah tetapi tidak meresap ke jiwa, lahirlah manusia yang tahu hukum tetapi gagal menjaga akhlak.

Inilah sebabnya Rasulullah SAW diutuskan bukan sekadar untuk mengajar manusia membaca ayat-ayat Allah, tetapi juga untuk menyucikan jiwa mereka.

Kita tidak perlukan generasi yang hanya pandai agama.

Kita perlukan generasi yang bertauhid, beradab, berakhlak dan berhati bersih.

Kerana akhirnya, manusia tidak diukur pada banyaknya ilmu yang diketahui.

Tetapi pada sejauh mana ilmu itu mengubah hati dan akhlaknya.

Ilmu tanpa akhlak adalah bahaya.
Ibadah tanpa keikhlasan adalah sia-sia.
Dan agama tanpa penyucian jiwa akan membawa huru-hara.

Didiklah hati sebelum membetulkan orang lain.

Kerana hati yang dekat dengan Allah akan melahirkan akhlak yang dicintai manusia.”

Cc : Dr. Hj. Tengku Asmadi
Certified People Coach

Address

SANDAKAN
Sandakan
90000

Opening Hours

Friday 19:30 - 21:30
Saturday 19:30 - 21:30
Sunday 19:30 - 21:30

Telephone

+60128650507

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Halaqah Rabbaniyyah Al Mar'atul Soleha posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share