03/06/2026
Kerja tangan yang sangat kemas dari idea kreatif kakitangan pejabat siapa lagi kalau bukan En Khairudin Jamali aka Abang Din. Cuti sekolah kali ini ada lagi projek naik taraf Pusat Sumber Sekolah. Bagi meningkatkan kunjungan ke PSS serta meningkatkan amalan membaca akan ada satu sudut cafe untuk menikmati minuman yang akan menyegarkan minda. Di satu sudut lain p**a akan ada ruang Studio PSS untuk pengkaryaan podcast dan ruang bual bicara ilmiah. Di satu sudut lagi ada ruang cyber cafe dilengkapi dengan beberapa set komputer riba lengkap dengan alat pencetak bagi memudahkan murid mencari maklumat yang diperlukan. Semoga perancangan ini akan membuka era baru Pusat Sumber yang sarat dengan sumber keilmuan.
28/05/2026
Resam pengorbanan bukan pada sembelihan binatang semata-mata tetapi juga semangat dari pengorbanan yang dicurahkan kita semasa bekerja. Semoga Allah ganjari pengorbanan yang mereka lakukan. Nak ceria nak cantik memang kena makeup walaupun sudah berusia 😂. Modal besar takde kita makeover dengan skincare dulu.
fans
26/05/2026
Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha 1447H dengan penuh kesyukuran buat seluruh warga SAM Muhammadiah dan follower. Pengorbanan harta jiwa dan raga yang dilakukan demi keredhaan Yang Maha Kuasa.
22/05/2026
Student Voices didengari bagi merencana tindak susul seterusnya. Kump**an murid harapan SPM 2026, yang mengikuti modul Impact A+ siri ke 2 membuat pengisian natijah PPSA yang baru berakhir. Semoga anak-anak terus fokus kenali kekuatan dan kelemahan diri untuk meneruskan perjuangan SPM nanti.
fans Highlights
21/05/2026
Dengan penuh rasa syukur dan rendah hati, rasanya ini merupakan satu pengiktirafan yang julung kali buat kami.
Terima kasih kepada Jabatan Agama Islam Selangor atas penghargaan yang sangat bermakna ini.
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih juga buat seluruh guru-guru, AKP, PIBG serta seluruh warga sekolah yang sentiasa bekerja keras, berkorban masa dan tenaga demi memastikan kecemerlangan terus dilakar bersama. Kejayaan ini bukan milik individu, tetapi hasil usaha, doa dan kebersamaan seluruh pasukan.
Ini bukan mimpi, bukan juga ilusi.
Ilusi kita akan terus meluncur di persada kejayaan.
Alhamdulillah atas penganugerahan:
Anugerah SAM/SAMT Cemerlang
sempena
Majlis Pengiktirafan dan Penghargaan Pendidikan Jabatan Agama Islam Selangor Sempena Hari Guru 2026
“Guru Bitara, Nadi Negara”
fans Highlights