04/06/2026
πPantai Bumi Hijau, Sabak Bernam
RM1 Juta Perkasa Pantai Bumi Hijau Sebagai Destinasi Ekopelancongan Baharu Selangor - Malaysiaaktif Laporan/foto: Norshazila Ahmad/Mohd Hafiz (Sabak Bernam)
π Diploma Teknologi Senibina (DAT)
π Sijil Teknologi Elektrik (SKE)
π Sijil Fesyen & Pakaian (SFP)
π Sijil Teknologi Pemprosesan Makanan (SPK)
π Diploma Teknologi Senibina
π Sijil Teknologi Elektrik
π Sijil Fesyen & Pakaian
π Sijil Pemprosesan & Kawalan Mutu Makanan
04/06/2026
πPantai Bumi Hijau, Sabak Bernam
RM1 Juta Perkasa Pantai Bumi Hijau Sebagai Destinasi Ekopelancongan Baharu Selangor - Malaysiaaktif Laporan/foto: Norshazila Ahmad/Mohd Hafiz (Sabak Bernam)
04/06/2026
π SELAMAT MENYAMBUT HARI TVET NEGARA 2026 π2 JUN 2026
TVET bukan lagi pilihan alternatif, malah merupakan laluan kerjaya utama yang menawarkan peluang pekerjaan berkemahiran tinggi dan berpendapatan kompetitif.
π Acara Kemuncak: 5 β 7 Jun 2026
ποΈ Dataran Putrajaya
Jom terokai dunia TVET melalui pelbagai aktiviti menarik seperti:
β
Pameran Teknologi Terkini
β
Demonstrasi Kemahiran
β
Karnival Kerjaya
β
Kerjasama Strategik Industri
Terbuka kepada pelajar, belia, ibu bapa dan pencari kerja yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai peluang pendidikan dan kerjaya dalam bidang TVET.
βBUILD YOUR FUTURE WITH USβ
π
04/06/2026
ππππππ ππππππ
Merafak Sembah Setinggi-tinggi Tahniah dan Ucap Selamat sempena Ulang Tahun Hari Kelahiran Ke-55 Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin.
Semoga Allah SWT lanjutkan usia Tuanku dalam keafiatan dan sentiasa berada dalam lindungan Allah serta hidup dengan penuh kebahagiaan, dianugerahkan segala taufik dan hidayah, kewibawaan dan kebesaran, kehormatan dan kemuliaan, darjat dan daulat, fid-dunia wal-akhirat.
Sembah takzim daripada:
Pengarah Kolej Komuniti Sabak Bernam
dan seluruh warga kerja Kolej Komuniti Sabak Bernam
βBUILD YOUR FUTURE WITH USβ
π
03/06/2026
π‘οΈ Mulai 1 Jun 2026, hanya individu berumur 16 tahun ke atas dibenarkan mendaftar akaun media sosial selaras dengan pelaksanaan Kod Perlindungan Kanak-Kanak (CPC) dan Kod Pengurangan Risiko (RMC). π§π»
Langkah ini memperkukuh keselamatan digital, memastikan akses platform bersesuaian dengan umur serta melindungi kanak-kanak dalam talian melalui tanggungjawab bersama semua pihak. π€β¨
03/06/2026
3 JUN 2026 | LAWATAN AKADEMIK PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR 2026 bertempat di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).
Penganjuran pesta buku ini adalah untuk memupuk budaya membaca dan menyemarakkan industri penerbitan serta sastera di rantau ini. Acara yang membawa tema "Malaysia Membaca; Merayakan Buku" ini berperanan sebagai platform sehenti yang mengumpulkan penerbit, penulis, dan peminat buku.
βBUILD YOUR FUTURE WITH USβ
π
03/06/2026
KURSUS PENDEK (PSH) KKSB BULAN JUN 2026
Tarikh : 6 Jun 2026 (Sabtu)
Masa : 8.00 pg β 1.00 tengah hari
1. Fun Games Maths For Kids (Age 8 β 11)
2. Penghasilan Architectural Rendering
3. Chawanmushi (Masakan Jepun)
4. Recycled Plastic Purse
5. Asas Gemini (Teknik Penggunaan)
6. Latih Tubi Asas Matematik (Sek. Menengah)
Tarikh : 20 Jun 2026 (Sabtu)
Masa : 8.00 pg β 1.00 tengah hari
1. Algebra Otak Matematik (Sekolah Menengah)
2. Penghasilan Roti Mexican Bun
3. Uncang Zip DIY
4. Mini Costume Doll 2D
Penyertaan dibuka kepada semua lapisan masyarakat.
Permohonan kursus boleh dibuat secara atas talian melalui pautan ini:
https://forms.gle/1A816YUNoZzUU6kQ6
Yuran penyertaan bagi semua kursus adalah RM5.00 per peserta. Yuran perlu dibayar secara atas talian menggunakan aplikasi iPayment. Sila pastikan anda telah berdaftar dengan aplikasi iPayment terlebih dahulu. Aplikasi ini boleh dimuat-turun daripada Google Playstore / Apple Store.
Pembayaran boleh mula dilaksanakan dalam tempoh 2 hari sebelum tarikh berkursus sehingga hari kursus berlangsung.
Pihak kami tidak lagi menerima pembayaran yuran secara tunai.
JOM SERTAI
π https://t.me/PSHKolejKomunitiSabakBernam
βBUILD YOUR FUTURE WITH USβ
π
03/06/2026
02/06/2026
2 JUN 2026 | MAJLIS FLAG-OFF KONTINJEN PISPA SELANGOR KE MALCIDAC 2026 KALI KE-2
Majlis Flag-Off Kontinjen Pasukan Institusi Pertahanan Awam (PISPA) Selangor ke MALCIDAC 2026 Kali Ke-2 berlangsung dengan jayanya di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam (PSA), Selangor.
Majlis disempurnakan oleh Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Selangor, Kolonel (PA) Fazlisyah bin Muslim. Hadir sama menyerikan majlis ialah Pengarah KKSB, Encik Ahmad Arman bin Nor Anuar, Pengarah Politeknik Sultan Idris Shah, Puan Haslinda binti Abd Hamid, dan Pengarah-pengarah POLYCC Negeri Selangor.
Pengarah dan seluruh warga KKSB mengucapkan Selamat Maju Jaya buat dua (2) pelajar KKSB yang terpilih bagi mewakili MALCIDAC 2026 iaitu Muhammad Aiman bin Azni dan Farhana Damia binti Kamarulzaman.
Semoga seluruh kontinjen PISPA Selangor sentiasa diberikan keselamatan, kesihatan dan semangat yang tinggi sepanjang menyertai MALCIDAC 2026.
Semoga segala usaha, latihan dan pengorbanan yang telah dicurahkan membuahkan kejayaan serta mengharumkan nama Negeri Selangor dan institusi masing-masing.
βPISPA Selangor, Bangkit Perkasaβ
βBUILD YOUR FUTURE WITH USβ
π
02/06/2026
UCAPAN SETINGGI-TINGGI TAHNIAH
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada YBhg. Datuk Ts. Dr. Haji Aminuddin bin Hassim atas pengurniaan Darjah Kebesaran Panglima Jasa Negara (P.J.N.) yang membawa gelaran Datuk sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bagi Tahun 2026
Ikhlas daripada,
Pengurusan Tertinggi dan Warga POLYCC
| Monday | 08:00 - 17:00 |
| Tuesday | 08:00 - 17:00 |
| Wednesday | 08:00 - 17:00 |
| Thursday | 08:00 - 17:00 |
| Friday | 08:00 - 17:00 |