Jabatan Perdagangan PSIS

Jabatan Perdagangan PSIS Cabaran bagi Jabatan Perdagangan bukan sahaja untuk meraih lebih banyak pencapaian dan meluaskan pen

Tahniah kepada FINALIS “International Business Plan Competition” (IBPC) anjuran Universitas Negeri Malang, Indonesia yan...
20/09/2026

Tahniah kepada FINALIS “International Business Plan Competition” (IBPC) anjuran Universitas Negeri Malang, Indonesia yang terdiri daripada 3 orang pelajar DIF4A Jabatan Perdagangan iaitu:

1. FARAH AUNI BINTI MOHAMAD KHAIRI
2. AIMY SUFFIYA BINTI MOHD RIZALLUDIN
3. NURULAIN BATRISYA BINTI RADZIF

Kumpulan ini dibantu oleh Dr Mazura binti Mansor sebagai Mentor. Kumpulan ‘Percha Project’ ini akan membuat pembentangan akhir pada hari Ahad, 20 September 2026 secara dalam talian.

Sama-sama kita doakan agar mereka semua beroleh kejayaan.


𝑯𝑬𝑩𝑨𝑯𝑨𝑵 𝑴𝑨𝑱𝑳𝑰𝑺 𝑷𝑬𝑵𝑼𝑻𝑼𝑷𝑨𝑵 𝑷𝑶𝑳𝒀𝑪𝑪 𝑺𝑻𝑼𝑫𝑬𝑵𝑻𝑺 𝑻𝑹𝑨𝑫𝑬𝑷𝑹𝑬𝑵𝑬𝑼𝑹 𝑪𝑯𝑨𝑳𝑳𝑬𝑵𝑮𝑬 𝟐𝟎𝟐𝟔 (𝑷𝒐𝒍𝒚𝑺𝑻𝒓𝒂𝑪 𝟐𝟎𝟐𝟔) Dimaklumkan bahawa Majlis Penutupa...
07/09/2026

𝑯𝑬𝑩𝑨𝑯𝑨𝑵 𝑴𝑨𝑱𝑳𝑰𝑺 𝑷𝑬𝑵𝑼𝑻𝑼𝑷𝑨𝑵 𝑷𝑶𝑳𝒀𝑪𝑪 𝑺𝑻𝑼𝑫𝑬𝑵𝑻𝑺 𝑻𝑹𝑨𝑫𝑬𝑷𝑹𝑬𝑵𝑬𝑼𝑹 𝑪𝑯𝑨𝑳𝑳𝑬𝑵𝑮𝑬 𝟐𝟎𝟐𝟔 (𝑷𝒐𝒍𝒚𝑺𝑻𝒓𝒂𝑪 𝟐𝟎𝟐𝟔)

Dimaklumkan bahawa Majlis Penutupan POLYCC Students Tradepreneur Challenge 2026 (PolySTRaC 2026) akan diadakan seperti ketetapan berikut:

​Tarikh​​: 10 September 2026
​Lokasi​​: Conference Room, BURSA Malaysia, Kuala Lumpur
​Masa​​: 1.00 – 5.00 petang
​Perasmi​: YBhg. Datuk Ts. Dr. Hj. Aminuddin Bin Hassim Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT)


THE GREAT PSIS!!!
………………………………………………..
Facebook | Instagram | Youtube| Tiktok : Politeknik Sultan Idris Shah
X: snsuada






MalaysiaMadani

69 Tahun Merdeka! 🇲🇾Bukan sekadar bebas, tetapi bersatu membina masa depan. ❤️Selamat Hari Kebangsaan ke-69!Malaysia MAD...
31/08/2026

69 Tahun Merdeka! 🇲🇾

Bukan sekadar bebas, tetapi bersatu membina masa depan. ❤️
Selamat Hari Kebangsaan ke-69!
Malaysia MADANI, terus melangkah bersama!

🇲🇾 MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

Ikhlas daripada,
Seluruh Warga Jabatan Perdagangan, PSIS

𝐇𝐄𝐁𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐑𝐀𝐒𝐌𝐈 𝐔𝐍𝐈𝐓 𝐏𝐄𝐏𝐄𝐑𝐈𝐊𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐌𝐀𝐊𝐀𝐍 𝐃𝐑𝐀𝐅 𝐉𝐀𝐃𝐔𝐀𝐋 𝐑𝐀𝐒𝐌𝐈 𝐏𝐄𝐏𝐄𝐑𝐈𝐊𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐀𝐊𝐇𝐈𝐑 𝐒𝐄𝐌𝐄𝐒𝐓𝐄𝐑 𝐒𝐄𝐒𝐈 𝐈 : 𝟐𝟎𝟐𝟔/𝟐𝟎𝟐𝟕Draf Jadual Waktu ...
28/08/2026

𝐇𝐄𝐁𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐑𝐀𝐒𝐌𝐈 𝐔𝐍𝐈𝐓 𝐏𝐄𝐏𝐄𝐑𝐈𝐊𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐌𝐀𝐊𝐀𝐍 𝐃𝐑𝐀𝐅 𝐉𝐀𝐃𝐔𝐀𝐋 𝐑𝐀𝐒𝐌𝐈 𝐏𝐄𝐏𝐄𝐑𝐈𝐊𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐀𝐊𝐇𝐈𝐑 𝐒𝐄𝐌𝐄𝐒𝐓𝐄𝐑 𝐒𝐄𝐒𝐈 𝐈 : 𝟐𝟎𝟐𝟔/𝟐𝟎𝟐𝟕

Draf Jadual Waktu Peperiksaan Akhir Semester boleh disemak oleh para pelajar dan pensyarah mulai hari ini sehingga 6 September 2026 di laman sesawang https://bpn.mypolycc.edu.my/ melalui modul UNIT PEPERIKSAAN & DATA (JADUAL WAKTU).

Sekiranya terdapat perkara-perkara seperti berikut:
📌Kursus-kursus BERTINDIH pada HARI dan WAKTU yang sama.
📌Kursus-kursus berlangsung secara BERTURUT-TURUT pada hari yang sama.
📌Isu lain yang boleh menjejaskan pelaksanaan peperiksaan akhir.

Para pelajar dan pensyarah kursus dikehendaki mengisi borang Maklum Balas melalui capaian berikut https://forms.gle/NZk4EsN6ed1ZVuxX6 

Tarikh memberi maklum balas adalah sehingga 6 September 2026. Selepas dari tarikh ini Draf Semakan dan ruang Maklum Balas Jadual Peperiksaan Akhir Semester akan di TUTUP.

Sekiranya ada sebarang pertanyaan atau kemusyikilan berhubung draf jadual waktu peperiksaan, boleh lah merujuk kepada Unit Peperiksaan dengan kadar segera.

Kerjasama dan perhatian semua pelajar dan pensyarah amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

📢 PELUANG KERJAYA UNTUK ALUMNI SAINS KESETIAUSAHAAN! 🎓✨Panggilan buat rakan-rakan Alumni Diploma Sains Kesetiausahaan ya...
27/08/2026

📢 PELUANG KERJAYA UNTUK ALUMNI SAINS KESETIAUSAHAAN! 🎓✨

Panggilan buat rakan-rakan Alumni Diploma Sains Kesetiausahaan yang telah tamat pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda! Pengambilan bagi jawatan Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT) Gred DH9 kini dibuka di bawah Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP). 🏢📚

📌 Kelayakan Akademik Diperlukan (Bidang Sains Kesetiausahaan):
Ijazah Sarjana Muda Pengurusan (Kepujian)
Ijazah Sarjana Muda Sistem Pengurusan Pejabat (Kepujian)

Jangan lepaskan peluang untuk berbakti dalam bidang pendidikan pengajian tinggi!

💻 Mohon / Kemaskini Portal MySPP:
🔗 https://myspp.spp.gov.my/myspp/

⏳ Tarikh Tutup Permohonan:
🗓️ 10 September 2026 (Khamis)

Jom mohon segera & tag rakan-rakan alumni DSK yang lain.

Semoga ada rezeki kita bersama! 🤲🏼🚀

𝐏𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐆𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐒𝐈𝐒 𝐇𝐀𝐑𝐔𝐌𝐊𝐀𝐍 𝐍𝐀𝐌𝐀 𝐈𝐍𝐒𝐓𝐈𝐓𝐔𝐒𝐈 & 𝐊𝐎𝐍𝐓𝐈𝐍𝐉𝐄𝐍 𝐖𝐈𝐋𝐀𝐘𝐀𝐇 𝐏𝐄𝐑𝐒𝐄𝐊𝐔𝐓𝐔𝐀𝐍Jabatan Perdagangan, Politeknik ...
18/08/2026

𝐏𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐆𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐒𝐈𝐒 𝐇𝐀𝐑𝐔𝐌𝐊𝐀𝐍 𝐍𝐀𝐌𝐀 𝐈𝐍𝐒𝐓𝐈𝐓𝐔𝐒𝐈 & 𝐊𝐎𝐍𝐓𝐈𝐍𝐉𝐄𝐍 𝐖𝐈𝐋𝐀𝐘𝐀𝐇 𝐏𝐄𝐑𝐒𝐄𝐊𝐔𝐓𝐔𝐀𝐍

Jabatan Perdagangan, Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) menzahirkan rasa bangga ke atas pencapaian cemerlang pelajarnya, Roshahfiqah Binti Jupri, yang berjaya meraih pingat perak di Temasya SUKMA XXII Selangor 2026.

Roshahfiqah, pelajar Diploma Sains Kesetiausahaan (DSK2A), yang mewakili kontinjen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, menampilkan persembahan memukau dalam acara Pencak Silat Kategori Ganda Puteri. Kejayaan ini bukan sahaja menjadi kebanggaan buat jabatan, malah membuktikan komitmen Jabatan Perdagangan PSIS dalam menyokong pembangunan bakat pelajar bukan sahaja dalam bidang akademik, malah dalam arena sukan berprestasi tinggi.

Pihak warga Jabatan Perdagangan menyifatkan Roshahfiqah sebagai contoh terbaik pelajar yang mengimbangi kecemerlangan akademik dengan semangat kesukanan yang tinggi. Pencapaian serta disiplin luar biasa beliau diyakini berupaya menjadi sumber inspirasi terbaik buat seluruh warga pelajar lain untuk terus berusaha mencapai impian yang diimpikan.

Setinggi-tinggi ucapan tahniah dan selamat maju jaya diucapkan kepada Puan Mastura yang terlibat dalam Urusan Validasi K...
15/08/2026

Setinggi-tinggi ucapan tahniah dan selamat maju jaya diucapkan kepada Puan Mastura yang terlibat dalam Urusan Validasi Kenaikan Pangkat ke Gred DH12 pada 17 Ogos 2026. Semoga segala usaha, iltizam dan komitmen yang diberikan membuahkan kejayaan yang cemerlang.



𝑯𝑶𝑼𝑺𝑬 𝑶𝑭 𝑯𝑨𝑵𝑮 𝑲𝑨𝑺𝑻𝑼𝑹𝑰 — 𝑯𝑶𝑼𝑺𝑬 𝑶𝑭 𝑪𝑯𝑨𝑴𝑷𝑰𝑶𝑵 𝑷𝑬𝑺𝑱𝑨 𝟐𝟎𝟐𝟔!Setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah diucapkan kepada semua atle...
09/08/2026

𝑯𝑶𝑼𝑺𝑬 𝑶𝑭 𝑯𝑨𝑵𝑮 𝑲𝑨𝑺𝑻𝑼𝑹𝑰 — 𝑯𝑶𝑼𝑺𝑬 𝑶𝑭 𝑪𝑯𝑨𝑴𝑷𝑰𝑶𝑵 𝑷𝑬𝑺𝑱𝑨 𝟐𝟎𝟐𝟔!

Setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah diucapkan kepada semua atlet Jabatan Perdagangan, Commerce Executive Club (CEC) selaku wakil jabatan dalam Pesta Sukan Antara Jabatan (PESJA) 2026, serta seluruh warga JP yang sentiasa memberikan sokongan, semangat dan dorongan sepanjang berlangsungnya PESJA 2026.

Hasil daripada semangat, usaha dan perjuangan yang tidak pernah luntur, Jabatan Perdagangan dengan bangganya telah dinobatkan sebagai HOUSE OF CHAMPION bagi Pesta Sukan Antara Jabatan (PESJA) 2026.

Antara pencapaian yang telah berjaya diraih oleh House of Hang Kasturi sepanjang PESJA 2026 adalah:

👨🏻‍🎓 Komandan Terbaik PESJA 2026 — Muhammad Faris Ikhmal bin Abdul Halim
🥇 Tempat Pertama - Takraw JP A
🥈 Tempat Kedua - Bola Jaring JP B
🥈 Tempat Kedua - Tarik Tali
🥈 Tempat Kedua - Badminton Beregu (P) JP A
🥉 Tempat Ketiga - Bola Keranjang JP A
🥉 Tempat Ketiga - Bola Jaring JP C

Setiap pencapaian ini menjadi bukti bahawa semangat, usaha dan kesatuan warga Jabatan Perdagangan mampu membawa House of Hang Kasturi ke puncak kejayaan. Kemenangan ini bukan milik individu semata-mata, tetapi hasil daripada perjuangan atlet, sokongan warga JP dan komitmen CEC yang bersama-sama mengangkat nama Jabatan Perdagangan 💙

Ikhlas daripada,
_Commerce Executive Club (CEC)_
Jabatan Perdagangan PSIS




𝐍𝐔𝐒𝐀 𝐃𝐈𝐍𝐀𝐌𝐈𝐊: 𝐇𝐀𝐋𝐀𝐐𝐀𝐇 𝐊𝐄𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀𝐖𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐈𝐒𝐋𝐀𝐌 & 𝐄𝐓𝐈𝐊𝐀 (𝐢-𝐍𝐚𝐃𝐢𝐄)Sukacita dimaklumkan bahawa Unit Pengantarabangsaan Jabatan Pe...
28/07/2026

𝐍𝐔𝐒𝐀 𝐃𝐈𝐍𝐀𝐌𝐈𝐊: 𝐇𝐀𝐋𝐀𝐐𝐀𝐇 𝐊𝐄𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀𝐖𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐈𝐒𝐋𝐀𝐌 & 𝐄𝐓𝐈𝐊𝐀 (𝐢-𝐍𝐚𝐃𝐢𝐄)

Sukacita dimaklumkan bahawa Unit Pengantarabangsaan Jabatan Perdagangan, Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS), Malaysia dengan kerjasama Universitas Negeri Malang, Indonesia akan menganjurkan Nusa Dinamik: Halaqah Keusahawanan Islam & Etika (i-NaDiE).

Program kolaborasi antarabangsa ini bertujuan membimbing pelajar menjadi usahawan yang berilmu, beretika dan berdaya saing berteraskan keusahawanan Islam, di samping menyediakan platfrom pembentangan dan perkongsian ilmu dalam bidang keusahawanan serta etika.

Maklumat Program:
📅 Tarikh: 29 Julai 2026 (Rabu)
📍 Platform: Dalam Talian (Sabak Bernam)




🎉 Setinggi-tinggi Tahniah dan Syabas 🎉Seluruh warga kerja Jabatan Perdagangan merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah ...
28/07/2026

🎉 Setinggi-tinggi Tahniah dan Syabas 🎉

Seluruh warga kerja Jabatan Perdagangan merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada warga jabatan yang telah menerima Pemangkuan Kenaikan ke Gred DH13, DH12 dan DH10.

Semoga pengiktirafan ini menjadi pemangkin untuk terus melakar kecemerlangan, memperkukuh budaya kerja berprestasi tinggi serta memberi inspirasi kepada seluruh warga pendidik dalam menyampaikan perkhidmatan yang terbaik kepada institusi, masyarakat dan negara.

Semoga terus cemerlang dalam menggalas amanah dan mencapai lebih banyak kejayaan pada masa hadapan.

Tahniah dan selamat maju jaya! 🌹




Address

Sabak
45100

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Perdagangan PSIS posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Jabatan Perdagangan PSIS:

Shortcuts

Share

Category