Smk Ungku Aziz - Official

Smk Ungku Aziz - Official

Selamat Hari Malaysia 2026: Malaysia MADANI, Rakyat DisantuniSalam Malaysia MADANI buat seluruh warga sekolah, para ibu ...
15/09/2026

Selamat Hari Malaysia 2026: Malaysia MADANI, Rakyat Disantuni

Salam Malaysia MADANI buat seluruh warga sekolah, para ibu bapa, dan alumni yang dikasihi.
Hari Malaysia yang disambut pada setiap 16 September bukan sekadar penanda lipatan sejarah, tetapi momen untuk kita memperbaharui ikatan persaudaraan antara Semenanjung, Sabah, dan Sarawak. Sesuai dengan tema "Malaysia MADANI, Rakyat Disantuni", marilah kita memupuk semangat keprihatinan, saling menghormati, dan merapatkan jurang sesama kita tanpa mengira latar belakang.

Berlayar bahtera ke Teluk Ramunia,
Singgah sebentar di Tanjung Aru;
Enam puluh tiga tahun menyinar dunia,
Malaysia kekal bersatu dan maju.

Kekuatan negara kita terletak pada perpaduan rakyatnya. Sebagaimana yang pernah diungkapkan oleh Bapa Kemerdekaan kita:

"Kita semua orang Malaysia. Inilah ikatan yang menyatukan kita. Mari kita ingat bahawa perpaduan adalah kekuatan asas kita sebagai sebuah keluarga dan sebuah negara."
— Tunku Abdul Rahman

Sebagai warga pendidik dan murid, jadikanlah nilai ihsan dan nilai murni sebagai teras dalam kehidupan seharian. Semoga sekolah kita terus menjadi landasan untuk melahirkan generasi yang bukan sahaja cemerlang akademik, malah berhemah tinggi dan prihatin terhadap masyarakat.
Selamat Hari Malaysia!

Abdullah bin Ali
Pengetua SMK Ungku Aziz

KOPI, TEH & CERITA ASRAMA"BERSAMA MEMBINA KECEMERLANGAN ANAK ASRAMA"Tarikh : 6 September 2026 / AhadMasa  : 3.30 petang ...
15/09/2026

KOPI, TEH & CERITA ASRAMA
"BERSAMA MEMBINA KECEMERLANGAN ANAK ASRAMA"

Tarikh : 6 September 2026 / Ahad
Masa : 3.30 petang hingga 5.00 petang
Tempat : Dewan Profesor, SMKUA
Anjuran : Unit Hal Ehwal Murid bersama-sama Unit Bimbingan dan Kaunseling SMKUA



PERKHEMAHAN PERDANA  BADAN BERUNIFORM SMK UNGKU AZIZ 2027Tarikh : 21 hingga 22 Ogos 2026 ( Jumaat dan Sabtu)Tempat : Sek...
15/09/2026

PERKHEMAHAN PERDANA BADAN BERUNIFORM SMK UNGKU AZIZ 2027

Tarikh : 21 hingga 22 Ogos 2026 ( Jumaat dan Sabtu)
Tempat : Sekitar kawasan SMK Ungku Aziz
Anjuran: Unit Kokurikulum SMKUA



MAJLIS PENYERAHAN TAJAAN KEJOHANAN BOLA SEPAK PIALA JUBLI PERAK D.Y.M.M. SULTAN SELANGOR TAHUN 2026Tarikh : 14 September...
14/09/2026

MAJLIS PENYERAHAN TAJAAN KEJOHANAN BOLA SEPAK PIALA JUBLI PERAK D.Y.M.M. SULTAN SELANGOR TAHUN 2026

Tarikh : 14 September 2026 / Isnin
Masa : 9.30 pagi
Tempat : Dewan Karangkraf, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan

TAHNIAH & SYABAS!



KEM CPC 100 MADANI (CALON POTENSI CEMERLANG SPM 2026)Tarikh : 11 & 12 September 2026 / Jumaat & SabtuMasa : 7.30 pagi (J...
12/09/2026

KEM CPC 100 MADANI (CALON POTENSI CEMERLANG SPM 2026)

Tarikh : 11 & 12 September 2026 / Jumaat & Sabtu
Masa : 7.30 pagi (Jumaat) hingga 2.30 petang (Sabtu)
Tempat : Pusat Kecermerlangan Kokurikulum Sabak Bernam
Anjuran : Unit Kurikulum dan PIBG SMKUA



PELANCARAN PROGRAM CPC 100 MADANI (CALON POTENSI CEMERLANG SPM 2026)Tarikh : 10 September 2026 / KhamisMasa : 11.30 pagi...
10/09/2026

PELANCARAN PROGRAM CPC 100 MADANI (CALON POTENSI CEMERLANG SPM 2026)

Tarikh : 10 September 2026 / Khamis
Masa : 11.30 pagi hingga 1.30 tengah hari
Tempat : Datatan TS25, SMKUA



Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada guru penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2025.Semoga pengiktir...
10/09/2026

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada guru penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2025.
Semoga pengiktirafan ini menjadi pembakar semangat untuk terus memberikan khidmat yang terbaik, berdedikasi dan berinspirasi demi kecemerlangan anak-anak didik serta sekolah.
Tahniah atas kecemerlangan dan komitmen yang ditunjukkan!

1. PN NUR LAILA BINTI AB AZIZ
2. EN MOHD AMIN BIN BASRI
3. EN HISYAM BIN ABLAH SHAHIR
4. USTAZ ABDUL LATIF BIN MUHAMMAD
5. PN NURRALEYSSA BINTI YUSOF
6. USTAZAH MAZNAH BINTI JOHARI
7. EN MUHAMMAD NURADHA BIN HARIDAN
8. EN PALANISAMY A/L JOSEPH
9. PN SITI SALMIAH BINTI OMAR
10. PN NURUL SAHIDA BINTI ABD MANAP
11. MUHAMMAD ADIL BIN MUHAMMAD ALIAS

TAHNIAH & SYABAS!



PERTANDINGAN  ANUGERAH INOVASI PERINGKAT DAERAH SABAK BERNAM 2026Tarikh : 28 Ogos 2026 / JumaatMasa : 8:30 pagi hingga 1...
03/09/2026

PERTANDINGAN ANUGERAH INOVASI PERINGKAT DAERAH SABAK BERNAM 2026

Tarikh : 28 Ogos 2026 / Jumaat
Masa : 8:30 pagi hingga 1:00 petang
Tempat :Stadium Sungai Besar

PENCAPAIAN
JOHAN BAGI PERTANDINGAN AIZ-ECOBAG

TAHNIAH & SYABAS!



PERTANDINGAN LOMPAT TALI SEMPENA SAMBUTAN AMBANG MERDEKA PERINGKAT NEGERI SELANGOR 2026Tarikh : 26 Ogos 2026 / RabuMasa ...
01/09/2026

PERTANDINGAN LOMPAT TALI SEMPENA SAMBUTAN AMBANG MERDEKA PERINGKAT NEGERI SELANGOR 2026

Tarikh : 26 Ogos 2026 / Rabu
Masa : 8.00 pagi
Tempat : SMK (P) Raja Zarina, Klang

PENCAPAIAN

TEMPAT KEEMPAT - KATEGORI LELAKI

TEMPAT KELIMA - KATEGORI PEREMPUAN

TAHNIAH & SYABAS!



Sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-69, marilah kita bersama-sama menyemarakkan semangat patriotisme, menghargai jasa pa...
30/08/2026

Sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-69, marilah kita bersama-sama menyemarakkan semangat patriotisme, menghargai jasa para pejuang kemerdekaan serta mensyukuri nikmat keamanan dan kesejahteraan yang kita kecapi.

Sebagai warga sekolah, marilah kita bersama-sama membentuk generasi yang mencintai negara dan bersedia menyumbang kepada masyarakat. Selaras dengan moto sekolah, “Berilmu Untuk Berjasa”, jadikanlah ilmu sebagai bekalan untuk membina masa depan serta berbakti kepada agama, bangsa dan negara.

Pesanan saya kepada para murid, belajarlah dengan tekun, hormati guru dan ibu bapa, hargai rakan serta jagalah nama baik sekolah. Jadilah generasi yang bukan sahaja cemerlang dalam akademik, tetapi juga mempunyai jati diri dan semangat patriotisme yang tinggi.

Marilah kita menghayati erti kemerdekaan bukan sekadar melalui laungan “Merdeka!”, tetapi dengan membuktikan kecintaan kepada negara melalui sikap, tindakan dan sumbangan kita setiap hari.

Selamat Hari Kebangsaan ke-69!
Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati

Ikhlas daripada,
Abdullah bin Ali
PENGETUA
SMK UNGKU AZIZ



Address

Jalan Raja Chulan
Sabak
45200

Telephone

+60332161275

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Smk Ungku Aziz - Official posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share