Prauniversiti Tingkatan Enam SAM Muhammadiah

Prauniversiti Tingkatan Enam SAM Muhammadiah Akaun Rasmi Prauniversiti Tingkatan Enam SAM Muhammadiah

πŸ—³οΈ Pembubaran PPTE SAM Muhammadiah Sesi 2025/2026 & Penamaan Calon Yang Dipertua Baharu Sesi 2026/2027Pada 5 Ogos 2026 (...
06/08/2026

πŸ—³οΈ Pembubaran PPTE SAM Muhammadiah Sesi 2025/2026 & Penamaan Calon Yang Dipertua Baharu Sesi 2026/2027

Pada 5 Ogos 2026 (Rabu), telah berlangsung Majlis Pembubaran Majlis Perwakilan Pelajar Tingkatan Enam (PPTE) SAM Muhammadiah Sesi 2025/2026 yang disusuli dengan Penamaan Calon Yang Dipertua (YDP) Baharu bagi sesi 2026/2027.

Program ini menjadi simbolik berakhirnya tempoh perkhidmatan barisan kepimpinan PPTE sesi 2025/2026 serta menandakan permulaan proses pemilihan kepimpinan baharu yang bakal meneruskan amanah dan tanggungjawab dalam memimpin pelajar Tingkatan Enam.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada barisan PPTE sesi 2025/2026 atas segala jasa, komitmen dan sumbangan sepanjang menjalankan amanah. Semoga segala usaha yang dicurahkan menjadi kenangan bermakna serta memberi manfaat kepada warga Prauniversiti SAM Muhammadiah. 🀝

Semoga proses pemilihan kepimpinan baharu berjalan lancar dan melahirkan pemimpin yang berintegriti, berwibawa serta mampu meneruskan kecemerlangan PPTE pada sesi akan datang. ✨

πŸŽ“ Bual Bicara Bersama Alumni STPM 2025Alhamdulillah, Bual Bicara Bersama Alumni STPM 2025 bertemakan β€œMisi 4.00 STPM: Ra...
27/07/2026

πŸŽ“ Bual Bicara Bersama Alumni STPM 2025

Alhamdulillah, Bual Bicara Bersama Alumni STPM 2025 bertemakan β€œMisi 4.00 STPM: Rahsia, Strategi dan Realiti” telah berlangsung dengan jayanya pada 26 Julai 2026 (Ahad) di SAM Muhammadiah Pekan Sabak.

Program ini telah menghimpunkan alumni cemerlang STPM bagi berkongsi pengalaman, strategi pembelajaran, teknik pengurusan masa serta realiti kehidupan sebagai pelajar STPM kepada para peserta. Perkongsian yang diberikan diharap dapat menjadi sumber inspirasi dan motivasi kepada pelajar dalam menghadapi cabaran serta mencapai kecemerlangan akademik. πŸ“šβœ¨

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua penceramah atas kesudian meluangkan masa berkongsi ilmu dan pengalaman yang amat bermakna. Ucapan terima kasih juga kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program ini. 🀝

Semoga segala perkongsian yang disampaikan menjadi panduan yang bermanfaat dan pemangkin kepada kejayaan para pelajar dalam menempuh peperiksaan STPM.

β€œBelajar daripada pengalaman, melakar kecemerlangan.” 🌟

πŸΈπŸ“ Program Sukan Tingkatan 6 SAM Muhammadiah 2026Alhamdulillah, Program Sukan Tingkatan 6 SAM Muhammadiah 2026 telah ber...
27/07/2026

πŸΈπŸ“ Program Sukan Tingkatan 6 SAM Muhammadiah 2026

Alhamdulillah, Program Sukan Tingkatan 6 SAM Muhammadiah 2026 telah berlangsung dengan jayanya pada 25 Julai 2026 (Sabtu) di Dewan Utama, SAM Muhammadiah.

Program yang dianjurkan oleh Majlis Perwakilan Pelajar Tingkatan 6 SAM Muhammadiah ini berjaya menghimpunkan para pelajar dalam suasana yang penuh semangat kesukanan, kerjasama dan ukhuwah. Pelbagai acara telah dipertandingkan, antaranya badminton dan ping pong, yang menyaksikan persaingan sihat serta komitmen tinggi daripada setiap pasukan. πŸ’ͺ

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua peserta, urus setia serta pihak yang telah bertungkus-lumus menjayakan program ini. Menang atau kalah bukanlah ukuran utama, sebaliknya semangat berpasukan, disiplin dan persahabatan yang terjalin menjadi kemenangan sebenar. 🀝✨

Semoga program seperti ini terus menjadi platform untuk melahirkan pelajar yang bukan sahaja cemerlang dalam akademik, malah aktif dalam kokurikulum serta memiliki jati diri yang unggul.

β€œBersukan β€’ Berdisiplin β€’ Berjaya” πŸ†

πŸŽ“ Bual Bicara Bersama Alumni STPM 2025Prauniversiti SAM Muhammadiyah akan menganjurkan Bual Bicara Bersama Alumni STPM 2...
23/07/2026

πŸŽ“ Bual Bicara Bersama Alumni STPM 2025

Prauniversiti SAM Muhammadiyah akan menganjurkan Bual Bicara Bersama Alumni STPM 2025 yang bertemakan β€œMisi 4.00 STPM: Rahsia, Strategi dan Realiti”.

Program ini menghimpunkan alumni cemerlang STPM daripada beberapa institusi bagi berkongsi pengalaman, strategi pembelajaran serta tip menghadapi peperiksaan sebagai panduan kepada para pelajar yang bakal menduduki STPM. πŸ“š

πŸ—“οΈ Tarikh: 26 Julai 2026 (Ahad)
πŸ“ Tempat: SAM Muhammadiyah Pekan Sabak

🎀 Barisan Penceramah:
β€’ Abdul Hafiz bin Mohd Muazzam – SMKA Putrajaya
β€’ Putra Ku Ahmad Fiqrullah bin Samsoul – SMKA Maahad Hamidiah
β€’ Luqman Nur Hakim bin Mohd Falzi – Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS)

Semua pelajar dijemput hadir bagi merebut peluang menimba ilmu, mendapatkan inspirasi serta memahami strategi sebenar untuk mencapai kecemerlangan dalam STPM. ✨

Jom hadir, dengar, belajar dan bawa pulang formula kejayaan daripada mereka yang telah membuktikannya. 🀝

πŸ“ Peperiksaan STPM Semester 2 Sesi 2026 – Hari TerakhirAlhamdulillah, pada 6 Julai 2026 (Isnin) telah berlangsung hari t...
06/07/2026

πŸ“ Peperiksaan STPM Semester 2 Sesi 2026 – Hari Terakhir

Alhamdulillah, pada 6 Julai 2026 (Isnin) telah berlangsung hari terakhir Peperiksaan STPM Semester 2 Sesi 2026, melibatkan kertas Tahfiz Al-Quran yang dijalankan pada jam 8.00 pagi hingga 10.30 pagi.

Dengan berakhirnya kertas Tahfiz Al-Quran, maka berakhirlah keseluruhan peperiksaan Semester 2 bagi para pelajar Tingkatan 6. Segala usaha, pengorbanan dan doa yang telah dipanjatkan sepanjang tempoh persediaan kini diserahkan kepada Allah SWT. 🀲

Semoga setiap calon dikurniakan keputusan yang cemerlang, diberkati ilmu yang dipelajari serta terus melangkah dengan penuh semangat dalam meneruskan perjalanan akademik. ✨

β€œUsaha telah disempurnakan, doa terus dipanjatkan, selebihnya bertawakal kepada Allah SWT.”

πŸ“ Peperiksaan STPM Semester 2 Sesi 2026 – Hari KetigaPada 2 Julai 2026 (Khamis), para pelajar Tingkatan 6 telah menduduk...
04/07/2026

πŸ“ Peperiksaan STPM Semester 2 Sesi 2026 – Hari Ketiga

Pada 2 Julai 2026 (Khamis), para pelajar Tingkatan 6 telah menduduki kertas Pengajian Syariah Kontemporari bagi Peperiksaan STPM Semester 2 Sesi 2026 yang berlangsung pada jam 2.30 petang hingga 4.30 petang.

Semoga setiap calon diberikan ketenangan, ketajaman fikiran dan dipermudahkan dalam menjawab setiap soalan. Mudah-mudahan segala usaha, doa dan pengorbanan yang telah dicurahkan sepanjang tempoh pembelajaran membuahkan hasil yang cemerlang. 🀲✨

Teruskan melangkah dengan yakin. Semoga kejayaan sentiasa mengiringi setiap usaha dan menjadi pembuka jalan kepada masa depan yang gemilang.

πŸ“ Peperiksaan STPM Semester 2 Sesi 2026 – Hari KeduaPada 30 Jun 2026 (Selasa), para pelajar Tingkatan 6 telah menduduki ...
04/07/2026

πŸ“ Peperiksaan STPM Semester 2 Sesi 2026 – Hari Kedua

Pada 30 Jun 2026 (Selasa), para pelajar Tingkatan 6 telah menduduki kertas Pengajian Usuluddin bagi Peperiksaan STPM Semester 2 Sesi 2026 yang berlangsung pada jam 11.30 pagi.

Semoga setiap calon diberikan ketenangan, keyakinan dan dipermudahkan dalam menjawab setiap soalan. Mudah-mudahan segala ilmu yang dipelajari serta usaha yang telah dicurahkan membuahkan hasil yang cemerlang. 🀲✨

Teruskan melangkah dengan penuh semangat. Semoga kejayaan sentiasa mengiringi setiap usaha yang dilakukan.

πŸ“ Peperiksaan STPM Semester 2 Sesi 2026 – Hari PertamaPada 29 Jun 2026 (Isnin), para pelajar Tingkatan 6 telah meneruska...
04/07/2026

πŸ“ Peperiksaan STPM Semester 2 Sesi 2026 – Hari Pertama

Pada 29 Jun 2026 (Isnin), para pelajar Tingkatan 6 telah meneruskan Peperiksaan STPM Semester 2 Sesi 2026 dengan menduduki kertas Bahasa Arab yang berlangsung pada jam 2.30 petang.

Semoga segala ilmu, usaha dan pengorbanan yang telah dicurahkan sepanjang tempoh pembelajaran menjadi asbab kepada kejayaan yang cemerlang. Semoga semua calon diberikan ketenangan, dipermudahkan menjawab setiap soalan dan memperoleh keputusan yang membanggakan. 🀲✨

β€œUsaha yang bersungguh-sungguh hari ini, insya-Allah menjadi kejayaan pada masa hadapan.”

πŸ“ Peperiksaan STPM Semester 2 Sesi 2026 – Hari PertamaAlhamdulillah, pada 29 Jun 2026 (Isnin) telah berlangsung hari per...
04/07/2026

πŸ“ Peperiksaan STPM Semester 2 Sesi 2026 – Hari Pertama

Alhamdulillah, pada 29 Jun 2026 (Isnin) telah berlangsung hari pertama Peperiksaan STPM Semester 2 Sesi 2026 yang dimulakan dengan kertas Pengajian Am pada jam 8.00 pagi.

Semoga semua calon diberikan ketenangan, dipermudahkan urusan serta mampu menjawab setiap soalan dengan penuh yakin hasil daripada segala usaha dan persediaan yang telah dilakukan. 🀲

Selamat maju jaya kepada seluruh calon STPM. Semoga setiap langkah dipermudah, setiap usaha diberkati, dan dikurniakan kejayaan yang cemerlang. ✨

πŸ“– Kelas Ulang Kaji Bahasa Arab STPM Semester 2Pada 20 Jun 2026 (Sabtu), telah berlangsung Kelas Ulang Kaji Bahasa Arab S...
22/06/2026

πŸ“– Kelas Ulang Kaji Bahasa Arab STPM Semester 2

Pada 20 Jun 2026 (Sabtu), telah berlangsung Kelas Ulang Kaji Bahasa Arab STPM Semester 2 secara dalam talian melalui platform Google Meet dengan penyertaan pelajar STPM Semester 2 dari pelbagai sekolah.

Program anjuran Prauniversiti SAM Muhammadiah ini telah dikendalikan oleh mentor pelajar iaitu Maryam Fasiha dari SMK Agama Arau, serta Wan Arfan dan Siti Zhulaika dari SAM Muhammadiah.

Sepanjang sesi berlangsung, para peserta telah mengikuti perbincangan topik-topik penting, teknik menjawab soalan serta perkongsian tips pembelajaran yang dapat membantu meningkatkan penguasaan dalam subjek Bahasa Arab Semester 2. πŸ“š

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada para mentor atas kesudian berkongsi ilmu dan pengalaman kepada para peserta. Semoga program ini memberi manfaat yang berterusan serta membantu pelajar mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan STPM. ✨

Address

SAM Muhammadiah
Sabak Bernam District
45200

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Prauniversiti Tingkatan Enam SAM Muhammadiah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share