Sk Parit Baharu Sabak Bernam Selangor

Sk Parit Baharu Sabak Bernam Selangor old school

Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan Peringkat SK Parit Baharu 2026
11/08/2026

Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan Peringkat SK Parit Baharu 2026

09/08/2026
04/08/2026

Tips untuk anak2 SK Parit Baharu, ada banyak video menarik boleh dipelajari

๐Ÿ† KEJOHANAN E-SUKAN MOBILE LEGENDS: BANG BANG (MLBB) SKPB 2026 ๐ŸŽฎAlhamdulillah, Kejohanan E-Sukan MLBB SK Parit Baharu 20...
29/07/2026

๐Ÿ† KEJOHANAN E-SUKAN MOBILE LEGENDS: BANG BANG (MLBB) SKPB 2026 ๐ŸŽฎ

Alhamdulillah, Kejohanan E-Sukan MLBB SK Parit Baharu 2026 telah berlangsung dengan jayanya. Tahniah kepada semua murid yang telah menunjukkan komitmen, semangat kesukanan, disiplin serta kerjasama berpasukan sepanjang sesi pemilihan.

Terima kasih kepada pengurus E- Sukan sekolah Cikgu Sidi diatas pengurusan Kejohanan serta Cikgu Zailani diatas sumbangan pingat dan hadiah kepada pasukan yang menang. Kehadiran PK Kokurikulum, En Yusri turut menyerikan kejohanan.

Semoga pemain yang terpilih dapat membawa nama SK Parit Baharu dengan cemerlang dalam pertandingan yang akan datang.

Bina Pasukan. Kejar Impian. Jadi Juara!๐Ÿ’™๐Ÿ”ฅ

๐ŸŽ‰ TERIMA KASIH VAN MILO! ๐Ÿ’š๐Ÿฅ›Warga sekolah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada MILO atas kunjungan istimewa dan ...
29/07/2026

๐ŸŽ‰ TERIMA KASIH VAN MILO! ๐Ÿ’š๐Ÿฅ›

Warga sekolah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada MILO atas kunjungan istimewa dan sumbangan minuman kepada murid-murid sekolah.

Program ini bukan sahaja menceriakan suasana sekolah, malah memberi peluang kepada murid menikmati minuman MILO sambil menyemarakkan semangat mereka untuk terus aktif dan cergas.

Semoga jalinan kerjasama seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang demi manfaat dan kesejahteraan warga sekolah.

Terima kasih sekali lagi kepada pihak MILO atas sokongan dan keprihatinan yang diberikan. ๐Ÿ’š

PROGRAM SERAHAN WANG KWAMP 2026Alhamdulillah, Program Serahan Wang Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAMP) 2026 tela...
29/07/2026

PROGRAM SERAHAN WANG KWAMP 2026

Alhamdulillah, Program Serahan Wang Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAMP) 2026 telah berjaya dilaksanakan dengan lancar pada 23 Julai 2026 (Khamis) di Dewan Utama SK Parit Baharu.

Seramai 68 orang penjaga telah hadir untuk menerima bantuan KWAMP bagi murid yang layak. Diharapkan sumbangan ini dapat membantu meringankan beban perbelanjaan persekolahan serta memberi semangat kepada murid untuk terus cemerlang dalam pembelajaran.

Pihak sekolah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua ibu bapa dan penjaga yang hadir serta memberikan kerjasama yang baik sepanjang program berlangsung. Terima kasih juga kepada semua guru dan warga kerja SK Parit Baharu yang telah bertungkus-lumus memastikan perjalanan program berjalan dengan teratur dan lancar.

Semoga bantuan yang disalurkan ini dapat dimanfaatkan sebaiknya demi kebajikan dan kecemerlangan anak-anak.

"Kerjasama Anda, Keutamaan Kami." โค๏ธ

PROGRAM 3K: LATIHAN KEBAKARAN 2026 ๐Ÿš’๐Ÿ”ฅAlhamdulillah, Program 3K: Latihan Kebakaran telah berjaya dilaksanakan dengan lanc...
29/07/2026

PROGRAM 3K: LATIHAN KEBAKARAN 2026 ๐Ÿš’๐Ÿ”ฅ

Alhamdulillah, Program 3K: Latihan Kebakaran telah berjaya dilaksanakan dengan lancar di Sekolah Kebangsaan Parit Baharu pada 22 Julai 2026 (Rabu).

Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran, pengetahuan dan tahap kesiapsiagaan warga sekolah dalam menghadapi situasi kecemasan serta memastikan prosedur pemindahan dapat dilaksanakan dengan teratur dan selamat.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada Balai Bomba dan Penyelamat Sabak Bernam atas kerjasama, tunjuk ajar serta demonstrasi yang sangat bermanfaat kepada murid dan warga sekolah.

Terima kasih juga kepada semua guru, kakitangan, murid serta pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program ini.

Semoga ilmu dan pengalaman yang diperoleh dapat dimanfaatkan serta membentuk budaya keselamatan dalam kalangan seluruh warga sekolah.

"Keselamatan Tanggungjawab Bersama." โค๏ธ๐Ÿงฏ

Sihat bersama MILO!!
29/07/2026

Sihat bersama MILO!!

Program Minggu PPDA 2026 di Sekolah Kebangsaan Parit Baharu telah berlangsung dengan jayanya.Sepanjang program, murid-mu...
19/07/2026

Program Minggu PPDA 2026 di Sekolah Kebangsaan Parit Baharu telah berlangsung dengan jayanya.

Sepanjang program, murid-murid telah menyertai pelbagai aktiviti yang menarik seperti senamrobik, pertandingan mewarna, pertandingan menghasilkan poster, kuiz PPDa serta Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah. Tahniah kepada semua murid yang telah menunjukkan semangat, kreativiti dan komitmen yang tinggi.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada barisan pentadbir, guru-guru, warga sekolah serta semua pihak yang telah memberikan kerjasama dan sokongan dalam menjayakan program ini.

Semoga ilmu dan kesedaran yang diperoleh menjadi panduan kepada semua murid untuk terus mengamalkan gaya hidup sihat serta menjauhi dadah, rokok, v**e, alkohol dan inhalan.

๐ŸŒฑ Katakan TIDAK kepada DADAH. Pilih Hidup Sihat, Masa Depan Gemilang!**

๐Ÿ“ธ Jom saksikan sekitar aktiviti sepanjang Minggu PPDa 2026.

๐Ÿƒโ€โ™‚๏ธ๐Ÿƒโ€โ™€๏ธ KEJOHANAN BALAPAN DAN SUKAN TAHUNAN SK PARIT BAHARU 2026๐Ÿ…๐Ÿ“… Tarikh:27 Jun 2026Sekalung tahniah dan syabas kepada...
03/07/2026

๐Ÿƒโ€โ™‚๏ธ๐Ÿƒโ€โ™€๏ธ KEJOHANAN BALAPAN DAN SUKAN TAHUNAN SK PARIT BAHARU 2026๐Ÿ…

๐Ÿ“… Tarikh:27 Jun 2026

Sekalung tahniah dan syabas kepada semua murid yang telah mengambil bahagian dalam Kejohanan Balapan dan Sukan Tahunan SK Parit Baharu 2026. Terima kasih juga diucapkan kepada barisan guru, ibu bapa, PIBG, para petugas serta semua pihak yang telah memberikan komitmen dan kerjasama dalam menjayakan kejohanan ini.

Semoga kejohanan ini menjadi medan untuk memupuk semangat kesukanan, disiplin, kerjasama berpasukan serta mengeratkan ukhuwah dalam kalangan warga sekolah.

Tahniah kepada semua pemenang dan syabas kepada semua peserta atas semangat juang yang dipamerkan. Semoga terus cemerlang dalam bidang sukan dan akademik.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran para tetamu kehormat yang sudi meluangkan masa bagi memeriahkan kejohanan ini:

- Encik Ahmad Mustain Bin Othman,
Penyelaras Parlimen Sabak Bernam

- Encik Mohd Fadli Bin Khalidin,
Penolong Pegawai Pendidikan,
Menengah dan Tingkatan Enam,
PPD Sabak Bernam

- Encik Ahmad Halimi bin Main,
Yang Dipertua PIBG SK Parit Baharu

- Puan Nurul Zakiah Binti Kasnun,
Naib Yang Dipertua PIBG SK Parit Baharu

Keputusan Rasmi:

Johan : Rumah Merah
Naib Johan : Rumah Biru
Ketiga : Rumah Hijau

"Majulah Sukan Demi Kecemerlangan"

Address

Jalan Besar, Kg Parit Baru, , Sg Air Tawar
Sabak Bernam District
45100

Opening Hours

Monday 07:30 - 17:00
Tuesday 07:30 - 17:00
Wednesday 07:30 - 17:00
Thursday 07:30 - 17:00
Friday 07:30 - 17:00

Telephone

+60332136971

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sk Parit Baharu Sabak Bernam Selangor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category