18/07/2026
Sabtu | 18.7.2026
📌🍱KARNIVAL PENDIDIKAN MADANI 2026 : PERTANDINGAN BENTO KREATIF PRASEKOLAH
Prasekolah SK Kelatuan telah berjaya menghantar dua penyertaan dalam Pertandingan Bento Kreatif Prasekolah sempena Karnival Pendidikan Madani 2026.
Pertandingan ini telah menyaksikan kerjasama yang cukup erat antara murid prasekolah bersama ibu bapa dalam menghasilkan bento yang kreatif, menarik dan berkhasiat. Walaupun kedua-dua penyertaan hanya berjaya sehingga peringkat penyertaan, pengalaman yang diperoleh merupakan satu kenangan dan pembelajaran yang amat bermakna buat anak-anak serta keluarga.
Pihak sekolah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada ibubapa yang telah meluangkan masa, tenaga dan kreativiti untuk bersama-sama anak-anak menjayakan pertandingan ini. Komitmen dan sokongan yang diberikan amat dihargai serta menjadi pemangkin kepada perkembangan murid.
Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada guru Prasekolah SK Kelatuan Puan Hamidah binti Jair, serta warga sekolah yang telah memberikan kerjasama, sokongan dan bantuan sama ada secara langsung mahupun tidak langsung dalam memastikan penyertaan ini dapat dilaksanakan dengan lancar.
Semoga pengalaman ini menjadi inspirasi untuk terus menyertai pelbagai pertandingan dan aktiviti pada masa akan datang. Tahniah kepada semua peserta atas usaha dan semangat yang ditunjukkan!