SMK Banggi

SMK Banggi Official Page for SMK Banggi Kudat Sabah

🌟 π“π€π‡ππˆπ€π‡ 𝐃𝐀𝐍 π’π˜π€ππ€π’! 🌟Warga SMK Banggi merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan tahniah kepada anak hebat seko...
13/05/2026

🌟 π“π€π‡ππˆπ€π‡ 𝐃𝐀𝐍 π’π˜π€ππ€π’! 🌟

Warga SMK Banggi merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan tahniah kepada anak hebat sekolah kita, **Muhammad Yuss Airyl Syah** atas kejayaan membanggakan sebagai:

πŸ† Pencapaian Cemerlang:

πŸ‘¨β€πŸš€ Blocker Terbaik Kejohanan Bola Tampar Majlis Sukan Sekolah Sabah 2026

πŸ‘¨β€πŸš€πŸ Pasukan Lelaki 18TKB β€” *NAIB JOHAN* Kejohanan Bola Tampar MSSS L18 (Silver)

✨ Terpilih menjadi Pemain negeri Sabah ke Kejohanan Bola Tampar MSSM di Putrajaya.

Kejayaan ini bukan sekadar kemenangan di gelanggang, tetapi bukti bahawa usaha, disiplin, semangat juang dan pengorbanan mampu melahirkan kecemerlangan yang luar biasa.

Semoga pencapaian ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga SMK Banggi untuk terus melakar kejayaan demi kejayaan pada masa hadapan. Teruskan melangkah dengan penuh yakin, kerana anak Banggi juga mampu berdiri gah dan bersinar di pentas yang lebih tinggi! πŸ’ͺπŸ”₯

πŸ‘ Tahniah juga kepada ibu bapa, jurulatih, guru-guru terutama cikgu Lukman Sidek serta semua pihak yang sentiasa memberi sokongan dan doa tanpa henti. Kejayaan ini adalah kejayaan kita bersama.

✨ *β€œSeiring Merintis Keunggulan, Bersatu Menuju Kejayaan”* ✨





10/05/2026
Alhamdulillah, setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri ...
09/05/2026

Alhamdulillah, setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia atas kesudian hadir serta meninjau sendiri keadaan dan keperluan pembangunan di SMK Banggi, Pulau Banggi.

Kehadiran YAB Perdana Menteri amat bermakna buat seluruh warga sekolah, ibu bapa dan masyarakat setempat kerana ia membuktikan bahawa pendidikan anak-anak di kawasan luar bandar dan kepulauan turut diberi perhatian oleh kerajaan.

Semoga segala perancangan pembangunan yang dicadangkan termasuk penambahbaikan infrastruktur dan kemudahan sekolah dapat direalisasikan demi memastikan murid-murid di Pulau Banggi mendapat akses pendidikan yang lebih selesa, selamat dan berkualiti seiring dengan pelajar di tanah besar.

Kami juga menaruh harapan agar pembangunan yang dibawa bukan sahaja memberi manfaat kepada sekolah, malah menjadi pemangkin kepada kemajuan masyarakat Pulau Banggi secara keseluruhannya. Semoga segala usaha ini dipermudahkan dan terus membawa sinar harapan kepada generasi masa depan anak-anak di sini. πŸ‡²πŸ‡Ύ

πŸ† KEPUTUSAN PEMANIS PERINGKAT PBU 2026 πŸ†Alhamdulillah dan tahniah diucapkan kepada seorang peserta dari SMK Banggi yang ...
09/05/2026

πŸ† KEPUTUSAN PEMANIS PERINGKAT PBU 2026 πŸ†

Alhamdulillah dan tahniah diucapkan kepada seorang peserta dari SMK Banggi yang telah mewakili daerah Kudat ke peringkat PBU dalam acara Khat di SMK Bengkongan pada 9 Mei 2026. Berikut merupakan keputusan pencapaian beliau:

πŸ₯‡ JOHAN
✨ Khat Menengah Perempuan β€” *Nur Ainiyah Faryana binti Nasip*

Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada:

πŸ‘€ Ustaz Muhammad Asyraf bin Samat (Guru Pembimbing Khat)

serta semua pentadbir, guru dan ibu bapa yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam kejayaan ini.

πŸ“Œ Untuk makluman, Nur Ainiyah Faryana binti Nasip akan mewakili Pantai Barat Utara ke pertandingan peringkat negeri yang akan berlangsung di daerah Tawau pada 15, 16 dan 17 Mei 2026 (Jumaat, Sabtu dan Ahad).

Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat untuk terus melakar kecemerlangan pada masa akan datang. 🌸

KEPUTUSAN RASMI TA'SEEM PERINGKAT AKHIR NEGERI SABAHSalam sejahtera, Berikut merupakan pencapaian sekolah kita dalam per...
07/05/2026

KEPUTUSAN RASMI TA'SEEM PERINGKAT AKHIR NEGERI SABAH

Salam sejahtera,

Berikut merupakan pencapaian sekolah kita dalam pertandingan Ta'Seem Negeri Sabah 2026.

*KATEGORI B - ETNIK KREATIF TRIO (SM)*

✨JOHAN

*PENARI PEREMPUAN TERBAIK KATEGORI B (SM)*

COLEN FAITH BUHADI

Terima kasih diucapkan kepada semua pihak, terutama sekali kepada tuan pengetua dan barisan PK, guru-guru dan semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung. πŸ™πŸ»

youtube.com/watch?v=hdpou6hM3PE&pp=iggCQAE%3D
28/04/2026

youtube.com/watch?v=hdpou6hM3PE&pp=iggCQAE%3D

29 likes. "Live Pengumuman Rasmi TOP 5 TA'SEEM Peringkat Negeri Sabah Tahun 2026"

Membaca 10 Minit yang berlangsung pada 23 April, penglibatan aktif dalam kalangan guru2 dn pelajar, termasuk juga guru2 ...
28/04/2026

Membaca 10 Minit yang berlangsung pada 23 April, penglibatan aktif dalam kalangan guru2 dn pelajar, termasuk juga guru2 dn pljr PPKI

Address

PERI SURAT 190, 89058 KUDAT
Sabah

Opening Hours

Monday 07:00 - 17:00
Tuesday 07:00 - 17:00
Wednesday 07:00 - 17:00
Thursday 07:00 - 17:00
Friday 07:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SMK Banggi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category