PAS DUN Muadzam Shah

Website

PAS DUN Muadzam Shah SESUNGGUHNYA SOLATKU, IBADAHKU, HIDUPKU DAN MATIKU HANYA KERANA ALLAH.

TIGA TAHUN PERTAHAN NAMA, SALAMIAH MENANG SAMAN FITNAH RM150,000 TERHADAP OMAR TUAHTEMERLOH, 28 SEPT - Selepas hampir ti...
29/09/2026

TIGA TAHUN PERTAHAN NAMA, SALAMIAH MENANG SAMAN FITNAH RM150,000 TERHADAP OMAR TUAH

TEMERLOH, 28 SEPT - Selepas hampir tiga tahun mempertahankan namanya susulan satu hantaran di Facebook, Ahli Parlimen Temerloh, Salamiah Mohd Nor akhirnya memenangi kes saman fitnah terhadap Omar Tuah II membabitkan jumlah RM150,000.

Kes berkenaan bermula pada September 2023 selepas satu hantaran di laman Facebook atas nama Omar Tuah II mengaitkan Salamiah dengan dakwaan bahawa beliau antara individu daripada Muslimat PAS Temerloh yang bersungguh- sungguh cuba menyekat dan menghalau ibu Omar daripada mengajar di masjid dan surau.
Dakwaan itu dikaitkan dengan tindakan Omar dan bapa saudaranya yang menyertai Parti Amanah Negara (AMANAH).

Salamiah bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut dengan tegas sejurus menyedari kewujudan hantaran berkenaan.

Pada 19 September 2023, melalui laman Facebook, beliau mengeluarkan kenyataan terbuka menjelaskan bahawa beliau tidak pernah melakukan perbuatan sebagaimana didakwa.
Beliau turut mempersoalkan bagaimana dirinya boleh dikatakan mempunyai kuasa untuk menghalang seseorang daripada menyampaikan kuliah di masjid atau surau sedangkan beliau tidak pernah menjadi atau dilantik sebagai anggota jawatankuasa mana-mana masjid atau surau.
Malah menurut Salamiah, pendiriannya selama ini adalah untuk melihat majlis ilmu terus berkembang subur di Temerloh, bukan menyekatnya.

Dalam kenyataan sama, beliau menjelaskan hubungannya dengan ibu Omar, Ustazah Haslinda Abd Malek, kekal baik.

Salamiah malah pernah menziarahi Haslinda dan keluarganya selepas mereka diuji musibah banjir, selain mengambil berat keadaan suaminya yang ketika itu uzur.

Susulan hantaran tersebut, Salamiah memberi tempoh 24 jam kepada pihak yang membuat dakwaan supaya memohon maaf dan menurunkan hantaran berkenaan sebelum tindakan lanjut diambil.

Namun selepas tempoh itu berakhir dan hantaran berkenaan masih belum dipadam, Salamiah telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Temerloh.

Beliau ketika itu memaklumkan tindakan berkenaan dibuat atas nasihat peguam.

Salamiah turut selesai memberikan keterangan kepada pasukan penyiasat dan menyerahkan perkara tersebut kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk siasatan dan tindakan lanjut.

Menurut laporan ketika itu, Omar juga didakwa mencabar dan memprovokasi Salamiah supaya mengambil tindakan undang-undang terhadapnya.

Mahkamah Sesyen Temerloh pada 28.09.2026 akhirnya telah memutuskan membenarkan tuntutan saman fitnah oleh Ahli Parlimen Temerloh, YB Salamiah binti Mohd Nor terhadap Naib Ketua Amanah Temerloh, Omar bin Tuah setelah memutuskan bahawa YB Salamiah berjaya membuktikan tuntutannya ke atas Omar atas imbangan kebarangkalian bahawa Omar telah memfitnah YB Salamiah melalui hantaran di Facebooknya Omar Tuah II pada 19.09.2023.

Mahkamah telah memerintahkan Omar Tuah untuk membayar gantirugi am sebanyak RM100,000.00 dan gantirugi teladan sebanyak RM50,000.00 berserta faedah terhadap jumlah gantirugi-gantirugi berkenaan sebanyak 5% setahun dikira dari tarikh Writ Saman dan Penyataan Tuntutan difailkan (03.03.2025) sehingga ke tarikh penyelesaian penuh.

Selain itu, Omar yang juga merupakan EXCO Pemuda Amanah Nasional diperintahkan membuat permohonan maaf secara terbuka kepada YB Salamiah di dalam media sosial Facebook miliknya.

Suatu perintah injunksi turut diperintah bagi menghentikan Omar Tuah terhadap segala bentuk kenyataan fitnah yang tidak benar serta mengaibkan terhadap YB Salamiah Mohd Nor sama ada pernyataan fitnah tersebut atau yang seakan-akan sama dengannya terhadap YB Salamiah Mohd Nor sama ada secara lisan mahupun bertulis di dalam mana-mana platform termasuk akhbar, aplikasi media sosial dan aplikasi mesej ringkas seperti WhatsApp.

Mahkamah turut memerintahkan Omar membayar kos kepada YB Salamiah dengan kos mengikut skala.
Hakim Ahmad Rizki bin Abdul Jalil telah memutuskan pernyataan tersebut adalah merupakan fitnah oleh Omar terhadap YB Salamiah.

YB Salamiah yang juga merupakan Ketua Dewan Muslimat PAS Pahang dan juga Naib Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia menzahirkan rasa syukur dan terharu atas keputusan tersebut dan berharap tiada lagi fitnah seumpamanya di masa hadapan. Dalam kes berkenaan, YB Salamiah diwakili peguam Mohammed Zamri bin Ibrahim dan Ainul Fatirah binti Muhammad Anuar manakala Omar diwakili peguam Muhammad Faiz bin Dato' Fadzil dan Mohd Faizal bin Abdullah.

Oleh KHAULAH AL AZWAR







Kenyataan MediaPAS RAKAM UCAPAN TAKZIAH BUAT KELUARGA TUN DR MAHATHIR BIN MOHAMADPAS merakamkan ucapan takziah buat kelu...
28/09/2026

Kenyataan Media

PAS RAKAM UCAPAN TAKZIAH BUAT KELUARGA TUN DR MAHATHIR BIN MOHAMAD

PAS merakamkan ucapan takziah buat keluarga YABhg Tun Dr Mahathir bin Mohamad atas pemergian isteri, ibu dan juga nenek tercinta YABhg Tun Dr Siti Hasmah Binti Mohamad Ali di Institut Jantung Negara pagi ini.

Allahyarhamah yang juga direkodkan sebagai wanita pertama di Malaysia yang berkhidmat sebagai pegawai perubatan kerajaan turut memainkan peranan dalam membantu menaikkan martabat wanita Malaysia merangkumi pelbagai bidang seperti kesihatan, pendidikan dan juga ekonomi sepanjang YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad bergelar Perdana Menteri.

Ahli-ahli PAS khususnya dan seluruh warganegara umumnya turut merasa kehilangan Ibu Negara ini. Semoga roh YABhg Tun Dr Siti Hasmah ditempatkan bersama para solehin.

إِنَّا لِلَ ِ َّ ِ و َ إِنَّآ إِلَيْهِ ر ََٰ ج ِ عُونَ
"Sesungguhnya kami adalah milik Allah dan kepada-Nya lah kami kembali."

Terima kasih.
Takiyuddin Haji Hassan
Setiausaha Agung PAS
Bertarikh: 28 September 2026


SALAM TAKZIAHإِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَPAS DUN Muadzam Shah merakamkan ucapan takziah kepada Tun Dr. Ma...
28/09/2026

SALAM TAKZIAH

إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

PAS DUN Muadzam Shah merakamkan ucapan takziah kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad serta seluruh keluarga atas pemergian insan tersayang, Allahyarhamah Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali.

Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarhamah, mengampuni segala dosa-dosanya serta menempatkan beliau dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

Semoga seluruh keluarga diberikan kekuatan, ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi ujian ini.

Al-Fatihah.

Ikhlas daripada
PAS DUN MUADZAM SHAH

ZIARAH MINGGUAN PAS DUN MUADZAM SHAH | FELDA KERATONG 8Alhamdulillah, telah berlangsung kunjungan ziarah mingguan di ked...
27/09/2026

ZIARAH MINGGUAN PAS DUN MUADZAM
SHAH | FELDA KERATONG 8

Alhamdulillah, telah berlangsung kunjungan ziarah mingguan di kediaman Encik Saidin Bin Yahya dan Puan Senah Binti A. Talib di FELDA Keratong 8.

Dalam kunjungan tersebut, turut diziarahi Puan Senah Binti A. Talib yang sedang mengalami masalah kesihatan, termasuk masalah jantung serta beberapa masalah kesihatan kronik yang lain.

Kunjungan ini menjadi ruang untuk bertanya khabar, memberikan sokongan moral serta mengeratkan hubungan silaturahim bersama keluarga dan masyarakat setempat.

Semoga Allah SWT memberikan kesembuhan, kekuatan dan dipermudahkan segala urusan buat Puan Senah serta dikurniakan kesihatan yang berpanjangan.

PAS DUN MUADZAM SHAH
Mesra • Prihatin • Berkebajikan






26/09/2026

Ziarah Mingguan PAS DUN Muadzam Shah

Alhamdulillah, telah dilaksanakan Ziarah Mingguan PAS DUN Muadzam Shah di FELDA Keratong 8, dengan menziarahi Puan Che Ambon Binti Wahab di kediaman beliau.

Ziarah ini diadakan sebagai tanda keprihatinan dan ukhuwah, di samping bertanya khabar serta memberikan sokongan kepada beliau yang sedang menghadapi masalah kesihatan berkaitan perut.

Semoga Puan Che Ambon dikurniakan kesembuhan, dipermudahkan segala urusan dan diberikan kekuatan oleh Allah SWT.

MESRA BERKEBAJIKAN

PAS MEMIMPIN, MUADZAM SHAH SEJAHTERA






Ziarah Mingguan PAS DUN Muadzam ShahAlhamdulillah, telah dilaksanakan Ziarah Mingguan PAS DUN Muadzam Shah di FELDA Kera...
26/09/2026

Ziarah Mingguan PAS DUN Muadzam Shah

Alhamdulillah, telah dilaksanakan Ziarah Mingguan PAS DUN Muadzam Shah di FELDA Keratong 8, dengan menziarahi Puan Che Ambon Binti Wahab di kediaman beliau.

Ziarah ini diadakan sebagai tanda keprihatinan dan ukhuwah, di samping bertanya khabar serta memberikan sokongan kepada beliau yang sedang menghadapi masalah kesihatan berkaitan perut.

Semoga Puan Che Ambon dikurniakan kesembuhan, dipermudahkan segala urusan dan diberikan kekuatan oleh Allah SWT.

MESRA BERKEBAJIKAN

PAS MEMIMPIN, MUADZAM SHAH SEJAHTERA






PAS PAHANG BERSEDIA UNTUK MELETAKAN CALON DI DUN KUALA SENTUL DAN DUN LEPARKedua kerusi tersebut menang PRU 15 melalui l...
25/09/2026

PAS PAHANG BERSEDIA UNTUK MELETAKAN CALON DI DUN KUALA SENTUL DAN DUN LEPAR

Kedua kerusi tersebut menang PRU 15 melalui logo PN. Setelah berlaku perpecahan antara PAS dan Bersatu dan kedua ADN di kawasan tersebut telah menyokong kerajaan BN. Tiada gabungan lagi antara PAS dan Bersatu bererti parti apa pun berhak untuk bertanding di dua kerusi tersebut.

Oleh kerana kemenangan di dua kerusi tersebut di atas jenama PN, maka PAS juga berhak untuk meletakkan calon di kerusi tersebut pada pru 16 yang akan datang, apatah lagi sebahagian besar jentera yang bertugas untuk kemenangan PN di kerusi tersebut pada PRU yang lalu adalah jentera PAS.

Kerana itu PAS Pahang telah pun menyusun gerak kerja dan beberapa program gerak gempur telah dilaksanakan dan akan dilaksanakan. PAS Pahang juga telah membuat persiapan rapi untuk bertanding di kerusi tersebut. Jentera, dana, jadual gerak kerja termasuklah calon terbaik untuk bertanding di DUN tersebut dalam keadaan yang bersedia.

PAS Pahang yakin, sokongan pengundi Kuala Sentul dan Lepar akan berpihak kepada PAS kerana melihat prestasi semua ADN dan Ahli Parlimen PAS Pahang sangat komitmen dengan amanah yang diberikan meskipun dengan dana yang terhad.

YB Dato' Ustaz Rosli Abdul Jabar
Pesuruhjaya PAS Pahang






ZIARAH MINGGUAN PAS DUN MUADZAM SHAH | FELDA KERATONG 8Alhamdulillah, program Ziarah Mingguan PAS DUN Muadzam Shah diter...
25/09/2026

ZIARAH MINGGUAN PAS DUN MUADZAM SHAH | FELDA KERATONG 8

Alhamdulillah, program Ziarah Mingguan PAS DUN Muadzam Shah diteruskan dengan kunjungan ke kediaman keluarga peneroka di FELDA Keratong 8 bagi menziarahi anak peneroka yang sedang diuji dengan penyakit buah pinggang kronik dan masih mendapatkan rawatan di hospital.

Kunjungan ini turut disambut oleh abang dan kakak beliau. Ziarah ini menjadi ruang untuk menyampaikan sokongan, keprihatinan serta mengeratkan ukhuwah bersama keluarga yang sedang melalui ujian.

Semoga Allah SWT memberikan kesembuhan, kekuatan dan kesihatan yang baik, serta dipermudahkan segala urusan rawatan beliau. Semoga keluarga juga terus diberikan kesabaran dan ketabahan dalam menghadapi ujian ini.

Kunjungan diketuai oleh Encik Mohammed Asri Bin Mohammed Shamsuddin, Pengarah Jentera Pilihanraya PAS DUN Muadzam Shah, bersama Cawangan PAS FELDA Keratong 8.

“Mesra Berkebajikan”

🌿 PAS MEMIMPIN, MUADZAM SHAH SEJAHTERA 🌿






Address

Muadzam Shah
Rompin
26700

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PAS DUN Muadzam Shah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share