Maahad Tahfiz Jawahir Lil Banat

Maahad Tahfiz Jawahir Lil Banat Halaman rasmi bagi Maahad Tahfiz Jawahir Lil Banat, Rengit, Batu Pahat, Johor.

Menyiarkan dan berkongsi maklumat serta aktiviti-aktiviti yang dijalankan untuk pengetahuan dan makluman bersama

22/09/2026

Assalamualaikum w.b.t.

🌹 SAMBUTAN MAULIDUR RASUL ﷺ PERINGKAT TAHFIZ JAWAHIR LIL BANAT 🌹

Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT, pada 22 September 2026, telah diadakan Sambutan Maulidur Rasul ﷺ Peringkat Tahfiz Jawahir Lil Banat sebagai tanda kecintaan dan penghargaan kita terhadap junjungan besar Nabi Muhammad ﷺ.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran Ustaz Shahrir Adam Walingah selaku penceramah serta Tuan Haji Rabbani bin Hashim, selaku Penaung Madrasah Tahfiz Jawahir Lil Banat.

Semoga dengan mengingati perjuangan Baginda ﷺ, cinta kita kepada Allah SWT dan Rasulullah ﷺ sentiasa bertambah, serta kita dapat mencontohi akhlak mulia dan sunnah Baginda dalam kehidupan seharian. 🤍

Semoga Allah SWT mengurniakan kita semua syafaat Rasulullah ﷺ dan menghimpunkan kita bersama Baginda di akhirat kelak.

Aamiin ya Rabbal ‘Alamin. 🤲🏻🌹

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم ﷺ

Assalamualaikum wbt,Sempena kehadiran bulan Ramadhan, pihak Mahaad Tahfiz Jawahir Lil Banat akan mengadakan Program Infa...
11/02/2026

Assalamualaikum wbt,
Sempena kehadiran bulan Ramadhan, pihak Mahaad Tahfiz Jawahir Lil Banat akan mengadakan Program Infaq Kasih Ramadhan di mana kami mengalukan sumbangan untuk Iftar, Moreh dan Sahur para hafizah ✨

Pakej Infaq Ramadhan:
🍲 Iftar & Sahur – RM200 /10 hafizah
🥘 Iftar & Moreh – RM150 /10 hafizah
🍛 Infaq seikhlas hati – Tiada kadar yang ditetapkan

Salurkan sumbangan anda ke akaun berikut:
🏦 Maybank
551445700611
Mahaad Tahfiz Jawahir Lil Banat
📝 Rujukan: Infaq Ramadhan

Sebarang pertanyaan, sila hubungi:
📞017-4404034 (Sekretariat)
📞010-7117221 (Dr. Raha)

Semoga sumbangan yang diberikan menjadi asbab keberkatan dan ganjaran pahala yang berlipat ganda. ❤️

Alhamdulillah, telah berlangsung Hari Pendaftaran Maahad Tahfiz Jawahir Lil Banat pada 1 Februari bagi Sesi 2026 🌷😊.Sera...
06/02/2026

Alhamdulillah, telah berlangsung Hari Pendaftaran Maahad Tahfiz Jawahir Lil Banat pada 1 Februari bagi Sesi 2026 🌷😊.
Seramai 20 orang pelajar telah berjaya mendaftarkan diri di Maahad Tahfiz Jawahir Lil Banat menjadikan pengambilan pelajar ini sebagai pengambilan pertama dalam sejarah penubuhan maahad.

Majlis dimulakan dengan taklimat ringkas kepada ibu bapa berkaitan peraturan sekolah yang telah disampaikan oleh Dr. Raha Binti Ahmad Raus, Pengurus Maahad Tahfiz Jawahir Lil Banat, Rengit.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada para ibu bapa yang sudi hadir dan memberikan kepercayaan dengan menghantar anak-anak mereka untuk menuntut ilmu di maahad kami 🤗😊


😊
❤️

Alhamdulilah, Sesi Temuduga Pengambilan Pelajar Maahad Tahfiz Jawahir Lil Banat bagi sesi 2026 telah dilaksanakan pada 1...
29/12/2025

Alhamdulilah, Sesi Temuduga Pengambilan Pelajar Maahad Tahfiz Jawahir Lil Banat bagi sesi 2026 telah dilaksanakan pada 13 Disember, Sabtu lalu, pukul 9 pagi hingga 12 tengahari di Kg Pt Latif, Rengit (Surau Maahad Tahfiz Jawahir Lil Banat)...✨🤍

Seramai 8 orang calon yang hadir ke temuduga & semoga kesemuanya berpeluang untuk menuntut ilmu bersama-sama di Maahad Tahfiz Jawahir Lil Banat sebagai batch yang pertama tahun 2026, InsyaAllah...😍

!!! 📢📢 Untuk makluman, Sesi Temuduga Pengambilan Pelajar MTJLB Kali ke-2 akan diadakan pada 4 JANUARI 2026, AHAD jam 9.00 PAGI di Surau MTJLB, InsyaAllah✅

❤️

08/12/2025
Kumpulan Pendidikan Tahfiz Jawahir kini membuka Pendaftaran Pelajar Baru Sesi 2026!Pilih laluan terbaik untuk anak-anak ...
29/11/2025

Kumpulan Pendidikan Tahfiz Jawahir kini membuka Pendaftaran Pelajar Baru Sesi 2026!

Pilih laluan terbaik untuk anak-anak anda👨🏻‍🎓👩🏻‍🎓 — dari tadika hingga TVET di bawah satu rangkaian pendidikan Islam yang lengkap!💞✨
Daftar segera❗✨

Alhamdulillah, selesai sudah Majlis Selawat yang kita adakan pada 14 November 2025 (Jumaat) lalu, jam 2.30 petang di Kg ...
17/11/2025

Alhamdulillah, selesai sudah Majlis Selawat yang kita adakan pada 14 November 2025 (Jumaat) lalu, jam 2.30 petang di Kg Pt Latif, Rengit..😊✨
Terima kasih kepada tetamu jemputan khas kita, Ust Hj Mohd Kamal Said Kamalsaid kerana sudi hadir memimpin selawat kita, dan kepada semua yang hadir dan bersama-sama menjayakan majlis selawat ini...🤗💞

Semoga keberkatan majlis ini terus menemani langkah kita dan menjadi inspirasi untuk terus menyemai kebaikan dalam hidup, InsyaAllah🥰🤲🏻
Jangan lupa selawat! اللهم صل على سيدنا محمد🤍

Assalamualaikum w.b.t.. 🌷🌷🌷Dengan sukacitanya, pihak Maahad Tahfiz Jawahir Lil Banat  menjemput dan mempersilakan Tuan/P...
12/11/2025

Assalamualaikum w.b.t.. 🌷🌷🌷
Dengan sukacitanya, pihak Maahad Tahfiz Jawahir Lil Banat menjemput dan mempersilakan Tuan/Puan ke Majlis Selawat yang akan diadakan pada:-

Tarikh: 14 November 2025
Hari: Jumaat
Masa: 2.30 petang
Tempat: Kampung Parit Latif, 83100 Rengit, Batu Pahat, Johor

💐💐💐Tetamu Jemputan Khas: Ust Haji Mohd Kamal Said💐💐💐

Semoga dengan kehadiran Tuan/Puan dapat menyerikan lagi majlis kami dan berjalan lancar serta diberkati oleh Allah, InsyaAllah...🤍🤗

Assalamualaikum w.b.t.. 🌷🌷🌷Dengan sukacitanya, pihak Maahad Tahfiz Jawahir Lil Banat  menjemput dan mempersilakan Tuan/P...
01/11/2025

Assalamualaikum w.b.t.. 🌷🌷🌷
Dengan sukacitanya, pihak Maahad Tahfiz Jawahir Lil Banat menjemput dan mempersilakan Tuan/Puan ke Majlis Selawat yang akan diadakan pada:-

Tarikh: 14 November 2025
Hari: Jumaat
Masa: 2.30 petang
Tempat: PTD 4062, Jalan Parit Latif 1, Kampung Parit Latif, 83100 Rengit, Batu Pahat, Johor

Semoga dengan kehadiran Tuan/Puan dapat menyerikan lagi majlis kami dan berjalan lancar serta diberkati oleh Allah, InsyaAllah...🤍🤗

Alhamdulillah, progres terkini 21 Oktober pembinaan Maahad Tahfiz Jawahir Lil Banat  ❤️: 🌷bina kekuda/rangka bumbung tan...
21/10/2025

Alhamdulillah, progres terkini 21 Oktober pembinaan Maahad Tahfiz Jawahir Lil Banat ❤️:

🌷bina kekuda/rangka bumbung tandas
🌷mengikat batu untuk bahagian dapur kantin
🌷tambak batu kasaran dihadapan asrama (leveling)

🌸Tambahan Landskap: Tanam pokok pandan kuning dihadapan surau✨

Semoga Allah permudahkan segala urusan kita dalam bersama-sama membangunkan maahad ini, insyaAllah... 🤲🏻☺️💞
❤️ 🧕🏻💕 !

Address

PTD 4062, Jalan Parit Latif 1, Kampung Sungai Dulang Laut
Rengit
83100

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Maahad Tahfiz Jawahir Lil Banat posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Maahad Tahfiz Jawahir Lil Banat:

Shortcuts

Share