16/04/2026
Terima kasih diucapkan kepada AJK Biro Muslimat & Sautus Sakinah Masjid Jamek An Nur Rembau Negeri Sembilan diatas kesudian memilih madrasah kami sempena meraikan Majlis Sambutan Hari Raya 2026 Syawal 1447H disini.
Majlis dihadiri oleh tetamu kenamaan , tetamu jemputan dan orang ramai. Majlis bertambah meriah dengan kehadiran
YB Dato' Haji Zaifulbahri bin Hj. Idris , Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chembong, Rembau Negeri Sembilan.
Disamping itu juga , YB Dato’ mengambil kesempatan menziarahi madrasah DARUL TAHFEEZ HURIYYA AL JANNAH.
Terima kasih saya ucapakan diatas kesudian YB Dato , ziarah ke madrasah kami.
Saya Pn Hjh Rina selaku Pengasas madrasah DTHAJ , mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga buat AJK BIRO MUSLIMAT MASJID JAMEK AN NUR dan semua yg terlibat dalam menganjurkan majlis yang cukup meriah ini.
Terima kasih kepada semua yang hadir dan menyantuni anak-anak disini.
Mohon ampun dan maaf diatas setiap kekurangan dan tidak kesempurnaan dari pihak kami.
Jazakumullahu khairan