07/04/2026
Assalamualaikum, Salam Sejahtera
Tahniah Team PPIM SEBAYA dalam MAHABBAH AIDILFITRI PPIM DAERAH HULU SELANGOR 2026
✨PENCAPAIAN✨
NAIB JOHAN KATEGORI SAMPUL RAYA SEKOLAH KEBANGSAAN
NUR IRDINA ZAHRA BINTI MOHD KHAIRUNIZAM
NAIB JOHAN KATEGORI NASYID SEKOLAH KEBANGSAAN
1. QASEH NUR HUMAIRA' SHAFNY BINTI AHMAD SHAWAL
2. NUR AIN AIRA BINTI MOHD ARIFF
3. NUR AFIFAH SUMAYYAH BINTI MUHAMAD HATTA
TEMPAT KETIGA KATEGORI DECO JUADAH SEKOLAH KEBANGSAAN
1. NUR ADRIANA SYAHIRAH BINTI HARY IRAWAN
2. NUR DHIA DAMIA BINTI YUSUF NOR
Tahniah sekali lagi, Selamat maju jaya & Terima kasih kerana mengharumkan nama SEBAYA!
21/03/2026
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin...
Ikhlas dari,
Penasihat, Yang Dipertua, Barisan Pentadbir, Naib Yang Dipertua, dan Ahli-ahli Jawatankuasa
Persatuan Ibu Bapa dan Guru
SK Bandar Sg Buaya
19/03/2026
TikTok · SEBAYATVPSS
Check out SEBAYATVPSS’s video.
06/03/2026
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera
Notis Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SK Bandar Sungai Buaya.
Mohon kerjasama ibu bapa dan penjaga meluangkan masa dan menghadiri Mesyuarat tersebut mengikut ketetapan berikut:
Perkara: Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SK Bandar Sungai Buaya Kali ke-24
Hari : Sabtu
Tarikh : 14 MAC 2026
Masa : 8.30 pagi - 12.30 tengahari
Tempat : Dewan Gemilang Technofit
✅ Ibu bapa dan penjaga yang telah menghantar usul/cadangan hendaklah HADIR pada mesyuarat seperti butiran yang tertera di atas.
Sekian terima kasih.
29/01/2026
Assalamualaikum & Salam sejahtera
Warga SEBAYA yg dikasihi,
Dukacita dimaklumkan bahawa salah seorang guru SEBAYA telah ditimpa kemalangan. Rumah keluarga mereka telah terbakar.
Pautan berita:
https://www.facebook.com/share/p/1D4hn1Hhcw/
Dengan itu, pihak PIBG dan SEBAYA melancarkan tabung khas bagi membantu keluarga ini.
Jika ada yg berhasrat untuk sama-sama membantu boleh salurkan ke:
*Maybank*
*PIBG SEK KEB BANDAR SG BUAYA*
*512017328110*
*[email protected]*
Reference: *KEBAKARAN*
Tabung akan dibuka sehingga *ISNIN, 2 FEBRUARI 2026*
Moga dengan bantuan yg dihulurkan dapat meringankan sedikit bebanan mereka.
Terima kasih
21/01/2026
Assalamualaikum, Salam Sejahtera...
Sedikit makluman penting buat para ibu bapa/penjaga anak² SEBAYA.
Berkaitan isu KESELAMATAN LALU LINTAS di kawasan hadapan SK BANDAR SG BUAYA & SMK BANDAR SG BUAYA.
1. Ibu bapa/penjaga adalah DILARANG untuk masuk dan meletakkan kenderaan di kawasan dalam berhadapan pagar sekolah.
* Petak parking yang ada di hadapan susur gajah HANYALAH UNTUK IBU BAPA/PENJAGA PPKI YANG MEMPUNYAI PAS.
* Kawasan dalam/hadapan pagar HANYALAH UNTUK BAS/VAN SEKOLAH YANG BERDAFTAR .
2. Ibu bapa/penjaga DILARANG untuk masuk dari laluan di SMK Bandar Sg Buaya. Murid² SMK turun di pondok bas dan perlu melintas untuk ke pagar SMK. Larangan tersebut ialah untuk MENGELAKKAN RISIKO KEMALANGAN terutama di waktu puncak.
Buat pengetahuan semua, sistem ini telah digunakan sejak dahulu untuk menjaga keselamatan anak² kita juga kelancaran trafik.
* Anak² akan turun dan berkejaran ke arah kenderaan masing² jadi situasi akan jadi amat berisiko jika terlalu banyak kereta menghalang laluan.
* Bas/van akan mengambil masa lebih lama kerana menunggu bilangan murid yang lebih ramai. Kita sedia maklum bas/van saiznya lebih besar jadi laluan akan terhalang.
* Bas/van juga perlu menghantar lebih ramai anak² ke lebih banyak destinasi.
* Ibu bapa/penjaga diminta untuk tidak meninggalkan kereta terutamanya yang menutup laluan dan terus bergerak keluar.
Mohon kerjasama dari semua ibu bapa/penjaga untuk memudahkan urusan semua warga SEBAYA.
Terima kasih...
Yang menjalankan amanah,
PIBG SEBAYA
29/12/2025
Majlis Apresiasi PPKI 2025..Tahniah buat semua yang terlibat 👍👍
Setiap senyuman, usaha dan kejayaan anak-anak PPKI hari ini adalah bukti bahawa mereka juga mampu melangkah jauh.
Terima kasih kepada semua guru, PPM dan ibu bapa atas sokongan yang tidak pernah putus.
Anak-anak istimewa, kalian luar biasa ❤️
29/12/2025
Majlis Apresiasi PPKI 2025
Tema Melayu Klasik
Majlis Apresiasi PPKI 2025
Tema Melayu Klasik
23/12/2025
Kedai Buku SK Bandar Sg Buaya akan mula dibuka pada 24 DISEMBER 2025.
Waktu operasi ialah 9am - 2pm.
Koperasi akan dibuka setiap hari kecuali Ahad dan Cuti Am.
Senarai semak buku yang perlu dibeli boleh diambil di pondok keselamatan sekolah mulai 24.12.2025