SK Ulu Sungai - Raub

SK Ulu Sungai - Raub Laman rasmi SK Ulu Sungai. Menghubungkan komuniti dan sekolah melalui informasi terkini, aktiviti murid dan pencapaian sekolah.

πŸ•οΈπŸ”₯ PERKHEMAHAN BERSEPADU UNIT BERUNIFORM SK ULU SUNGAIπŸ”₯πŸ•οΈ21-22 OGOS 2026JUMAAT & SABTUSK ULU SUNGAIDengan penuh semanga...
25/08/2026

πŸ•οΈπŸ”₯ PERKHEMAHAN BERSEPADU UNIT BERUNIFORM SK ULU SUNGAIπŸ”₯πŸ•οΈ

21-22 OGOS 2026
JUMAAT & SABTU
SK ULU SUNGAI

Dengan penuh semangat dan keterujaan, Perkhemahan Unit Bersepadu Beruniform peringkat sekolah telah berlangsung dengan jayanya dalam suasana yang meriah dan penuh bermakna. πŸŒΏβ›Ί

Program ini menjadi medan terbaik untuk para peserta menimba pengalaman baharu serta membina disiplin, kepimpinan, kerjasama berpasukan, keberanian dan semangat berdikari. πŸ’ͺ🏻🀝🏻

Pelbagai aktiviti menarik telah dilaksanakan sepanjang perkhemahan seperti aktiviti berkumpulan, ikhtiar hidup, latihan kemahiran dan banyak lagi. Setiap cabaran yang dilalui bukan sahaja menguji ketahanan fizikal dan mental, malah mengeratkan hubungan serta semangat setiakawan dalam kalangan peserta. πŸ”₯🌳

πŸ‘ Syabas dan tahniah kepada semua murid yang telah menunjukkan komitmen dan semangat yang tinggi sepanjang program. Setinggi-tinggi penghargaan juga kepada barisan pentadbir, guru - guru, dan semua pihak yang bertungkus-lumus menjayakan perkhemahan ini.

Semoga segala pengalaman dan ilmu yang diperoleh menjadi kenangan berharga serta membentuk murid yang berdisiplin, berkeyakinan dan berketerampilan. ✨

β€œBerilmu, Berdisiplin, Berbakti!” πŸ«‘πŸ•οΈ

KEJOHANAN BOLA BALING MSSP 2026 πŸπŸ€Ύβ€β™‚οΈTarikh: 3 - 6 Ogos 2026Anjuran: PPD BeraMurid: Aisy Rykal, Muhammad QayyumGuru Peng...
09/08/2026

KEJOHANAN BOLA BALING MSSP 2026 πŸπŸ€Ύβ€β™‚οΈ

Tarikh: 3 - 6 Ogos 2026
Anjuran: PPD Bera
Murid: Aisy Rykal, Muhammad Qayyum
Guru Pengiring: Cikgu Khairul Anuar

Syabas dan tahniah diucapkan kepada murid SKUS yang telah mewakili daerah Raub dalam Kejohanan Bola Baling MSSP.

Penyertaan ini merupakan satu pengalaman yang sangat berharga serta menjadi satu kebanggaan buat seluruh warga sekolah. Terima kasih kerana telah memberikan komitmen, semangat dan usaha yang terbaik sepanjang kejohanan.

Semoga pengalaman yang diperoleh menjadi pembakar semangat untuk terus melakar kejayaan yang lebih cemerlang pada masa akan datang.

Tahniah dan syabas! Kami bangga dengan kamu! πŸ‘πŸ’™

πŸš€πŸŒ‰ Karnival STEM RaubπŸŒ‰ Pertandingan BridgeTarikh: 15 Julai 2026Tempat: Sk Raub IndahMurid: Muhammad Haziq, Muhammad Qayy...
01/08/2026

πŸš€πŸŒ‰ Karnival STEM Raub

πŸŒ‰ Pertandingan Bridge
Tarikh: 15 Julai 2026
Tempat: Sk Raub Indah
Murid: Muhammad Haziq, Muhammad Qayyum, Muhammad Rafi Haziq

πŸš€ Pertandingan Roket
Tarikh: 17 dan 20Julai 2026
Tempat: Sk Mahmud
Murid: Muhammad Syazmi Aidiel, Muhamad Aisy Rykal

Tahniah dan syabas kepada semua murid SKUS atas usaha, komitmen dan semangat yang ditunjukkan sepanjang pertandingan. Semoga pengalaman ini dapat meningkatkan minat murid dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

βœ¨πŸ“š PROGRAM GALAKAN MEMBACA BERSAMA ANA MUSLIM πŸ“šβœ¨29 Julai 2026RabuDewan Ilham, SKUSAlhamdulillah, Program Galakan Membaca...
31/07/2026

βœ¨πŸ“š PROGRAM GALAKAN MEMBACA BERSAMA ANA MUSLIM πŸ“šβœ¨

29 Julai 2026
Rabu
Dewan Ilham, SKUS

Alhamdulillah, Program Galakan Membaca bersama Ana Muslim telah berjaya dilaksanakan dengan lancar dan meriah. Program ini bertujuan memupuk minat membaca dalam kalangan murid serta menjadikan aktiviti membaca lebih menyeronokkan dan bermakna.

Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan dan murid-murid memberikan kerjasama serta penyertaan yang sangat baik. Semoga program seperti ini dapat melahirkan generasi yang mencintai ilmu, rajin membaca dan berfikiran luas.

πŸ’™ Membaca itu Jambatan Ilmu πŸ’™

27/07/2026
πŸƒβ€β™‚οΈ TAHNIAH & SYABAS! KEJOHANAN OLAHRAGA MSSP kali ke 69 Tahun 202619 - 23 Julai 2026Tahniah diucapkan kepada Nur Aqra ...
27/07/2026

πŸƒβ€β™‚οΈ TAHNIAH & SYABAS!

KEJOHANAN OLAHRAGA MSSP kali ke 69 Tahun 2026
19 - 23 Julai 2026

Tahniah diucapkan kepada Nur Aqra Hanania binti Fazirul kerana telah mewakili daerah Raub dalam Kejohanan Olahraga MSSP Tahun 2026 bagi acara 200 meter, 4 x 100 meter dan 4 x 200 meter.

Penyertaan ini merupakan satu pencapaian yang membanggakan serta bukti semangat, disiplin dan usaha gigih yang telah ditunjukkan. Semoga pengalaman ini menjadi pembakar semangat untuk terus berusaha dan mencapai kejayaan yang lebih cemerlang pada masa akan datang.

Warga sekolah amat berbangga dengan pencapaian kamu. Teruskan melangkah dengan yakin dan harumkan nama sekolah! πŸ’ͺ✨


πŸ“š TAKLIMAT UJIAN MATRIKS PEMBELAJARAN TAHUN 4 (MPT4) 2026 πŸ“šTarikh: 24 Julai 2026Hari: JumaatMasa: 10.30 pagiTempat: Dewa...
26/07/2026

πŸ“š TAKLIMAT UJIAN MATRIKS PEMBELAJARAN TAHUN 4 (MPT4) 2026 πŸ“š

Tarikh: 24 Julai 2026
Hari: Jumaat
Masa: 10.30 pagi
Tempat: Dewan Ilham

Sekitar sesi taklimat bagi ibu bapa dan murid-murid tahun 4 SKUS yang telah berlangsung dengan jayanya.

Taklimat ini bertujuan memberi pendedahan kepada ibubapa dan murid tentang perancangan pembelajaran, hala tuju akademik serta kepentingan membina sikap positif dalam mencapai kejayaan.

Semoga murid-murid tahun 4 terus bersemangat, fokus dan berusaha mencapai kecemerlangan. 🌟

🏐 KEJOHANAN BOLA BALING BAWAH 12 TAHUN MSSD RAUB 2026 🏐Tarikh: 20 - 24 Julai 2026Hari: Isnin - JumaatTempat: SMK Chung C...
24/07/2026

🏐 KEJOHANAN BOLA BALING BAWAH 12 TAHUN MSSD RAUB 2026 🏐

Tarikh: 20 - 24 Julai 2026
Hari: Isnin - Jumaat
Tempat: SMK Chung Ching

Tahniah buat pasukan bola baling sekolah yang telah menyertai Kejohanan Bola Baling buat kali pertama dan berjaya meraih tempat ke-3! πŸ€Ύβ€β™‚οΈπŸ₯‰

Satu permulaan yang hebat hasil daripada semangat juang, kerjasama dan usaha gigih para pemain serta bimbingan para guru.

Teruskan melangkah dan jadikan pengalaman ini sebagai pembakar semangat untuk kejayaan yang lebih besar pada masa akan datang! πŸ’ͺ✨

Satu pasukan, Satu semangat, Satu KejayaanπŸ€Ύβ€β™‚οΈ

🦷 PROGRAM CERAMAH & LATIHAN MEMBERUS GIGI MURID - MURID SKUS 🦷Hari: Selasa & RabuTarikh: 21 & 22 Julai 2026Terima kasih ...
23/07/2026

🦷 PROGRAM CERAMAH & LATIHAN MEMBERUS GIGI MURID - MURID SKUS 🦷

Hari: Selasa & Rabu
Tarikh: 21 & 22 Julai 2026

Terima kasih kepada Klinik Pergigian Daerah Raub atas penganjuran Ceramah & Latihan Memberus Gigi di SK Ulu Sungai.

Program ini memberi pendedahan kepada murid tentang kepentingan penjagaan kesihatan pergigian, cara memberus gigi dengan betul serta amalan menjaga kebersihan mulut untuk kehidupan yang lebih sihat.

Pihak sekolah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Klinik Pergigian Daerah Raub atas perkongsian ilmu dan bimbingan yang amat bermanfaat kepada semua murid.

🦷 Gigi Sihat, Senyuman Ceria, Hidup Bahagia!🀍

Address

Kg. Ulu Sungai
Raub
27610

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SK Ulu Sungai - Raub posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to SK Ulu Sungai - Raub:

Shortcuts

Share