NADI TAMAN Mutiara 1

Website

NADI TAMAN Mutiara 1 NADI Taman Mutiara 1

CIPTA VIDEO KREATIF DENGAN AI!Nak hasilkan video yang lebih mudah, pantas dan kreatif menggunakan teknologi AI? Jom sert...
12/08/2026

CIPTA VIDEO KREATIF DENGAN AI!

Nak hasilkan video yang lebih mudah, pantas dan kreatif menggunakan teknologi AI? Jom sertai program AI@NADI – Cipta Video Kreatif dengan AI!

Peserta akan mempelajari:
βœ… Konsep AI dan peranannya dalam membantu kreativiti
βœ… Etika penggunaan AI secara tertib dan bertanggungjawab
βœ… Teknik menghasilkan prompt yang berkualiti
βœ… Menggunakan AI untuk menghasilkan papan cerita
βœ… Menjana, menyunting dan menerbitkan video menggunakan AI

Tarikh: 13 Ogos 2026
Masa: 9.00 pagi – 12.00 tengah hari
Mod: Atas Talian
Terbuka kepada: 13 tahun ke atas
Trainer: Ms. Suraya Binti Md Suyod
Sijil penyertaan disediakan

Belajar AI dengan mudah, cipta video berkualiti tinggi, jimat masa dan tingkatkan kreativiti anda!

Jom sertai dan cipta karya video anda dengan AI!
Daftar sekarang di NADI berhampiran anda!

09/08/2026

Sehelai baju sekolah. Tetapi di belakangnya, ada rezeki untuk dua keluarga.

Yang menjahit dapat menambah pendapatan. Yang membeli dapat berjimat.

Saya bertemu sekump**an wanita yang bermula dengan belajar menjahit di program NADI Mahir. Ada yang suri rumah, ada yang ibu tunggal. Daripada satu kemahiran, kini terbuka p**a peluang untuk mereka menambah pendapatan keluarga.

Lebih 2,000 peserta telah mengikuti program NADI Mahir Jahit dan program ini kini memasuki pengambilan keempat.

Daripada program inilah lahirnya inisiatif Baju Sekolah NADI. Alumni yang sudah mempunyai kemahiran diberi peluang menghasilkan pakaian sekolah untuk dijual pada harga yang lebih mampu milik kepada komuniti.

Inilah sebenarnya inisiatif yang saya sokong.

Bagi keluarga yang memerlukan, NADI turut menyediakan pilihan untuk membuat bayaran secara berperingkat. Bukan pinjaman, bukan skim β€œPay Later” dan tiada faedah atau caj tambahan.

Sekadar satu pilihan untuk membantu ibu bapa mengurus perbelanjaan, terutama apabila perlu menyediakan kelengkapan persekolahan untuk beberapa orang anak serentak.

Tetapi bagi saya, nilai terbesar program ini bukan pada cara kita membeli sehelai baju sekolah.

Ia tentang apa yang boleh berlaku apabila kita memberi seseorang kemahiran dan peluang.

Seorang wanita belajar menjahit. Kemahirannya menjadi sumber pendapatan. Hasil tangannya p**a membantu keluarga lain berjimat.

Saya percaya program yang baik bukan sekadar memberi bantuan untuk hari ini. Ia memberi kemahiran supaya seseorang mempunyai lebih banyak pilihan untuk hari esok.

Satu kemahiran. Dua keluarga mendapat manfaat.

Apa Menarik di MAHA 2026?β€œMAHA Datang Lagi, Tak Datang Rugiβ€πŸ“… 28 Ogos – 6 September 2026πŸ•™10.00 pagi – 10.00 malamπŸ“MAEPS ...
08/08/2026

Apa Menarik di MAHA 2026?

β€œMAHA Datang Lagi, Tak Datang Rugi”

πŸ“… 28 Ogos – 6 September 2026
πŸ•™10.00 pagi – 10.00 malam
πŸ“MAEPS Serdang, Selangor

Layari: www.mahaofficial.com.my
Media sosial rasmi:
(Facebook, Instagram, TikTok, Threads, X, Youtube)




MAHA 2026 MENANTI KEHADIRAN ANDA!Sektor agromakanan negara kini melangkah lebih jauh dengan suntikan elemen kreativiti, ...
08/08/2026

MAHA 2026 MENANTI KEHADIRAN ANDA!

Sektor agromakanan negara kini melangkah lebih jauh dengan suntikan elemen kreativiti, inovasi dan teknologi terkini. MAHA 2026 memberi peluang kepada anda untuk melihat transformasi industri pertanian dalam memastikan kestabilan serta keterjaminan bekalan makanan yang lebih kompetitif dan lestari.

Menerusi pameran ini, segala aspek berkaitan mekanisasi pintar, dunia hortikultur, industri perikanan, penternakan, sehingga ke keunikan agropelancongan dan kepelbagaian produk tempatan digabungkan bagi menjanjikan kepuasan pengembaraan ilmu kepada semua lapisan masyarakat.

πŸ“… 28 Ogos – 6 September 2026
πŸ•™10.00 pagi – 10.00 malam
πŸ“MAEPS Serdang, Selangor

Mari sertai kami bersama yang tersayang untuk meneroka pelbagai penemuan baharu, memperkaya pengetahuan dan menyelami kepentingan sektor agromakanan yang menjadi nadi kehidupan kita semua.
Lebih daripada sekadar acara dwi-tahunan, MAHA 2026 merupakan wadah utama yang mengeratkan hubungan komuniti dengan landskap pertanian masa hadapan menerusi Penciptaan Nilai Demi Keterjaminan Makanan.

β€œMAHA Datang Lagi, Tak Datang Rugi”
Layari: www.mahaofficial.com.my
Media sosial rasmi:
(Facebook, Instagram, TikTok, Threads, X, Youtube)




PAMERAN PERTANIAN, HORTIKULTUR DAN AGROPELANCONGAN MALAYSIA (MAHA) 2026 KINI KEMBALI!Detik yang dinanti-nantikan akhirny...
08/08/2026

PAMERAN PERTANIAN, HORTIKULTUR DAN AGROPELANCONGAN MALAYSIA (MAHA) 2026 KINI KEMBALI!

Detik yang dinanti-nantikan akhirnya tiba! MAHA 2026 kembali menghimpunkan pelbagai tarikan, inovasi dan pengalaman terbaik dalam sektor agromakanan negara di satu lokasi.

πŸ“… 28 Ogos – 6 September 2026
πŸ•™ 10.00 pagi – 10.00 malam
πŸ“ MAEPS Serdang, Selangor

Pameran ini akan berlangsung selama 10 hari, pengunjung berpeluang meneroka dunia pertanian moden, teknologi pintar, industri ternakan, perikanan, hortikultur, agro pelancongan serta pelbagai aktiviti menarik yang sesuai untuk seisi keluarga.

Daripada pameran interaktif, jualan produk agro, demonstrasi teknologi, persembahan kebudayaan hinggalah kepada peluang pendidikan dan kerjaya dalam sektor agromakanan, semuanya ada di MAHA 2026!

Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada pameran pertanian terbesar negara yang bukan sahaja mempamerkan kemajuan industri agromakanan Malaysia, malah memperkukuh kesedaran masyarakat terhadap kepentingan keterjaminan makanan demi masa depan negara.

β€œMAHA Datang Lagi, Tak Datang Rugi”
Layari: www.mahaofficial.com.my
Media sosial rasmi:
(Facebook, Instagram, TikTok, Threads, X, Youtube)




08/08/2026

πŸ“’ Perhatian! Sesi Ask Me Anything (AMA) DKK Industri Muzik 2026 kini akan bersiaran secara langsung di YouTube!

Bagi memberikan pengalaman tontonan yang lebih lancar dan berkualiti kepada semua, sesi Ask Me Anything (AMA) – Edisi Dalam Talian akan disiarkan menerusi YouTube Live MyCreative Ventures.

Masih ada persoalan mengenai Dana Kandungan Kreatif (DKK) Industri Muzik 2026? Sertai kami untuk mendapatkan penjelasan secara langsung berkenaan syarat kelayakan, proses permohonan, kategori dana dan pelbagai lagi.

πŸ“… Sabtu, 8 Ogos 2026
πŸ•’ 3.00 Petang
πŸ“ YouTube Live MyCreative Ventures () dan turut disiarkan di Pusat NADI terdekat.

πŸ’¬ Ajukan soalan anda secara langsung sepanjang sesi berlangsung.

Jangan lupa tetapkan peringatan dan sertai kami di YouTube!



πŸ“’ PENDAFTARAN NADI x CYBERSECURITY PERWIRA CYBER 2026 KINI DIBUKA!Jom sertai NADI x Cybersecurity Perwira Cyber 2026 dan...
06/08/2026

πŸ“’ PENDAFTARAN NADI x CYBERSECURITY PERWIRA CYBER 2026 KINI DIBUKA!

Jom sertai NADI x Cybersecurity Perwira Cyber 2026 dan menjadi Perwira Cyber di Pusat NADI anda – individu rujukan komuniti dalam aspek keselamatan siber. πŸ›‘οΈπŸ’»

Cara pendaftaran:
1️⃣ Kunjungi Pusat NADI berhampiran.
2️⃣ Daftar sebagai Ahli NADI (jika belum) & cipta akaun Cybersecurity LMS.
3️⃣ Log masuk ke LMS, enrol ke Program Perwira Cyber 2026 dan lengkapkan borang pendaftaran.
4️⃣ Peserta yang berjaya akan menerima e-mel pengesahan berserta maklumat program dan arahan seterusnya.

⏰ Tarikh tutup pendaftaran: 10 Ogos 2026

πŸ“© Sebarang pertanyaan:
[email protected]

πŸš€ Rebut peluang untuk menjadi Perwira Cyber dan bersama-sama memperkasakan komuniti dengan ilmu serta kesedaran keselamatan siber!

πŸ“’ WEBINAR BERKALA MATEMATIK – EDISI 7 πŸ“’Hello pelajar! 🌟Jom sertai Webinar Berkala Matematik – Edisi 7 dan tingkatkan pen...
06/08/2026

πŸ“’ WEBINAR BERKALA MATEMATIK – EDISI 7 πŸ“’

Hello pelajar! 🌟

Jom sertai Webinar Berkala Matematik – Edisi 7 dan tingkatkan penguasaan anda dalam *Persamaan Linear dan Ungkapan Algebra* dengan lebih mudah dan berkesan! βž•πŸ“˜

πŸ—“οΈ 8 Ogos 2026 (Sabtu)
πŸ• 2.30 PM – 4.30 PM
πŸ“ Dalam Talian
πŸ‘₯ Sasaran: Pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3

🎯 Topik:
Persamaan Linear dan Ungkapan Algebra

πŸ’‘ Pelajari konsep asas persamaan linear dan ungkapan algebra, teknik menyelesaikan soalan dengan tepat serta kaedah mudah untuk meningkatkan keyakinan dan prestasi dalam Matematik.

πŸ“ž Daftar sekarang di cawangan NADI berhampiran anda!

πŸ“’ PENDAFTARAN EDUTIPS SIRI 2 KINI DIBUKA!Siri video pendek Program Khas NADI Tuisyen Rakyat kini kembali dengan topik ya...
06/08/2026

πŸ“’ PENDAFTARAN EDUTIPS SIRI 2 KINI DIBUKA!

Siri video pendek Program Khas NADI Tuisyen Rakyat kini kembali dengan topik yang lebih menarik: Active Recall Menggunakan Kad Imbasan dan Highlighter.

Ubah cara belajar anda daripada pasif kepada lebih aktif dan berkesan!

πŸ“… Tarikh Tayangan: 3 hingga 9 Ogos 2026 (waktu fleksibel)
⏰ Format: Siri video pendek
πŸ’΅ Yuran: PERCUMA di NADI berdekatan anda
πŸ‘₯ Sasaran: Terbuka kepada semua peringkat umur

πŸ’‘ Antara isi penting menarik dalam Siri 2:
* Kenapa Baca Buku Tak Masuk?: Memahami masalah membaca nota secara pasif & implikasi belajar last minute.
* Teknik Active Recall: 3 langkah mudah menguji memori guna kad imbasan (tulis soalan di depan, jawapan di belakang, dan uji diri secara rawak).
* Penggunaan Highlighter yang Betul: Mengelakkan kesilapan mewarnakan keseluruhan teks dan cara memilih kata kunci & formula penting sahaja.
* Berhenti Membaca Secara Pasif: Mengubah tabiat belajar untuk mengingat maklumat dengan lebih pantas dan berkesan.

πŸ”₯ OPEN TUITION BAHASA MELAYU & PENGAJIAN AM KHAMIS INI! πŸ”₯Untuk semua pelajar Tingkatan 1 hingga 5 serta Tingkatan 6 Bawa...
06/08/2026

πŸ”₯ OPEN TUITION BAHASA MELAYU & PENGAJIAN AM KHAMIS INI! πŸ”₯

Untuk semua pelajar Tingkatan 1 hingga 5 serta Tingkatan 6 Bawah!

Nak tingkatkan penguasaan Bahasa Melayu dan Pengajian Am?
Susah faham tatabahasa atau sistem pemerintahan di Malaysia? πŸ€”

Jom sertai Open Tuition bersama NADI Tuisyen Rakyat!
Kelas ini adalah PERCUMA dan dikendalikan secara langsung!

πŸ“š Subjek: Bahasa Melayu & Pengajian Am
πŸ—“οΈ Tarikh: Khamis, 6 Ogos 2026
β˜€οΈ Sesi Pagi: 9.15 AM – 10.15 AM (Tingkatan 1 & 2 sahaja)
πŸŒ™ Sesi Petang: 3.30 PM – 4.30 PM (Semua Tingkatan 1 – 5)
πŸ’» Platform: Dalam Talian
πŸ’° Bayaran: PERCUMA!

✨ Kenapa Wajib Join?
πŸ’‘ Kelas secara langsung & PERCUMA
πŸ’‘ Modul pembelajaran disediakan
πŸ’‘ Guru berpengalaman
πŸ’‘ Terbuka kepada semua peringkat umur (Peserta boleh memilih mana-mana kelas dan program)

Address

48, Jalan Taman Mutiara, Sungai Lui
Raub
27600

Opening Hours

Monday 09:00 - 18:00
Tuesday 09:00 - 18:00
Wednesday 09:00 - 18:00
Thursday 09:00 - 18:00
Friday 09:00 - 18:00
Saturday 09:00 - 18:00
Sunday 09:00 - 18:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when NADI TAMAN Mutiara 1 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share