Kolej Komuniti Raub

Kolej Komuniti Raub Kolej Komuniti Raub merupakan IPT dibawah Kementerian Pendidikan Tinggi, Malaysia. Pejabat Kolej Komuniti Raub = 09-3557077

2.

Kolej Komuniti Raub menerima:

- Pelajar dari pelbagai peringkat umur dengan syarat kelayakan warganegara Malaysia dan LULUS SPM (LULUS Bahasa Malaysia dan Sejarah.)

- Yuran pengajian bagi setiap semester hanyalah RM200.00!!

- Bantuan kewangan turut disediakan berjumlah RM5400.00 untuk 3 semester (jika layak)

- Untuk pendaftaran, sila hubungi:

1. Pegawai Pengambilan Pelajar = 0132125680 (Puan Norazimah)

Program Lawatan Ilmiah Pelajar “Jejak Warisan Pahang : Eksplorasi Budaya,Tradisi dan Identiti” merupakan satu program ya...
20/08/2026

Program Lawatan Ilmiah Pelajar “Jejak Warisan Pahang : Eksplorasi Budaya,Tradisi dan Identiti” merupakan satu program yang melibatkan pelajar Sijil Fesyen dan Pakaian (SFP 1 ) dan Sijil Khas Jahitan Kreatif (OKU) (KJT 1) dilaksanakan pada :

Tarikh: 18 & 19 Ogos 2026 (Selasa & Rabu)
Tempat: Sekitar Bandar Kuantan

Program ini diadakan sebagai salah satu usaha memberikan pendedahan secara langsung kepada pelajar berkaitan seni, budaya dan warisan negeri Pahang.

Antara lokasi yang dilawati ialah Natural Batik Village, yang memberikan peluang kepada para pelajar untuk melihat dan mempelajari proses pembuatan batik dengan lebih dekat. Selain mendapat pendedahan mengenai teknik serta proses penghasilan batik, para pelajar turut berpeluang menghasilkan lukisan batik sendiri. Pengalaman ini bukan sahaja dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran kreatif pelajar, malah memberi mereka pengalaman praktikal yang berkait rapat dengan bidang fesyen dan jahitan.

Seterusnya, para pelajar berpeluang merasai pengalaman menaiki Menara 188 untuk menikmati keindahan serta panorama bandar Kuantan dari tempat yang tinggi. Aktiviti ini memberikan pengalaman yang menarik kepada para pelajar sambil menghayati keunikan dan keindahan bandar Kuantan.

Lawatan diteruskan ke Muzium Seni Pahang dan Muzium Diraja Sultan Haji Ahmad Shah. Di kedua-dua muzium ini, para pelajar berpeluang mengenali dengan lebih dekat sejarah, budaya, seni dan warisan negeri Pahang. Antaranya termasuklah keindahan kain Tenun Pahang yang mempunyai kehalusan, keunikan dan nilai seni tersendiri. Pendedahan ini dapat membantu pelajar memahami nilai warisan tradisional serta kepentingannya untuk dipelihara dan dihargai oleh generasi akan datang.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Puan Hana, Kurator Muzium, serta Puan Alya, Pegawai Perpustakaan, yang sudi menyantuni pelajar sepanjang lawatan dengan penuh mesra serta memberikan penerangan dan informasi yang sangat bermanfaat.

Program lawatan ini telah diselaraskan oleh Puan Nurul Syafiqah binti Md Amin dan Ts. Norain binti Abdul Rashid. Semoga lawatan ini dapat memberikan pengalaman bermakna, memperluas pengetahuan serta menyemai minat para pelajar terhadap seni, fesyen, budaya dan warisan negeri Pahang. Diharapkan pengalaman yang diperoleh dapat menjadi inspirasi kepada para pelajar untuk terus berkarya secara kreatif serta menghargai khazanah warisan bangsa

PERTANDINGAN INOVASI SISA LESTARI (InSIS) 2026 PERINGKAT KEBANGSAAN20 Ogos 2026 - Telah berlangsung Pertandingan Inovasi...
20/08/2026

PERTANDINGAN INOVASI SISA LESTARI (InSIS) 2026 PERINGKAT KEBANGSAAN

20 Ogos 2026 - Telah berlangsung Pertandingan Inovasi Sisa Lestari (InSIS) 2026 Peringkat Kebangsaan bertempat di Dewan Majlis Daerah Jerantut. Pertandingan ini merupakan anjuran bersama SW Corp, Kolej Komuniti Jerantut, dan Majlis Daerah Jerantut.

Kolej Komuniti Raub berjaya melakar kenangan manis apabila dinobatkan sebagai NAIB JUARA bagi Kategori D: Fesyen dan Seni Kreatif dengan membawa produk inovasi lestari Marbleous Multi-Wear!

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan!

Pelajar:
1. Nur Ain Nasuha binti Kamarulzaman
2. Nur Ain Nadhirah Balqis binti Zambry

Pensyarah Pembimbing:
1. Cik Nur Atikah binti Kamarazaman
2. Pn. Norasliza binti Abu Bakar

Semoga kemenangan ini memberi inspirasi kepada warga Kolej Komuniti Raub untuk terus berkarya dalam usaha memelihara kelestarian alam sekitar.

*LAPORAN PEMANTAUAN PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN KURSUS MICRO-CREDENTIALS TAHUN 2026*Tarikh: 19 Ogos 2026Tempat: Kolej Komu...
20/08/2026

*LAPORAN PEMANTAUAN PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN KURSUS MICRO-CREDENTIALS TAHUN 2026*

Tarikh: 19 Ogos 2026
Tempat: Kolej Komuniti Raub
Kolej Komuniti Raub telah mengikuti sesi Pemantauan Pentaksiran dan Penilaian Kursus Micro-Credentials Tahun 2026 yang dilaksanakan oleh Bahagian Peperiksaan dan Penilaian (BPN), JPPKK.
Pemantauan memberi fokus kepada dokumentasi, pelaksanaan pentaksiran dan penilaian, pelaporan keputusan serta aspek jaminan kualiti bagi pelaksanaan Micro-Credentials Stand Alone (MCSA).
Sesi ini turut melibatkan perkongsian, semakan dan cadangan penambahbaikan bagi memastikan pelaksanaan MCSA di Kolej Komuniti Raub mematuhi garis panduan yang ditetapkan.

INFO MERDEKA | Tema & Logo Hari Kebangsaan 2026 🇲🇾Tahukah anda, “Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati” dipilih sebag...
17/08/2026

INFO MERDEKA | Tema & Logo Hari Kebangsaan 2026 🇲🇾

Tahukah anda, “Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati” dipilih sebagai tema sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2026.

Tema ini membawa mesej bahawa kesejahteraan negara perlu dinikmati secara adil dan menyeluruh oleh seluruh rakyat Malaysia.

📚 Sumber: Jabatan Penerangan Malaysia

TAHNIAH KEPADA 8,463 LEPASAN POLITEKNIK YANG TELAH BERJAYA DENGAN TAWARAN KE PERINGKAT IJAZAH DI UNIVERSITI AWAM SESI 20...
16/08/2026

TAHNIAH KEPADA 8,463 LEPASAN POLITEKNIK YANG TELAH BERJAYA DENGAN TAWARAN KE PERINGKAT IJAZAH DI UNIVERSITI AWAM SESI 2026/2027

IKHLAS DARIPADA PENGURUSAN TERTINGGI DAN WARGA POLYCC





 📣 JOM MERIAHKAN EDUCOMM’26! 📣Kolej Komuniti Kuantan dengan kerjasama Pusat Penyelidikan dan Inovasi (PPI), Jabatan Pend...
14/08/2026



📣 JOM MERIAHKAN EDUCOMM’26! 📣

Kolej Komuniti Kuantan dengan kerjasama Pusat Penyelidikan dan Inovasi (PPI), Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti akan menganjurkan Karnival Pendidikan Pengkomersialan PolyCC (EduComm’26) Peringkat Kebangsaan 2026!

📅 12 September 2026 (Sabtu)
📍 Kolej Komuniti Kuantan

Pelbagai aktiviti menarik seperti :
♟️ Chess Championship
💡 Ideas Pitching
🤝 Market Connect @ PolyCC
🛍️ Siswa Niaga
🎤 Forum PolyCC Commercialization
💼 DèmoPreneur

Jangan lepaskan peluang untuk hadir, sertai dan merasai sendiri kemeriahan EduComm’26! ✨

📢 Jom war-warkan kepada keluarga, rakan-rakan dan komuniti setempat. Jumpa anda di EduComm’26!




07/08/2026

MAJLIS PENUTUP PERTANDINGAN KEMAHIRAN POLITEKNIK & KOLEJ KOMUNITI (...

PERTANDINGAN KEMAHIRAN POLYCCSKILLS 2026-BIDANG FASHION TECHNOLOGYRembau, 3-6 Ogos 2026 telah berlangsung pertandingan P...
06/08/2026

PERTANDINGAN KEMAHIRAN POLYCCSKILLS 2026-BIDANG FASHION TECHNOLOGY

Rembau, 3-6 Ogos 2026 telah berlangsung pertandingan POLYCCSKILLS bidang Teknologi Fesyen yang bertempat di Kolej Komuniti Rembau. Pelajar Kolej Komuniti Raub telah diwakili oleh Pelajar Orang Asli Ria Niza a/p Amran dan Jurulatih beliau En Adam bin Ghazali, Pensyarah Sijil Fesyen dan Pakaian.

En Mohd Hafizi Faiz bin Zulkefli serta seluruh warga Kolej Komuniti Raub ingin mengucapkan tahniah atas pencapaian yang membanggakan ini. Semoga pengalaman ini dijadikan tanda pengukur untuk pelajar dan jurulatih menggapai kejayaan yang lebih berketerampilan kelak.


⭐️

05/08/2026

PERTANDINGAN KEMAHIRAN POLYCCSKILLS 2026- BIDANG FASHION TECHNOLOGY

SESI TAKLIMAT DARIPADA KETUA JURI DAN URUSETIA POLYCCSKILLS- FASHION TECHNOLOGYRembau, 3 Ogos 26- telah berlansung sesi ...
03/08/2026

SESI TAKLIMAT DARIPADA KETUA JURI DAN URUSETIA POLYCCSKILLS- FASHION TECHNOLOGY

Rembau, 3 Ogos 26- telah berlansung sesi taklimat Pertandingan POLYCCSKILLS Bidang Fashion Technology yang telah dilaksanakan di Kolej Komuniti Rembau bagi persediaan peserta untuk mempersiapkan bahan dan peralatan yang akan bertanding pada esok dan seterusnya. Pelajar Orang Asli iaitu Ria Niza a/p Amran telah menjadi salah seorang peserta pertandingan ini. Selamat maju jaya diucapkan.

Ucapan tulus ikhlas ini daripa En Mohd Hafizi Faiz bin Zulkefli, Pengarah Kolej komuniti Raub.

Address

LOT 11-19 TAMAN AMALINA LESTARI, SIMPANG KALLANG
Raub
27600

Opening Hours

Monday 08:00 - 05:00
Tuesday 08:00 - 05:00
Wednesday 08:00 - 05:00
Thursday 08:00 - 05:00
Friday 08:00 - 05:00

Telephone

+6093557077

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kolej Komuniti Raub posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share