Yakin A Seremban

  • Home
  • Yakin A Seremban

Yakin A Seremban Kepakaran kami membantu pelajar MENGUASAI teknik menjawab soalan peperiksaan KBAT rendah dan menengah. Nak maklumat lanjut jom follow kami rapat2 di sini.

Bagaimana Pusat Tuisyen Terbaik Di Seremban Ini Mengubah Pelajar Lemah Menjadi Pelajar Handalan? Pusat Tuisyen Yakin A diasaskan oleh guru handalan yang berpengalaman selama 13 tahun dalam bidang pendidikan yang tidak pernah surut dengan pelbagai pembaharuan dan inovasi. Beliau mahir akan selok-belok teknik pengajaran, pembelajaran, pemarkahan dan soalan peperiksaan serta konsep-konsep penting yan

g dapat memudah cara sekali gus membimbing para pelajar memperoleh keputusan yang cemerlang. Keistimewaan Pusat Tuisyen Yakin A ialah penekanan terhadap soalan KBAT. Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia mendefinisikan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) sebagai keupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu. Berbeza dengan Kemahiran Berfikir Aras Rendah, KBAT menuntut pelajar lebih daripada sekadar menghafal nota, rumus atau butiran penting sesuatu subjek. Soalan-soalan KBAT yang merangkumi kemahiran kognitif mengaplikasi, menganalisis, menilai dan mencipta memerlukan pelajar mencerakin dan menghubung idea kepada komponen-komponen untuk memahami perhubungan antara komponen serta membuat pertimbangan dan keputusan berdasarkan kriteria yang spesifik. Kebanyakan pelajar menemukan kesukaran untuk menjawab soalan KBAT disebabkan aras kesukaran yang lebih tinggi dan gagal memahami konsep yang dipelajari di dalam bilik darjah. Hal ini mengakibatkan markah peperiksaan mereka terjejas sekali gus mempengaruhi kedudukan dalam darjah/tingkatan dan motivasi mereka sendiri. Jangan gusar! Pengasas Yakin A, bagaimanapun mempunyai rahsia untuk menguasai teknik menjawab soalan KBAT. Fokus diberikan dengan latihan latih tubi menjawab pelbagai bentuk soalan KBAT mengikut aras yang berbeza-beza. Kebiasannya, sesi berdurasi satu jam akan diperuntukkan untuk melatih pelajar membiasakan diri dengan soalan KBAT. Ini secara tidak langsung mengakrabkan pelajar dengan bentuk-bentuk soalan KBAT dan menjadikan mereka secara psikologi tidak gentar berdepan dengan soalan-soalan yang menuntut mereka untuk berfikir menjangkaui apa yang terkandung di dalam buku teks. Bagi memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung secara efektif dan kondusif, pengasas Yakin A mempunyai teknik tersendiri dengan mengesan metod terbaik pelajar menimba ilmu. Seseorang itu secara amnya boleh dibahagikan mengikut personaliti yang berbeza sama ada visual, auditor atau kinetetik. Ujian akan dilaksanakan untuk mengenal pasti jenis personaliti pelajar. Seterusnya, ini memudahkan interaksi antara tenaga pengajar dengan pelajar. Sebagai contoh, sekiranya seorang pelajar itu lebih cenderung terhadap rangsangan visual, maka lebih banyak stimuli dalam bentuk gambar rajah, carta, peta minda, karikatur dan sebagainya akan digunakan dalam proses pembelajaran justeru ia lebih cekap dan mampu menyerap apa yang disampaikan dengan lebih efisien. Teknik membahagikan pelajar mengikut personaliti mereka secara tidak langsung berupaya membenarkan mereka belajar dengan penguasaan yang optimum dan berinteraksi dengan rakan-rakan yang mempunyai bakat belajar yang sama sekali gus perbincangan dalam kumpulan kecil akan bertambah efektif. Pelajar-pelajar turut diminta untuk melakukan presentasi di depan kelas bagi membina keyakinan diri serta berkongsi maklumat yang dimiliki oleh mereka. Bagi pelajar-pelajar yang bersifat kinetetik, melalui subjek Sains, mereka akan dibimbing menerusi teknik pembelajaran yang lebih praktikal. Yakin A juga mendidik pelajar teknik menjawab soalan berteraskan skema pemarkahan dari Lembaga Peperiksaan Malaysia bagi memastikan jawapan yang diberikan selaras dengan kehendak soalan. Para pelajar akan didedahkan dengan kertas soalan percubaan berbilang negeri sebagai latihan untuk membiasakan mereka dengan pelbagai jenis set soalan. Teknik mengesan kata kunci ditekankan supaya mereka dapat menghubungkan jawapan dengan lebih mudah dan cepat. Selain itu, taktik dan cara mengemukakan jawapan dan idea turut diperturunkan kepada pelajar. Dengan bimbingan yang berterusan ini, perubahan positif dalam diri dan pencapaian pelajar dapat dilihat seawal lapan sesi kelas atau lapan jam. Bukan sahaja kecemerlangan akademik yang menjadi prioriti pusat tuisyen ini, sebaliknya pembinaan sahsiah dan moral tidak sesekali diabaikan. Yakin A ternyata berbeza daripada pusat-pusat tuisyen lain yang hanya memfokuskan gred dan keputusan peperiksaan. Yakin A percaya kepada pencapaian yang berimbang dan holistik. Pelbagai aktiviti luar bilik darjah disediakan termasuklah aktiviti bersukan dan riadah yang berupaya meningkatkan kecergasan dan kecerdasan pelajar di samping melatih mereka supaya bekerja dengan kumpulan serta lebih berdisiplin. Ini ialah bonus yang dipakejkan oleh tenaga kerja Yakin A bagi melahirkan pelajar-pelajar yang terbilang dari aspek rohani dan akademik serta menyediakan mereka untuk menempuhi institusi pengajian tinggi. Selamat Datang Ke Pusat Tuisyen Yakin A.

09/03/2026

Pendekatan pengajaran yang meletakkan murid sebagai peserta aktif, manakala guru bertindak sebagai fasilitator dan pembimbing.

06/03/2026

Shortest month, biggest adventures. Embracing the beauty of small moments and creating memories to last a lifetime.

04/03/2026

Ramadhan Kareem - 2026

03/03/2026

Video Jan Recap

Imbasan Cerita Januari bersama Pusat Tuisyen Yakin A 🥰

10/02/2026

Group Coaching - 2026

10/02/2026

Personal Coaching - 2026

31/12/2025

Terima kasih, kalian semua kerana menjadi sebahagian dan menemani kami sepanjang 2025. Bersama kita telah mencipta kejayaan dengan izin Nya.

Dengan lafaz bismillah kami membuka lembaran 2026. Semoga tahun ini membawa kejayaan yang lebih besar dan bermakna untuk Pusat Tuisyen Yakin A 🤲❤️



Tahniah diucapkan atas kejayaan cemerlang dalam keputusan SPM! Usaha gigih dan semangat tidak pernah putus asa akhirnya ...
17/06/2025

Tahniah diucapkan atas kejayaan cemerlang dalam keputusan SPM! Usaha gigih dan semangat tidak pernah putus asa akhirnya membuahkan hasil yang membanggakan. Semoga kejayaan ini menjadi permulaan kepada lebih banyak pencapaian gemilang di masa hadapan.




09/12/2024

BENGKEL ASAS MATEMATIK 2024

📍{Coming Soon}📍

Cuti Sekolah Bakal Bermula!

📚 Buku teks dah pulang.
✅ UASA dah selesai.
📅 2025 kian menjelma.

Ini masanya anak anda bersedia untuk tahun baru! 🔥

Sertai Bengkel Matematik kami untuk tingkatkan kefahaman, keyakinan, dan prestasi anak anda.

📌 Kenapa Pilih Bengkel Kami?

1⃣ Bimbingan oleh guru berpengalaman with proven result.

2⃣ Tips & teknik yang perlu dikuasai dalam operasi asas dan topik penting.

3⃣ Aktiviti interaktif & berkesan.

➡️ Nantikan tarikh dan maklumat bengkel seterusnya ya!



26/06/2024

Tempahan Kelas Cuti Sekolah Penggal 2 ♨️

📍Dibuka sekarang!

Tawaran Subjek Teras

✅ B.Melayu

✅ Matematik

✅ Sains

Klik link di bawah untuk maklumat lanjut👌

https://wa.link/81ve7f



🧑🏻‍💻 Kaedah Pembelajaran Alternatif. 👩🏻‍💻Kaedah pengajaran pembelajaran secara koperatif dengan menggunakan peta minda m...
25/04/2024

🧑🏻‍💻 Kaedah Pembelajaran Alternatif. 👩🏻‍💻

Kaedah pengajaran pembelajaran secara koperatif dengan menggunakan peta minda membolehkan para pelajar mengingat topik yang diajar dan menguasai pembelajaran dengan lebih berkesan. 👍🏻

Pendekatan ini banyak digunakan oleh para guru, namun keberkesanannya bergantung kepada teknik dan cara penghasilannya.

Sebagai ibu bapa , carilah bantuan sebagai alternatif membantu anak2 kita untuk maju dalam pelajaran.



Address

Pusat Tuisyen Yakin A, No. 36 First Floor, Jalan S2 F1 Garden Homes, Seremban 2

Opening Hours

Monday 13:00 - 22:00
Tuesday 13:00 - 22:00
Wednesday 13:00 - 22:00
Thursday 13:00 - 22:00
Friday 13:00 - 22:00
Saturday 09:00 - 15:00

Telephone

+601111489769

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Yakin A Seremban posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Yakin A Seremban:

Shortcuts

  • Want your school to be the top-listed School/college?

Share