Eden Handa

Call

Eden Handa Tuisyen Seremban 2 | Fokus asas & problem-solving untuk sekolah rendah. Guru berpengalaman. Ayuh! kita sama2 serlahkan potensi anak2.

01/10/2026

Cuba check asas anak2 kita 🫰

01/10/2026

JAWAPAN BETUL ✓
Tapi aku masih tanya: “Macam mana awak dapat?”

Bila mengajar Matematik, kadang-kadang aku tak tengok jawapan akhir sahaja.
Dalam contoh ni, murid cuba selesaikan 36 × 7 dengan menambah 36 berulang kali.
Salah ke cara tu? Tak.

Repeated addition memang salah satu cara untuk memahami konsep darab.
Tapi bila aku tengok cara dia kira, aku boleh nampak sesuatu yang disebalik jawapan akhir.

Untuk sampai kepada satu jawapan, dia masih perlu melalui banyak langkah pengiraan.

Dan dekat sinilah aku mula tengok — ada tak asas atau strategi pengiraan yang masih boleh kita kukuhkan supaya kerja yang sama boleh dibuat dengan lebih mudah?
Sebab bila soalan Matematik semakin kompleks, anak bukan hanya perlu mengira. Dia juga perlu membaca soalan, memahami maklumat, menentukan operasi dan fikir bagaimana nak selesaikan masalah.

Kalau terlalu banyak tenaga dah digunakan pada pengiraan asas, soalan yang sebenarnya boleh dibuat pun boleh terasa lebih berat.
Kadang-kadang buku latihan tunjuk kita ✓ atau ✗.
Cara anak bekerja tunjuk kita lebih daripada itu.

Eden Handa
Enhance Your Children's Potential

“Susah la Math ni…”Kadang-kadang soalan pun belum habis baca, anak dah cakap susah. 😅Sebagai orang dewasa, mudah untuk k...
28/09/2026

“Susah la Math ni…”

Kadang-kadang soalan pun belum habis baca, anak dah cakap susah. 😅

Sebagai orang dewasa, mudah untuk kita jawab:
“Baca dulu soalan tu.”
“Belum cuba lagi dah kata susah.”

Tapi kadang-kadang bila kita duduk sebelah dan betul-betul tengok bagaimana anak mengira, kita mula nampak sesuatu.

Ambil contoh mudah:
36 × 7

Kalau fakta asas darab belum lancar, anak mungkin cuba sampai kepada jawapan dengan:

36 + 36 + 36 + 36 + 36 + 36 + 36

Salah ke?
Tak semestinya.
Dia sebenarnya sedang cuba menggunakan apa yang dia tahu.

Tapi bayangkan kalau hampir setiap pengiraan memerlukan usaha sebanyak itu.
Lama.
Penat.
Mudah tersilap.
Lepas satu soalan, ada lagi.
Lepas tu ada lagi.

Lama-lama bukan pelik kalau dalam kepala anak mula terbentuk satu persepsi:

“Math susah.”

Sedangkan kadang-kadang topik yang sedang dipelajari itu bukanlah satu-satunya masalah.

Ada kemungkinan foundation yang diperlukan untuk menyelesaikan soalan itu belum cukup lancar.

Salah satunya — sifir.

Sebab itu bila anak struggle dengan Matematik, aku rasa kita jangan terlalu cepat berhenti pada:
“Dia memang lemah Math.”

Cuba cari dulu:
Dekat mana sebenarnya dia tersekat?
Kadang-kadang bila bottleneck yang kecil itu kita baiki, benda lain pun mula terasa lebih manageable.

— Eden Handa
Enhance Your Children's Potential

26/09/2026
26/09/2026

Sifir360 Home ni sebenarnya macam mana? 🤔
Bila sebut program sifir, mungkin nampak macam satu lagi set latihan untuk anak.
Tapi Sifir360 Home dibina dengan satu flow yang lebih tersusun — mula dekat mana, anak buat apa seterusnya, dan macam mana mak ayah boleh pantau progress.
Video ni saya tunjuk secara ringkas macam mana sistem Sifir360 Home digunakan 👇
📌 Untuk latihan di rumah
📌 Sifir 2–12
📌 Parent Guide disediakan
📌 Flashcard + Congak + Daily Dose + Sifir Sifu
📌 Progress anak boleh dipantau
Sifir360 Home — RM39
Kalau nak tahu lebih lanjut, boleh PM atau WhatsApp saya 😊

Pernah tak jadi macam ni? 😅Anak boleh baca sifir ikut turutan. Tapi bila kita tanya satu-satu secara random, dia mula ki...
18/09/2026

Pernah tak jadi macam ni? 😅

Anak boleh baca sifir ikut turutan. Tapi bila kita tanya satu-satu secara random, dia mula kira balik dari awal.

Bukan bermaksud anak tak tahu sifir.
Dia cuma perlukan lebih banyak peluang untuk recall fakta sifir tanpa bergantung pada turutan.

Sebab tu dalam Sifir360, kami tak berhenti setakat hafal. Fakta yang sama akan digunakan semula melalui latihan yang pendek, berulang dan disusun secara progresif.

MEMORIZE → RECALL → REPEAT → FLUENCY → MASTERY

Sedikit-sedikit, tapi konsisten. 💙

Sifir360 Home · RM39 one-off (2026)
Nak tengok apa yang ada dalam Sifir360 Home?
👉 https://forms.gle/2YLpyrWvd6Sf5zGx7

Ada apa-apa nak tanya, WhatsApp je kami 😊
https://wa.me/60197910052?text=Sifir360

Hello Mak2, ada ke yg sama pesen macam ni.🙋Anak2 bila baca sifir ikut turutan, boleh, lancar.Tapi bila kita tanya random...
17/09/2026

Hello Mak2, ada ke yg sama pesen macam ni.🙋

Anak2 bila baca sifir ikut turutan, boleh, lancar.
Tapi bila kita tanya random.....
7 × 8?
6 × 4?
9 × 7?
Haaa… lama p**a nak keluar jawapan. 🤦‍♀️

Sebab tu bila kami bina Sifir360 Home, kami tak berhenti setakat “hafal sifir”.
Kami nak anak ingat, recall dan gunakan fakta sifir dengan lebih lancar melalui latihan pendek dan berulang yang disusun step by step.

Tak perlu duduk lama-lama.
5 minit je sekali buat.

Dan mak ayah pun tak perlu pening setiap hari fikir,
“Hari ni nak buat yang mana p**a?”
Perjalanan dah disusun. Kita cuma ikut, pantau dan beri anak masa untuk bina penguasaan.

👉 Swipe untuk tengok macam mana Sifir360 Home berfungsi dan apa yang anak-anak dapat dalam 1 harga.

Sifir360 Home · RM39 one-off (2026)

Nak cuba dengan anak kat rumah? 😊
Order di sini:
https://forms.gle/2YLpyrWvd6Sf5zGx7

Kalau ada apa-apa nak tanya, WhatsApp je kami 😊

https://wa.me/60197910052?text=Sifir360

SIFIR360
Same Facts. More Possibilities.

Di Eden Handa, kami percaya pembelajaran sifir tidak perlu membebankan.Pembelajaran yang kecil tetapi konsisten mampu me...
10/07/2026

Di Eden Handa, kami percaya pembelajaran sifir tidak perlu membebankan.

Pembelajaran yang kecil tetapi konsisten mampu memberikan perubahan yang besar.

Alhamdulillah ❤️Sesi pertama Program MPT4 Accelerator di Eden Handa telah berlangsung dengan lancar.Murid-murid menunjuk...
06/07/2026

Alhamdulillah ❤️

Sesi pertama Program MPT4 Accelerator di Eden Handa telah berlangsung dengan lancar.

Murid-murid menunjukkan semangat yang baik sepanjang sesi Matematik dan Sains bersama guru opsyen sekolah rendah.

Di Eden Handa, kami percaya persediaan awal yang terancang dapat membantu murid menghadapi MPT4 dengan lebih yakin.

Terima kasih kepada ibu bapa yang telah memberikan kepercayaan kepada kami.

📍 Pengambilan masih dibuka untuk beberapa tempat lagi.

📲 WhatsApp: 019-791 6175

Address

Centrio
Rasah
70300

Telephone

+60197916175

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Eden Handa posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share