Bahagian Pendidikan Khas

Bahagian Pendidikan Khas

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Bahagian Pendidikan Khas, Education Website, Aras 2, Blok E2, Kompleks E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Presint 1, Putrajaya.

Photos from Bahagian Pendidikan Khas's post 20/03/2026

GEMA TAKBIR MEMBELAH SUASANA, SYAWAL TIBA MEMBAWA BAHAGIA.

Daripada kami di Bahagian Pendidikan Khas Kementerian Pendidikan (KPM), sekeping doa dititipkan agar setiap pertemuan di hari mulia ini menjadi jambatan ukhuwah yang lebih kukuh.

Selamat Hari Raya Aidilfitri buat warga pendidik, Murid-Murid Berkeperluan Pendidikan Khas, dan juga seluruh rakyat Malaysia. Mohon maaf atas segala khilaf, zahir dan batin. Semoga lebaran ini menjadi saksi keikhlasan hati kita semua.

Tahun Ini, Tahun Kita






Photos from Bahagian Pendidikan Khas's post 19/03/2026

17 Mac 2026 (27 Ramadan 1447H) | KUNJUNG HORMAT MALAYSIAN DEAF SPORT ASSOCIATION BERSAMA BAHAGIAN PENDIDIKAN KHAS BAGI TAHUN 2026

Malaysian Deaf Sport Association hadir ke Bahagian Pendidikan Khas bagi satu program kunjung hormat pada pada 17 Mac 2026.

Program kunjung hormat ini bertujuan untuk memperkukuh hubungan kerjasama strategik antara MSDeaf dan Bahagian Pendidikan Khas, di samping membincangkan isu-isu berkaitan dengan penyertaan dan pelibatan guru pendidikan khas dan murid berkeperluan pendidikan khas (MBPK) ketidakupayaan pendengaran khususnya dalam bidang sukan dan permainan di program pendidikan khas seluruh negara. Selain itu, pihak MSDeaf juga hadir bagi membincangkan perancangan serta persediaan menghadapi beberapa kejohanan utama di peringkat kebangsaan dan antarabangsa yang bakal disertai sepanjang tahun 2026.

Tahun Ini, Tahun Kita.






Photos from Bahagian Pendidikan Khas's post 18/03/2026

16 Mac 2026 (26 Ramadan 1447H) | MAJLIS KHATAM AL-QURAN & IFTAR JAMAIE DI SEKOLAH MENENGAH PENDIDIKAN KHAS VOKASIONAL KUANTAN

YBrs. Dr. Abd Khalik Khassunah Bin Muzir, Timbalan Pengarah Bahagian Pendidikan Khas hadir bagi merasmikan Majlis Khatam Al- Quran & Iftar Jamaie di Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional Kuantan, Pahang.

Bersempena dengan bulan Ramadan yang mulia, program ini diadakan bagi mendekatkan hubungan dan menyemai nilai murni antara warga sekolah, ibu bapa, dan rakan kolaborasi. Melalui usaha ini, diharap dapat menghapuskan benteng komunikasi dan membentuk persekitaran yang lebih harmoni serta kukuh demi menyokong potensi anak-anak MBPK di sini.

Tahun Kita.






Photos from Bahagian Pendidikan Khas's post 16/03/2026

16 Mac 2026 (26 Ramadan 1447H) | SESI LIBAT URUS PENGURUSAN TERTINGGI KEMENTERIAN PENDIDIKAN BERSAMA-SAMA PENGAMAL MEDIA SEMPENA BULAN RAMADAN TAHUN 2026 DI PERMATA KURNIA

YBrs. Dr. Mohd. Anuar bin Abdullah, Pengarah Bahagian Pendidikan Khas dijemput untuk menghadiri sesi libat urus bersama pengamal media di PERMATA Kurnia, Kuala Lumpur.

Sesi libat urus ini bertujuan untuk meningkatkan jalinan kerjasama antara KPM dan pihak pengamal media dalam memperkasakan gerak kerja penyampaian maklumat, agenda dan dasar KPM.

Tahun Ini, Tahun Kita.






Photos from Bahagian Pendidikan Khas's post 12/03/2026

MEMPERKASA POTENSI, MENTRANSFORMASI EKOSISTEM PENDIDIKAN KHAS

Kenali barisan kepimpinan dan pasukan penggerak di sebalik Rancangan Pendidikan Malaysia: Prakarsa Impak Segera Pendidikan Khas 2026-2027.

Pasukan ini menggalas amanah besar untuk mentransformasikan ekosistem pendidikan khas negara melalui 15 reformasi strategik. Fokus kami jelas untuk meningkatkan ekuiti dan inklusiviti bermula daripada peringkat pendidikan awal.

Apa matlamat R01-15?

โœ… Mengoptimumkan potensi murid berkeperluan pendidikan khas (MBPK) dalam akademik, TVET, sukan dan sahsiah.
โœ… Memperkukuh prasarana fizikal serta digital yang mesra OKU di seluruh institusi KPM.
โœ… Menyediakan laluan pendidikan dan kerjaya yang lebih jelas serta berdaya saing.

Melalui pemantapan tadbir urus dan sinergi padu pasukan ini, kami tekad membangunkan MBPK yang berdikari dan berkemahiran tinggi.

Sokongan anda adalah kekuatan kami!

Tahun Ini, Tahun Kita.






Photos from Bahagian Pendidikan Khas's post 11/03/2026

11 Mac 2026 (21 Ramadan 1447H) | PROGRAM WORLD QURAN HOUR 2026 DI SMK PENDIDIKAN KHAS BUMBONG LIMA

YBrs. Dr. Mohd. Anuar bin Abdullah, Pengarah Bahagian Pendidikan Khas dijemput untuk menghadiri satu sesi bacaan Al-Quran secara serentak di seluruh dunia.

Objektif program adalah untuk melaksanakan bacaan al-Quran dan tadabbur secara serentak selama satu jam. la juga dapat, memupuk rasa cinta kepada al-Quran dan menjadikanya sebagai panduan hidup, di samping dapat memahami maksud ayat-ayat suci al-Quran melalui sesi tadabbur.

Tahun Ini, Tahun Kita.






Photos from Bahagian Pendidikan Khas's post 11/03/2026

9 Mac 2026 (19 Ramadan 1447H) | PROGRAM JAULAH RAMADAN MELAKA

YBrs. Dr. Mohd. Anuar bin Abdullah, Pengarah Bahagian Pendidikan Khas hadir ke Program Jaulah Ramadan Negeri Melaka yang telah berlangsung di SMK Munshi Abdullah dalam suasana penuh keberkatan.

Sesi perkongsian mengenai Rancangan Pendidikan Malaysia (RPM) 2026 โ€“ 2035 disampaikan oleh Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, YBhg. Datuk Dr. Mohd Azam bin Ahmad, yang menekankan usaha melahirkan Insan Sejahtera melalui pembangunan insan secara menyeluruh merangkumi aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Tahun Ini, Tahun Kita.






Photos from Bahagian Pendidikan Khas's post 09/03/2026

9 Mac 2026 (19 Ramadan 1447H) | PROGRAM OUTREACH GELANDANGAN BERSAMA GENERASI MADANI

YBrs. Dr. Mohd. Anuar bin Abdullah, Pengarah Bahagian Pendidikan Khas turun padang menyantuni Pusat Khidmat Gelandangan Medan Tuanku, Kuala Lumpur. Lawatan ini bertujuan memastikan agenda Rancangan Pendidikan Malaysia (RPM) dilaksanakan secara inklusif bagi memastikan semua MBPK diberi peluang mencapai tahap potensi mengikut keupayaan masing-masing.

Tahun Ini, Tahun Kita.






07/03/2026

17 Ramadan 1447H

Salam Nuzul al-Quran.

Tahun Ini, Tahun Kita






Photos from Bahagian Pendidikan Khas's post 06/03/2026

6 Mac 2026 | MAJLIS IFTAR JAMAIE SINERGI SANTUN PERDANA 2026 DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PENDIDIKAN KHAS SETAPAK, KUALA LUMPUR

YBrs Dr. Mohd. Anuar bin Abdullah, Pengarah Bahagian Pendidikan Khas, hadir bagi merasmikan majlis yang penuh bermakna ini. Kehadiran beliau bukan sahaja sebagai tanda sokongan terhadap warga sekolah, malah sebagai simbolik komitmen berterusan Kementerian Pendidikan dalam memartabatkan kebajikan Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK).

โ€‹Majlis ini bertujuan mengeratkan ukhuwah, menyemai nilai santun dan memperkukuh sinergi antara sekolah, ibu bapa serta rakan kolaborasi strategik dalam suasana penuh keberkatan Ramadan. Melalui inisiatif ini, jurang komunikasi dapat dirapatkan, sekali gus mewujudkan ekosistem sokongan yang lebih inklusif dan mampan demi kecemerlangan MBPK di sini.

Tahun Ini, Tahun Kita






04/03/2026

4 Mac 2026 | LAWATAN TAPAK: PEMANTAUAN PROJEK SSMPK BANDAR ENSTEK, NEGERI SEMBILAN

Satu lawatan tapak telah diadakan oleh YBrs. Dr. Mohd. Anuar bin Abdullah, Pengarah Bahagian Pendidikan Khas (BPKhas) ke projek pembinaan Sekolah Menengah Kebangsaan Pendidikan Khas (SMKPK) Bandar Enstek, Negeri Sembilan.

Untuk makluman, sekolah ini bakal melakar sejarah sebagai Sekolah Sukan Malaysia Pendidikan Khas (SSMPK) yang pertama, menyediakan fasiliti sukan terbaik buat murid berkeperluan pendidikan khas (MBPK).
Status Semasa Projek:

๐Ÿ“ˆ Status kemajuan projek semasa : 88.03%
๐Ÿ—“๏ธ Jangkaan Siap: 17 Oktober 2026

Semoga pembinaan ini berjalan lancar demi memperkasakan potensi sukan MBPK!

Tahun Ini, Tahun Kita






Want your school to be the top-listed School/college in Putrajaya?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Website

Address

Aras 2, Blok E2, Kompleks E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Presint 1
Putrajaya
62604