31/05/2026
๐ธ Selamat Menyambut Hari Wesak 2026 ๐ธ
Semoga sambutan Hari Wesak membawa kedamaian, keharmonian, kasih sayang dan semangat saling menghormati dalam kalangan masyarakat berbilang kaum dan agama di Malaysia.
Marilah kita terus menyemai nilai kemanusiaan, belas ihsan dan perpaduan demi kesejahteraan bersama.
27/05/2026
PUSPANITA Cawangan KPWKM mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha 1447 Hijrah kepada seluruh umat Islam.
Aidiladha bukan sekadar perayaan, tetapi lambang keikhlasan, pengorbanan dan kasih sayang yang menyatukan insan. Semangat berkongsi dan saling membantu yang diraikan pada hari mulia ini wajar terus disemai dalam kehidupan bermasyarakat.
Semoga Aidiladha kali ini membawa keberkatan, ketenangan jiwa serta mengeratkan ukhuwah dan kebersamaan dalam keluarga, komuniti dan organisasi.
Salam Aidiladha daripada
PUSPANITA Cawangan KPWKM
22/05/2026
22 Mei 2026 | Jumaat
Dewan Nur KPWKM, Putrajaya
PUSPANITA Cawangan KPWKM turut menjayakan Program Memberdaya Akar Umbi (MEKAR) Bengkel Keusahawanan Makanan dan Digitalisasi Wanita Bandar Anjuran Pejabat Pembangunan Wanita Wilayah Persekutuan hari ini.
Program ini telah dirasmikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik) Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Encik Mohd Daud bin Mohd Arof yang menekankan kepentingan pemerkasaan wanita khususnya dalam bidang keusahawanan makanan dan F&B yang terus berkembang pesat serta berpotensi tinggi.
Fokus program ini adalah untuk memperkukuh pembangunan potensi wanita melalui pendedahan dalam bidang keusahawanan, literasi digital dan pendigitalan perniagaan, agar wanita kekal berdaya saing, berdikari serta mampu menjadi agen perubahan dalam komuniti.
Turut hadir, Puan Hanani Sapit, Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) merangkap Pengerusi PUSPANITA Cawangan KPWKM.
Semoga inisiatif seperti ini terus membuka lebih banyak ruang dan peluang untuk wanita melangkah lebih jauh dalam pelbagai bidang ekonomi dan sosial.
PPWKL
10/05/2026
Di sebalik kelembutan seorang wanita,
tersimpan kekuatan yang tidak pernah meminta untuk dipuji.
Mereka mengurus keluarga dengan penuh kasih,
dan dalam masa yang sama terus setia memikul amanah demi masyarakat dan negara.
Buat semua ibu hebat di PUSPANITA Cawangan KPWKM, terima kasih kerana menjadi nadi kasih, suara empati dan tangan yang sentiasa menghulur bantuan tanpa mengenal lelah.
Sesungguhnya, kasih seorang ibu bukan sekadar hadir di rumah, tetapi turut terpancar dalam setiap khidmat, perhatian dan pengorbanan kepada insan lain.
Selamat Hari Ibu 2026.
โSeteguh KASIH Ibuโ
Ikhlas daripada
PUSPANITA Cawangan KPWKM ๐ธ
08/05/2026
Dalam kesibukan bekerja jangan lupa ambil masa untuk menjaga kesihatan. Keseimbangan antara kerjaya dan gaya hidup sihat bukan lagi satu pilihan, tetapi satu keperluan.
Telah berlangsung Program Sihat Bersama PUSPANITA KWPKM pada hari ini bersama ZFT Anne. Turut hadir program pada hari ini ialah YBhg. Datuk Dr. Maziah binti Che Yusoff, Ketua Setiausaha merangkap Penasihat PUSPANITA KPWKM, YBhg. Datin Safida Zalma binti Mohd Piah, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) dan YBrs. Puan Wan Noraidah Binti Wan Mohd Zain, Timbalan Pengerusi III PUSPANITA KPWKM.
Tahniah kepada semua yang nejayakan program ini.
ITA
less
01/05/2026
PROGRAM Sihat Bersama PUSPANITA 2026 kembali dengan sesi penuh tenaga!!!
Push your limits. Move with the beat.
Gabungan latihan berintensiti tinggi dan pergerakan berirama yang direka untuk meningkatkan stamina, kecergasan serta keyakinan diri. Jangan lupa temujanji kita!!!
๐ 8 Mei 2026 (Jumaat)
๐ 5.00 โ 6.00 petang
๐ Dewan Perdana Nur KPWKM
01/05/2026
Selamat Hari Pekerja 1 Mei 2026
Pekerja Madani, Kesuma Insan
Puspanita Cawangan KPWKM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh warga kerja atas komitmen, dedikasi dan semangat yang tidak pernah luntur dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab.
Sesungguhnya setiap usaha yang dicurahkan menjadi tunjang kepada kemajuan organisasi dan kesejahteraan masyarakat. Semoga kita semua terus diperkukuh dengan semangat kerja berpasukan, integriti serta keikhlasan dalam memberikan perkhidmatan terbaik.
Teruslah melangkah maju sebagai warga pekerja yang berdaya tahan, berinovasi dan berjiwa Madani.
Ikhlas daripada
Seluruh Warga
Puspanita Cawangan KPWKM
30/03/2026
PUSPANITA Cawangan KPWKM pada 30 Mac 2026 (Isnin) telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke 23 Tahun 2026.
Mesyuarat Agung ini telah dirasmikan oleh YBhg. Datuk Dr. Maziah binti Che Yusoff, Ketua Setiausaha merangkap Penasihat PUSPANITA Cawangan KPWKM.
YBhg. Datuk Dr. KSU melalui ucapannya mengingatkan agar semua ahli PUSPANITA terus memperbaiki diri, membulatkan tekad untuk melaksanakan amanah dengan penuh integriti dalam pekerjaan seharian ataupun dalam persatuan yang merupakan asas utama kepada keabsahan serta kredibiliti perkhidmatan awam.
Pelaksanaan Mesyuarat Agung kali ini telah membentangkan Laporan Aktiviti dan Laporan Kewangan bagi Tahun 2025 serta turut diadakan pemilihan Ahli Jawatankuasa PUSPANITA sesi 2026/2028.
Tahniah kepada semua Jawatankuasa yang baharu dan selamat menjalankan tugas.
Turut hadir dalam majlis perasmian ini ialah YBrs. Puan Hanani Binti Sapit, Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita merangkap Pengerusi PUSPANITA, YBrs Puan Fatimah Zuraidah binti Hj. Salleh, Ketua Penolong Setiausaha KPWKM merangkap Timbalan Pengerusi I dan YBrs. Puan Nordina Binti Haron, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Kebajikan Negara merangkap Timbalan Pengerusi II.
Sumber gambar : UKK KPWKM
29/03/2026
PUSPANITA Cawangan KPWKM akan mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan PUSPANITA Cawangan KPWKM Kali Ke 23 Tahun 2026 pada 30 Mac 2026.
Mesyuarat Agung ini akan dirasmikan oleh YBhg. Datuk Dr. Maziah binti Che Yusoff, Ketua Setiausaha KPWKM merangkap Penasihat PUSPANITA Cawangan KPWKM.
Pelaksanaan Mesyuarat Agung kali ini akan membentangkan Laporan Aktiviti dan Laporan Kewangan bagi Tahun 2025 serta turut diadakan pemilihan Ahli Jawatankuasa PUSPANITA sesi 2026/2028.
Terima kasih kepada semua barisan EXCO sesi 2024/2026 dan selamat bertugas barisan EXCO 2026/2028.