27/07/2026
“Budak pandai mesti tak minat benda lain.”
Ini merupakan antara tanggapan yang sering dikaitkan dengan murid pintar cerdas. Namun, realitinya jauh berbeza.
Seperti murid lain, mereka juga mempunyai minat, bakat dan personaliti yang pelbagai. Ada yang cenderung dalam bidang seni, sukan, muzik, teknologi, kepimpinan atau aktiviti kemasyarakatan. Kecerdasan akademik hanyalah satu daripada pelbagai aspek yang membentuk diri seseorang.
Di Akademi Sains Pendang (ASP), pembangunan murid dilihat secara holistik. Selain mengembangkan potensi intelek, mereka juga digalakkan meneroka minat, membina kemahiran insaniah dan mengembangkan bakat dalam pelbagai bidang.
Kerana matlamat pendidikan bukan sekadar melahirkan murid yang cemerlang dalam akademik, tetapi individu yang seimbang, berdaya saing dan mampu menyumbang kepada masyarakat.
🎙️ Saksikan perbincangan penuh dalam episod Borak RPM: Pengenalan Pendidikan Pintar Cerdas di Akademi Sains Pendang (ASP).