19/02/2026
Assalamualaikum,
Pihak AMEC ingin mengucapkan *Selamat Menyambut Bulan Ramadan dan Selamat Berpuasa* kepada seluruh pelajar yang dicintai.
Semoga Ramadan kali ini menjadi ruang untuk kita memperbanyakkan ibadah, memperbaiki diri serta menambah kesungguhan dalam menuntut ilmu. Mudah-mudahan setiap usaha, pengorbanan masa dan kesabaran sepanjang bulan yang mulia ini dikurniakan ganjaran yang berlipat ganda oleh Allah SWT.
Teruskan istiqamah dalam pengajian, menjaga adab dan memanfaatkan Ramadan sebagai madrasah tarbiah untuk membentuk hati dan akhlak yang lebih baik.
Selamat berpuasa dan semoga Ramadan ini membawa keberkatan kepada kita semua.
Pengurus AMEC,
Tuan Aiman
28/08/2025
⚠️ 𝙎𝙚𝙩𝙞𝙖𝙥 𝙝𝙖𝙧𝙞 𝙖𝙙𝙖 𝙝𝙖𝙙𝙞𝙨 𝙥𝙖𝙡𝙨𝙪 𝙗𝙚𝙧𝙡𝙚𝙜𝙖𝙧 𝙙𝙞 𝙢𝙚𝙙𝙞𝙖 𝙨𝙤𝙨𝙞𝙖𝙡.
💬 "Saya dah lama dengar hadis ni, tak sangka rupanya palsu… 😭"
💬 "Alhamdulillah ustaz, lepas masuk kelas ni saya dah boleh beza hadis sahih & palsu.☺️"
Rasulullah SAW bersabda:
“Barangsiapa yang berdusta di atas namaku dengan sengaja, maka siaplah tempatnya di dalam neraka.” (Riwayat al-Bukhari, 110)
❓Soalannya — kita nak jadi penyebar… atau penyelamat?
💡 Jom pelajari asas ilmu hadis (Mustolah Hadis) dengan cara mudah & praktikal:
✅ Kelas online (LIVE) – boleh join dari rumah
✅ 4 kali sebulan
✅ Rakaman & nota percuma
🚨 Jika kita tidak belajar, kita mungkin sebarkan hadis palsu setiap hari tanpa sedar.
🎁 100 pendaftaran pertama adalah PERCUMA!
👉 Klik WhatsApp sekarang sebelum kuota habis.
📲 www.wasap.my/601155186473/mustolahhadis
28/08/2025
𝙕𝙖𝙢𝙖𝙣 𝙨𝙚𝙠𝙖𝙧𝙖𝙣𝙜 𝙣𝙞 𝙢𝙖𝙘𝙖𝙢-𝙢𝙖𝙘𝙖𝙢 𝙝𝙖𝙙𝙞𝙨 𝙙𝙖𝙝 𝙠𝙞𝙩𝙖 𝙟𝙪𝙢𝙥𝙖 𝙩𝙖𝙥𝙞 𝙥𝙚𝙧𝙣𝙖𝙝 𝙠𝙚 𝙠𝙞𝙩𝙖 𝙩𝙖𝙝𝙪 𝙗𝙖𝙜𝙖𝙞𝙢𝙖𝙣𝙖 𝙠𝙖𝙚𝙙𝙖𝙝 𝙪𝙡𝙖𝙢𝙖 𝙢𝙚𝙣𝙜𝙝𝙪𝙠𝙪𝙢 𝙝𝙖𝙙𝙞𝙨 𝙨𝙚𝙗𝙖𝙜𝙖𝙞 𝙨𝙖𝙝𝙞𝙝, 𝙝𝙖𝙨𝙖𝙣, 𝙙𝙖𝙞𝙛 𝙙𝙖𝙣 𝙥𝙖𝙡𝙨𝙪?
Dulu-dulu, main ambil sahaja yg mana kata hadis. Tapi sekarang dah tak keliru sebab dah ada ilmu mustolah hadis.
Alhamdulillah, tak rugi belajar ilmu agama.
Jangan biarkan diri kita jahil tentang ilmu hadis. Jom sertai kelas istimewa kali ini!
Tempat sangat TERHAD.
DAFTAR SEKARANG⬇️
www.wasap.my/601155186473/mustolahhadis
03/08/2025
𝘽𝙖𝙝𝙖𝙜𝙞𝙖𝙣 𝙁𝙚𝙚𝙙𝙗𝙖𝙘𝙠 𝙋𝙚𝙡𝙖𝙟𝙖𝙧
Disclaimer: Bahagian ini hanya untuk pelajar sahaja.
Apa kata mereka yang telah menyertai program kami:
21/07/2025
Nota bahasa Arab | Ayat-ayat harian
_____________________________
دَعْنِي أُساعِدك
Biar aku tolong engkau.
دَعْنِي أشرَح لَك
Biar aku terangkan untuk engkau.
أَعْطِني مجالًا لأن أتَكَلَّم
Berikan aku ruang untuk bercakap.
خُذْ حِذْرَكَ مِنه
Hati-hati dengan dia.
ارْفَعْ رأسَكَ وافْتَخِرْ بِنفسِك
Angkat kepala kamu dan banggalah dengan diri kamu.
لا تَدَعْ الشيطانَ يُثَبِّطك
Jangan biarkan syaitan lemahkan kamu.
وَسِّعْ أُفُقَك
Luaskan ufukmu.
لا تَتَرَدَّدْ
Jangan teragak-agak.
لا تَسْتَصْغِرْ أحَدًا
Jangan perkecilkan sesiapa pun.
لا تَفْضَحْني أمامَ الناسِ
Jangan malukan aku depan orang.
لا تَخْسَرْ ثِقَتَهُ بِك
Jangan hilangkan kepercayaannya terhadap kamu.
credit to: Nota Bahasa Arab
16/07/2025
Jom belajar Bahasa Arab!
Nota Terjemahan | Terjemahan perkataan أصحاب di dalam al-Quran
________________________________
1. Perkataan أصحَاب adalah jamak kepada صَاحِب atau jamak kepada صَحْب. Kata akarnya adalah صُحْبَة yang bermaksud keberadaan sesuatu di sesuatu tempat secara berterusan atau untuk tempoh yang lama. Terjemahannya adalah "orang-orang yang...." [ Yang terlibat atau dikaitkan dengan sesuatu tempat, peristiwa, kejadian atau tindakan ] Contohnya :
هؤلاء أَصْحَابِي
“Mereka ini adalah orang-orang yang telah lama bersama-samaku. [ Mereka ini adalah sahabat-sahabat aku. ]
مَا بِصَاحِبِكُم مِّن جِنَّةٍ - سبأ : ٤٦
"Tidak ada pun penyakit gila pada orang yang telah lama bersama-sama kamu ini".
Rasulullah saw digambarkan sebagai seorang yang telah lama berada bersama-sama mereka. Kalaulah ada penyakit gila sudah pasti perkara itu sudah lama diketahui.
وَالَّذِينَ كَفَرُوا وَكَذَّبُوا بِآيَاتِنَا أُولَٰئِكَ أَصْحَابُ النَّارِ ۖ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ - البقرة : ٣٩
"..... Mereka itu adalah para penghuni neraka / orang-orang yang akan menghuni neraka ..."
وَمَا جَعَلْنَا أَصْحَابَ النَّارِ إِلَّا مَلَائِكَةً - المدثر : ٣١
"Dan kami tidak jadikan pengawal-pengawal Neraka melainkan daripada kalangan Malaikat."
2. Kaedah menterjemahkan أصحاب sebagai "orang-orang yang... dan dikaitkan dengan tempat atau kejadian" terpakai kepada kebanyakan perkataan أصحاب yang terdapat di dalam al-Quran. Perhatikan contoh-contoh berikut :
فَأَصْحَابُ الْمَيْمَنَةِ مَا أَصْحَابُ الْمَيْمَنَةِ - الواقعة : ٨
"Orang-orang yang menerima suratan amal dengan tangan kanan."
قُتِلَ أَصْحَابُ الْأُخْدُودِ - البروج : ٤
"Hancur musnahlah orang-orang yang menggali parit itu."
كَمَا لَعَنَّا أَصْحَابَ السَّبْتِ - النساء : ٤٧
"Sebagaimana kami melaknat orang-orang yang melanggar larangan berkerja pada hari Sabtu."
أَمْ حَسِبْتَ أَنَّ أَصْحَابَ الْكَهْفِ وَالرَّقِيمِ - الكهف : ٩
"...orang-orang yang lari menyelamatkan diri di dalam gua dan nama mereka tertulis di atas sekeping papan."
وَإِن كَانَ أَصْحَابُ الْأَيْكَةِ لَظَالِمِينَ - الحجر : ٧٨
"Dan sesungguhnya orang-orang yang menghuni Aikah adalah orang-orang yang zalim." ( Atau terus terjemah penduduk Aikah)
وَلَقَدْ كَذَّبَ أَصْحَابُ الْحِجْرِ الْمُرْسَلِينَ- الحجر : ٨٠
"Dan demi sesungguhnya orang-orang yang tinggal di Hijr telah mendustakan Rasul-rasul. (Atau terus terjemah penduduk Hijr)
3. Perkara yang sama juga dilakukan pada أصحاب مدين, أصحاب الصراط السوي, أصحاب السفينة, أصحاب القرية, أصحاب الرس, أصحاب اليمين, أصحاب الشمال, أصحاب القبور, أصحاب المشئمة, أصحاب الفيل dan lain-lain.
credit to: Nota Bahasa Arab
05/07/2025
🌿 𝗣𝗲𝗻𝗴𝗮𝗹𝗮𝗺𝗮𝗻 𝗕𝗲𝗹𝗮𝗷𝗮𝗿 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗠𝗲𝗻𝘆𝗲𝗻𝘁𝘂𝗵 𝗛𝗮𝘁𝗶
"𝘈𝘭𝘩𝘢𝘮𝘥𝘶𝘭𝘪𝘭𝘭𝘢𝘩... 𝘴𝘦𝘣𝘦𝘭𝘶𝘮 𝘯𝘪 𝘴𝘢𝘺𝘢 𝘤𝘶𝘣𝘢 𝘣𝘢𝘤𝘢 𝘯𝘰𝘵𝘢 𝘵𝘢𝘱𝘪 𝘵𝘢𝘬 𝘧𝘢𝘩𝘢𝘮. 𝘓𝘦𝘱𝘢𝘴 𝘮𝘢𝘴𝘶𝘬 𝘬𝘦𝘭𝘢𝘴, 𝘢𝘭𝘩𝘢𝘮𝘥𝘶𝘭𝘪𝘭𝘭𝘢𝘩 𝘣𝘰𝘭𝘦𝘩 𝘧𝘢𝘩𝘢𝘮 𝘥𝘦𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘣𝘢𝘪𝘬."
Itulah antara luahan ikhlas pelajar kami dalam Sijil Al-Quran dan Sunnah, salah satu modul utama dalam program Pengajian Sijil Islam anjuran AM Islamic Education Center.
05/07/2025
✨ "𝗗𝗮𝗿𝗶 𝗞𝗶𝘁𝗮𝗯 𝗸𝗲 𝗦𝗸𝗿𝗶𝗻: 𝗜𝗹𝗺𝘂 𝗧𝗮𝗻𝗽𝗮 𝗦𝗲𝗺𝗽𝗮𝗱𝗮𝗻"
𝗠𝗼𝗱𝘂𝗹 𝗘𝗸𝘀𝗸𝗹𝘂𝘀𝗶𝗳: 𝗣𝗲𝗻𝗴𝗮𝗷𝗶𝗮𝗻 𝗦𝗶𝗷𝗶𝗹 𝗜𝘀𝗹𝗮𝗺
Program ini dibangunkan sebagai usaha untuk menyampaikan ilmu Islam secara sistematik, mendalam dan mudah diakses oleh pelajar. Modul-modul ini disusun oleh sekumpulan pelajar daripada Fakulti Pengajian Islam, Universiti Malaya, Universiti Al-Bayt dan Universiti Al-Azhar, dengan penekanan terhadap kandungan yang berpaksikan al-Quran dan al-Sunnah.