Kesedaran Nilai Etika: ISU JUDI

Kesedaran Nilai Etika: ISU JUDI

Share

Halaman ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang kesan negatif judi terhadap masyarakat

5 Negara Ketagih Judi Online! 12/04/2025

MOHD SYAUKI ISMA BIN YUSSOF
302565
Kump**an 8

5 Negara ketagih judi online

5 Negara Ketagih Judi Online! Negara paling ketagih judi dalam talian

12/04/2025

MOHD SYAUKI ISMA BIN YUSSOF
302565
Kump**an 8

JUDI; MUDARAT KEPADA MASYARAKAT

Banyak orang gila judi

Banyak orang gila judi

Hai judi merosak diri

Merosak diri

Banyak yang setengah mati

Akibat judi

– Petikan lagu Gila Judi nyanyian Allahyarham Datuk M. Daud Kilau



JUDI.



Adakah kita memahami apa yang dimaksudkan dengan judi? Pada kebiasaannya, judi merujuk kepada pertaruhan yang biasanya melibatkan wang mahupun barang berharga bagi mendapatkan keuntungan melalui suatu tindakan. Pada masa kini terdapat pelbagai kaedah dan cara untuk berjudi, seperti pertaruhan dalam acara-acara sukan, pertaruhan di kasino dan pusat-pusat perjudian, pertaruhan nombor ekor, bahkan melibatkan permainan daun terup bersama-sama rakan atau kenalan semasa penganjuran acara bersama keluarga dan rakan-rakan.



Seseorang itu tidak akan terlibat dengan judi jika tiada tarikan dan sebabnya. Oleh itu, mengapa seseorang itu berjudi? Antara faktor yang menarik minat seseorang untuk terlibat dengan kegiatan judi adalah seperti berikut:

Hiburan dan rekreasi
Peluang menambah pendapatan
Ketagihan dan keseronokan ketika menang pertaruhan
Peluang mengaplikasi kemahiran ramalan dan pengetahuan
Budaya setempat
Penyelesaian masalah emosi


Daripada perspektif agama Islam, judi dianggap sebagai aktiviti yang tidak dibolehkan ataupun HARAM. Pandangan ini adalah berdasarkan kepada ajaran al-Quran dan hadis Nabi Muhammad S.A.W yang menekankan pentingnya keadilan, menjaga harta benda, dan menghindari amalan mahupun kegiatan yang boleh mendatangkan kerugian kepada individu dan masyarakat. Oleh itu, umat Islam diajarkan untuk menghindari judi dan memilih sumber serta cara yang halal selari dengan ajaran agama dalam mencari nafkah dan memenuhi keperluan hidup.



FIRMAN ALLAH DI DALAM SURAH AL-BAQARAH (2:219), MEREKA BERTANYA KEPADAMU TENTANG KHAMAR DAN JUDI, KATAKANLAH “PADA KEDUANYA TERDAPAT DOSA YANG BESAR DAN BEBERAPA MANFAAT BAGI MANUSIA, TETAPI DOSA KEDUANYA LEBIH BESAR DARI MANFAATNYA.”


Selain daripada itu, hadis Nabi Muhammad S.A.W. juga jelas menegaskan larangan terhadap perjudian. Salah satunya menyatakan bahawa “setiap penjudi diberikan kecelakaan, dan setiap penjudi adalah dalam keadaan mabuk selama ia berjudi.”



Meskipun terdapat aspek hiburan dalam judi bagi sebilangan individu, lebih ramai cenderung terlibat dengan judi semata-mata tujuan mendapatkan keuntungan dari segi wang. Namun adalah lebih penting untuk sedar dan mengambil perhatian bahawa lebih banyak keburukan dan mudarat sekiranya seseorang individu itu terlibat dalam perjudian seperti berikut:

Ketagihan
Masalah Kewangan
Masalah Kesihatan Mental
Masalah Hubungan Kekeluargaan
Masalah Dengan Penguatkuasaan Undang-Undang / Jenayah
Kerugian Produktiviti
Risiko Terhadap Kesihatan


Di Malaysia pada masa kini, lesen operasi perjudian dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia (M*F) manakala Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) p**a mengeluarkan lesen premis perniagaan bagi tujuan menjalankan aktiviti perjudian berpandukan lesen operasi yang dikeluarkan oleh M*F. Namun demikian, M*F telah menetapkan syarat lesen dan penguatkuasaan undang-undang yang ketat kepada pemegang lesen bagi memastikan industri perjudian dapat dikawal dengan berkesan dan memastikan perjudian tidak mendatangkan masalah sosial seperti ketagihan judi melampau. Untuk makluman, pada masa kini tiada lagi pengeluaran lesen premis perjudian dikeluarkan di negeri Kedah, Perlis, Terengganu dan Kelantan.



Kesimp**annya, adalah penting untuk kita memahami bahawa judi bukanlah jalan penyelesaian kepada masalah kewangan mahupun emosi, malah ia akan mendatangkan lebih banyak masalah dan kemudaratan di kemudian hari. Bagi yang mempunyai masalah obses dan ketagihan judi, seeloknya dapatkan bantuan dan nasihat daripada pengamal perubatan dalam bidang kesihatan mental supaya ianya dapat mengawal dan membendung keinginan untuk terus-terusan terlibat dalam perjudian.

12/04/2025

MOHD SYAUKI ISMA BIN YUSSOF
302565
Kump**an 8

Mencegah Kecanduan Judi Online Sebelum Terlambat

12/04/2025

MOHD SYAUKI ISMA BIN YUSSOF
302565
Kump**an 8

Kajian berkenaan judi boleh dilihat dari pelbagai sudut — agama, psikologi, ekonomi, dan sosial. Berikut adalah ringkasan dari pelbagai aspek:

1. Dari Sudut Agama (Islam)
Hukum: Judi adalah haram dalam Islam, berdasarkan dalil daripada Al-Quran:
"Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya arak, judi, pemujaan berhala dan menenung nasib adalah najis daripada perbuatan syaitan. Maka jauhilah ia supaya kamu berjaya."
— (Surah Al-Ma'idah: 90)
Sebab diharamkan:
Menggalakkan ketagihan dan kerugian.
Mengambil harta secara tidak sah.
Merosakkan akhlak dan iman.

2. Dari Sudut Psikologi
Judi boleh menyebabkan ketagihan (gambling addiction), yang diiktiraf sebagai satu penyakit mental (dalam DSM-5).
Akibat ketagihan:
Kemurungan, tekanan, kegelisahan.
Konflik keluarga.
Pemikiran untuk membunuh diri.

3. Dari Sudut Ekonomi
Judi membawa kepada kerugian kewangan besar:
Hilang simpanan, berhutang, muflis.
Walaupun ada yang menang, sistem judi direka supaya operator sentiasa untung, bukan pemain.
Kesan ekonomi kepada masyarakat:
Meningkatkan kemiskinan.
Mengalihkan wang daripada aktiviti ekonomi yang produktif.

4. Dari Sudut Sosial
Judi boleh menyebabkan:
Pecah belah keluarga.
Kegiatan jenayah (kecurian, penipuan untuk dapatkan duit judi).
Masalah sosial lain seperti pengabaian tanggungjawab terhadap anak/keluarga.

12/04/2025

Mohamad Haniff Bin Nordin
302548
Kump**an 8

12/04/2025

MOHD SYAUKI ISMA BIN YUSSOF
302565
Kump**an 8

STOP BERJUDI ! ❌
Judi hanya akan membuatmu rugi

12/04/2025

MOHD SYAUKI ISMA BIN YUSSOF
302565
Kump**an 8

Ingat sebelum kena membawa padah !

12/04/2025

Mohamad Haniff Bin nordin
No matrik:302548

23/03/2025

ZULKARNAIN BIN ZULKIFLI
302644
KUMPULAN 8

🎰 JUDI: Jalan Singkat yang Menjanjikan Janji Palsu
Ramai yang bermula hanya untuk 'cuba-cuba'.
"Main seround je, nak isi masa lapang."
"Tak rugi apa pun, nasib je ni."

Tapi realitinya — ramai yang tersangkut, tenggelam perlahan-lahan tanpa sedar.

💸 Dari RM10 jadi RM100...
💳 Dari simpanan jadi pinjaman...
💥 Dari gaji bulanan, jadi hutang berpanjangan.

Lama-kelamaan, apa yang dikejar hanyalah bayangan kemenangan, tapi apa yang datang hanyalah:
❗ Tekanan jiwa
❗ Kehilangan harta
❗ Pergaduhan rumah tangga
❗ Kepercayaan keluarga yang musnah

Judi bukan hiburan. Ia ketagihan halus yang memusnahkan secara senyap.
Ia mencipta ilusi kekayaan, padahal hakikatnya hanya menambah kemiskinan dan keputusasaan.

Jangan gadaikan maruah dan masa depan hanya kerana ingin "cuba nasib".
Berhentilah sebelum terlambat.

🔒 Lindungi diri.
💔 Lindungi keluarga.
🚫 Katakan TIDAK kepada JUDI.

06/03/2025

Haisah binti Awang
302532
Kump**an 8

Kesan perjudian mengancam integriti keluarga, daripada konflik antara suami isteri, keganasan rumah tangga, sehinggalah kes penceraian yang terus meningkat.

25/02/2025

302704 - Nurul Shahira (Kump 8)

Hukum berjudi dari sudut agama Islam. Jom stop sebelum terlambat 🥰 Sama sama perbaiki diri

Want your school to be the top-listed School/college in Putrajaya?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Website

Address

Putrajaya