26/05/2025
DPP Unisza Putrajaya 2024/2025
Dikendalikan oleh pelajar DPP UniSZA kohort 24/25 bertempat di UniSZA@Putrajaya
26/05/2025
22/05/2025
🎒 [KEM BINA INSAN GURU (BIG) 2025] 🌿
Dengan penuh semangat dan keterujaan, seramai 15 orang pelajar Universiti Sultan Zainal Abidin - FB Rasmi di bawah Pengajian Fakulti Kontemporari Islam (FKI) iaitu Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (DPP) sesi 2024/2025 yang bertempat di UniSZA Putrajaya bakal menyertai Kem Bina Insan Guru (BIG) yang akan berlangsung selama 3 hari 2 malam bermula 22-24 May 2025 bertempat di Kem Merang, UniSZA Terengganu.
Kem ini bukan sekadar sebuah program luar bilik darjah, tetapi medan untuk kami membina jati diri, mengasah sahsiah, dan memperkukuh nilai-nilai murni sebagai bakal pendidik. Ia bakal menjadi pengalaman yang menguji ketahanan fizikal dan emosi, namun kami percaya ia akan membentuk kami menjadi guru yang lebih cekal, berintegriti, dan berjiwa besar.
Doakan agar program ini berjalan dengan lancar dan kami pulang membawa pengalaman yang mematangkan serta menjadi inspirasi untuk terus berbakti dalam dunia pendidikan.
/2025
26/04/2025
24/04/2025
Selamat Menduduki Peperiksaan Akhir Semester II Sesi Akademik 2024/2025 kepada seluruh mahasiswa program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (DPP) Universiti Sultan Zainal Abidin.
Semoga Allah SWT mempermudahkan segala urusan kalian dan memberi kelancaran untuk menjawab soalan-soalan peperiksaan kelak.
رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي يَفْقَهُوا قَوْلِي
“Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku, dadaku; Dan mudahkanlah bagiku, tugasku; Dan lepaskanlah simpulan dari lidahku, Supaya mereka faham perkataanku.”
Bittaufiq Wannajah!
Ikhlas Daripada,
Pusat Pemindahan Ilmu dan Pendidikan Berterusan
UniSZA@Putrajaya
24/04/2025
Tahniah dan selamat datang kami ucapkan kepada pelajar baharu program Diploma Pascasiswazah Pendidikan Ambilan Mac 2025 ke Universiti Sultan Zainal Abidin!
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Contact the school
Telephone
Address
Putrajaya
62502