Cerrita Kita

Cerrita Kita

Share

Di sini, kita bincang benda real, bukan drama.

Selamat datang ke Podcast Cerrita Kita
Ini tempat sembang santai isu keluarga, hubungan suami isteri, parenting, kewangan rumah tangga, undang-undang syariah, ibadah keluarga, serta cabaran saudara baru.

07/01/2026

Duduk serumah.
Tidur sebilik.
Tapi tak bersentuhan berbulan-bulan.
Bukan sebab benci.
Bukan sebab orang ketiga.
Tapi sebab hati dah lama menjauh.

Dalam Episod 2 Podcast Cerrita Kita, Ustaz Firdauz Shurkan bersama Ustaz Farid Japeri membongkar satu realiti yang ramai pasangan alami, kesunyian dalam perkahwinan yang sah.

Kenapa sentuhan semakin hilang?
Kenapa pelukan jadi canggung?

Dan kenapa ada suami isteri yang lebih selesa berpaling ke telefon daripada berpaling kepada pasangan sendiri?

Episod ini menyentuh:
– Punca emosi yang membuatkan pasangan “mati rasa”
– Kesilapan kecil yang berulang, akhirnya mematikan keinginan
– Peranan suami dan isteri dalam memulihkan keintiman
– Dan kenapa sentuhan bukan soal nafsu, tapi bahasa jiwa

Ramai menyangka masalah bermula di luar rumah.

Hakikatnya, ia bermula dalam diam.
🎧 Episod ini wajib dengar jika:
✔️ Hubungan terasa dingin walaupun tinggal bersama
✔️ Pelukan terasa janggal, bukan lagi tempat tenang
✔️ Anda mahu menyelamatkan rumahtangga sebelum terlambat

Kerana rumahtangga tidak runtuh dengan jeritan… Tetapi dengan senyap yang berpanjangan.

📌Podcast Cerrita Kita
Cerita yang orang malu nak cerita.
Tapi ramai sedang lalui.

07/01/2026

Kisah di sebuah pusat kursus kahwin di Kuala Lumpur mendedahkan perkara yang sama. Walaupun surau disediakan di depan mata dan waktu rehat cukup untuk solat, majoriti bakal suami tetap mengabaikannya.

Suami ada 5 tanggungjawab asas:
Tanggungjawab pada Allah & Rasul
Tanggungjawab pada ibu bapa
Mas kahwin kepada isteri
Nafkah zahir
Nafkah batin

Jangan ambil mudah bab solat. Inilah generasi yang bakal memimpin keluarga kita akan datang. Realiti pahit: 80% hingga 85% orang Islam dikatakan tidak solat 5 waktu? 😱
Sedih bila dengar pendedahan urus setia kursus kahwin ni. Kita bimbang dengan generasi keluarga yang bakal dilahirkan kalau asas agama pun tidak diamalkan.

Wahai bakal-bakal imam, jom kita perbaiki diri sebelum melangkah ke alam perkahwinan. Solat bukan pilihan, tapi kewajipan sebagai hamba dan ketua keluarga. 🛡️✨

07/01/2026

Kahwin seawal usia sekolah menengah? 😔 Bukan sebab sedia, tapi terpaksa.

Ustaz kongsi kisah benar peserta kursus kahwin yang masih nampak 'kebudak-budakan'. Bila ditanya, rupanya ada sejarah ditangkap khalwat. Tapi puncanya jauh lebih mendalam iaitu kurang kasih sayang dan bimbingan ayah akibat perceraian. 💔
Keluarga adalah pembentuk utama karakter anak-anak. Bila 'guide' itu tak ada, anak-anak mudah hilang arah.

Ustaz dedahkan realiti pahit:
Ditangkap khalwat masa sekolah
Tiada figura ayah sebagai contoh
Kurang bimbingan keluarga
Jadikan ini pengajaran buat kita semua. Keluarga adalah benteng utama! 🛡️


07/01/2026

Ayah itu bukan sekadar pencari nafkah.
Dia ketua, imam, pendidik dalam rumah.

🎙️ Ustaz Farid Japeri kongsi satu hakikat besar ,
lelaki qawwam bukan yang paling kuat suara,
tapi yang paling kuat tanggungjawab.

👨‍👩‍👧‍👦 Memimpin isteri dengan hikmah,
mendidik anak dengan contoh,
bukan hanya arah & marah.

Ayah yang betulmtak perlu banyak cakap tentang kuasa,
akhlaknya sendiri sudah jadi pelajaran.

Rumah yang terarah lahirkan anak yang tahu hala tuju.

🎧 Episod ni buat kita tanya diri
aku ayah yang ditakuti…
atau ayah yang diteladani

💬 Apa erti qawwam pada pandangan kau

👇

‪‪

07/01/2026

Ramai kejar kejayaan di luar…tapi lupa satu hakikat besar bahawa kejayaan sebenar bermula dari rumah.

🎙️ Ustaz Farid Japeri kongsi dengan jujur mengenai , dia jadi siapa hari ini bukan semata-mata sebab diri sendiri, tapi sebab didikan, sokongan & suasana keluarga.

👨‍👩‍👧‍👦 10 adik-beradik. 8 masuk universiti, 2 ke sekolah pondok, ada yang sampai PhD.

Bukan kebetulan. Itu hasil parenting, contoh ayah, perhatian ibu
Beliau terlibat dengan rumah pemulihan dadah & sosial, dan satu pola jelas dia nampak:

👉 banyak masalah dewasa bermula dari rumah yang retak.
Nabi SAW dah pesan, anak itu umpama kain putih. Ibu Bapa di rumah yang mencorakkannya.

🎧 Episod ni buat kita renung, kalau nak ubah masyarakat, betulkan rumah dulu.

💬 Simpan Video Ni..

06/01/2026

🎙️ Ustaz Farid kongsi kisah hidup yang jarang orang cerita,
ayahnya seorang ustaz, selalu mengajar di masjid dan surau.
Beliau bukan sekadar dengar nasihat, tapi melihat contoh setiap hari.

🛵 Pernah jadi “pilot” bawa ayah naik motor dari kampung ke kampung untuk mengajar.

Tak ada lesen, tak ada glamor.
Yang ada cuma tanggungjawab & bakti.
Kajian kata, 75% diri anak terbentuk dari apa yang dia lihat daripada ibu ayah, dan inilah realiti yang membentuk cara fikir guest hari ini

Kadang kita tak faham kenapa ayah begitu.
Bila dewasa baru sedar,
ayah bukan nak anak selesa , ayah nak anak kuat.

💬 Ayah anda macam mana membentuk hidup anda hari ni?
👇 Komen

06/01/2026

Ramai orang cakap,
“Kita kena kembali kepada Allah.”
Tapi bila ditanya… macam mana sebenarnya nak kembali?
Ramai terdiam.

🎙️ Guest kongsi satu realiti yang jujur
kita pandai sebut ayat besar,
tapi tak pernah diajar langkah kecil.
Kembali kepada Allah bukan tunggu jadi baik dulu.
Bukan tunggu hidup tenang dulu.

Kadang ia bermula dengan
👉 sedar diri sedang jauh,
👉 mengaku lemah,
👉 dan berani mula walau perlahan.
Masalah masyarakat hari ini
bukan tak nak kembali,
tetapi tak tahu pintu mana nak diketuk.

Episod ni bukan menghukum,
tapi mencari jalan p**ang.
💬 Pada kau, apa maksud “kembali kepada Allah”?
👇 Tulis di komen.

06/01/2026

Ibu ayahnya guru & ustaz/ustazah di sekolah tempat dia belajar.
🏫 Setiap hari bukan saja belajar dalam kelas,
tapi belajar hidup terus dari rumah ke sekolah.

😐 Ayahnya garang. Tegas. Banyak pantang larang.
Masa kecil, dia tak faham.

Bila dewasa, baru sedar ketegasan itulah yang membentuk cara dia berfikir hari ini.

Kadang ayah tak pandai pujuk,
tapi dia pandai menyediakan anak untuk dunia yang keras.

06/01/2026

Ramai orang tersalah sangka pasal Kuala Kurau & Batu Kurau 😅
📍 “Durian Kuala Kurau sedap kan?”
❌ Salah tempat, tu Batu Kurau.
🐟 Kuala Kurau terkenal dengan
ikan segar, hasil laut, nelayan & bau masin angin pantai.
🍃 Batu Kurau p**a kawasan darat, dusun durian, kampung orang bukit.

06/01/2026

🎙️ Bercerai Umur 60 Lepas Dapat Duit Pencen : Episod 1

Bercerai bukan masa muda.
Tapi selepas umur 60.
Selepas pencen masuk.
Selepas anak semua dah besar.
Kenapa perkahwinan yang bertahan puluhan tahun…
akhirnya runtuh di penghujung usia?

Dalam episod pertama Podcast Cerrita Kita, Ustaz Firdauz Shurkan bersama Ustaz Farid Japeri membuka satu kisah yang ramai orang takut nak bincang, kisah realiti rumahtangga yang hanya bertahan kerana keperluan, bukan kerana kebahagiaan.

Apabila duit pencen masuk, kuasa berubah.
Apabila tanggungjawab anak selesai, topeng mula jatuh.
Luka lama yang disimpan bertahun-tahun… akhirnya menuntut jawapan.

Episod ini membincangkan:
– Kenapa ada pasangan “nampak bahagia” tapi sebenarnya kosong
– Bagaimana duit boleh menguji niat dan kesetiaan
– Kesilapan suami isteri yang dianggap kecil, tapi terkumpul jadi bom jangka masa
– Dan pengajaran besar untuk pasangan yang masih ingin menyelamatkan rumahtangga

Ini bukan cerita untuk menjatuhkan sesiapa.
Ini cerita untuk menyedarkan jiwa jiwa, supaya kita tidak menunggu usia tua untuk menyesal.

🎧 Wajib dengar jika anda:
✔️ Sudah berkahwin lama
✔️ Sedang bertahan tanpa bahagia
✔️ Atau ingin membina rumahtangga yang kuat hingga akhir hayat

Kerana rumahtangga bukan diuji di awal perkahwinan…
Tetapi ketika semuanya sudah dimiliki.

📌 Podcast Cerrita Kita
Cerita sebenar rumahtangga.
Bukan kisah indah semata-mata.

Want your school to be the top-listed School/college in Putrajaya?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Address


Putrajaya