28/07/2025
Kenyataan Media
28/7/25
Demonstrasi Turun Anwar dan Strategi musuh Islam.
1. Jika dilihat kepada 'timing' demonstrasi, ia kelihatan serba tak kena jika kita hanya memandang ke dalam (domestik). Memang ada yang bingung kenapa Anwar mesti diturunkan.
2. Ini terbukti apabila para peserta tak pasti siapakah yang layak menggantikan Anwar. Ada yang salah sebut nama pemimpin utama PAS yang dikatakan layak memimpin negara.
3. Ditambah dengan penegasan para ulama' yang mahukan kestabilan politik negara dipertahankan. Tanpa berselindung para ulama' menyatakan pendirian untuk mendokong Anwar sebagai pemimpin negara bagi penggal ini.
4. Rakyat makin keliru apabila Anwar sendiri mengumumkan penurunan harga Petrol Ron 95 walaupun ia sudah menjadi antara harga termurah di dunia. Bantuan SARA untuk setiap rakyat yang berumur 18 tahun ke atas, menambah kekeliruan masyarakat kenapa Anwar perlu diturunkan.
5. Jika kita meneliti lebih luas lagi, kita mungkin akan mengetahui sebab-musababnya.
6. Politik dunia mula mendung dengan kemenangan kali kedua Trump sebagai Presiden Amerika. Donald Trump memperkenalkan 'Reciprocal Tariff' menggoncangkan ekonomi dunia. Malaysia di bawah kepimpinan Anwar Ibrahim berusaha sedaya upaya mempertahankan kedaulatan negara dari digugat menerusi perang ekonomi.
7. Kecaman demi kecaman Dato' Seri Anwar Ibrahim terhadap sekutu rapat Amerika iaitu Israel tanpa berselindung mengundang reaksi kurang senang kedua-dua negara. Keberanian Anwar serta ketegasannya tanpa memilih pentas menyaksikan dia menonjol sebagai pemimpin Islam paling berani memperjuangkan hak rakyat Palestin.
8. Strategi Anwar mengimbangi hubungan antarabangsa Malaysia dengan pelbagai blok negara menimbulkan kewaspadaan Amerika terhadap beliau. Kemesraan dengan Presiden Rusia, keakraban dengan Presiden China, membuka mata bahawa Anwar diterima di semua belahan dunia.
9. Simpati dan sokongan kuasa dunia ini, Rusia dan China ,terhadap perjuangan rakyat Palestin boleh mengubah polar sokongan dalam kuasa veto dunia. Inilah kebimbangan Israel dan sekutunya Amerika.
10. Pada mereka kemaraan Anwar mesti dilemahkan. Pengaruh Anwar mesti dicacatkan. Persepsi bahawa Anwar mempunyai sokongan yang padu dari rakyat mesti dirosakkan.
11. Lalu inilah yang berlaku pada 26/7/25. Ia terbukti dengan laporan media Barat yang hanya mengambil sudut yang memburukkan nama Anwar Ibrahim.
12. Laporan Reuters memetik :
'Protester Nur Shahirah Leman, 23, a member of an Islamic students' group, said she was worried that new taxes as well as higher electricity tariffs imposed on large businesses would eventually be passed down to consumers. "These taxes are levied on manufacturers, so it would automatically affect the prices of food," she said.
13. Channel News Asia yang berpengkalan di Singapura melaporkan seperti mana yang dilaporkan oleh AFP:
"He (Anwar) has already governed the country for three years and has yet to fulfil the promises he made," said protester Fauzi Mahmud, 35, from Selangor just outside the capital.
Anwar "has been to many countries to bring investments, but we have yet to see anything," Fauzi told AFP, referring to the premier's recent trips, including to Russia and Europe. The cost of living is still high," the engineer said.
14. Tidak cukup dengan itu, Bloomberg p**a melaporkan seperti yang dipetik oleh sebuah portal berita antarabangsa :
Mahathir Mohamad, the 100-year-old former prime minister who was in office in 2018, headlined Saturday’s rally, where he questioned Anwar’s legitimacy, while pointing out that his government was made of a loosely cobbled alliance following inconclusive elections three years ago.
"You are not Prime Minister due to the people’s choice,” Mahathir said. “Now the people want you to resign, you don’t qualify to be PM anymore.”
15. Jelas sekali laporan-laporan yang dibuat adalah untuk merosakkan imej Anwar di peringkat antarabangsa. Maka sudah terjawablah tujuan sebenar demonstrasi ini.
16. Donald Trump tersenyum bersama Netanyahu melihat seorang lagi pemimpin Islam berjaya dilemahkan oleh satu pihak yang berjuang atas nama Islam.
17. Amaran yang dikeluarkan oleh Tan Sri Razaruddin Husain, bekas Ketua Polis Negara pada November 2023 yang lalu, bahawa PDRM sedang memerhatikan dan mengumpulkan semua maklumat berkaitan agensi perisikan Israel iaitu Mossad di negara kita menguatkan lagi keyakinan kita.
18. Mengingatkan kembali hikmah kata-kata Tuan Guru Sheikh Wazir Che Awang yang mahu kestabilan negara dipertahankan di bawah kepimpinan Dato' Seri Anwar Ibrahim bagi memelihara umat dari terjerumus ke dalam perangkap musuh Islam.
Amidi bin Abdul Manan,
Pengarah,
Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama Keadilan
Ahli Majlis Pimpinan Pusat Keadilan.