14/05/2026
๐ MAJLIS PENUTUP PROGRAM LATIHAN KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL POLITEKNIK DAN KOLEJ KOMUNITI 2026
๐
14 Mei 2026
๐ Hotel The Pearl, Kuala Lumpur
Bahagian Instruksional dan Pembelajaran Digital (BIPD), Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) telah menganjurkan Majlis Penutup Program Latihan Kepimpinan Instruksional Politeknik dan Kolej Komuniti 2026 yang telah disempurnakan oleh YBrs. Ts. Abdul Razak bin Sabtu, Timbalan Ketua Pengarah (Governan), JPPKK.
Turut hadir, YBrs. En. Zaidi bin Othman, Pengarah Bahagian Instruksional dan Pembelajaran Digital (BIPD), JPPKK.
Program selama 3 hari 2 malam ini telah menghimpunkan seramai 36 orang pensyarah PolyCC yang dilantik sebagai Pakar Instruksional PolyCC 2026. Pelantikan ini merupakan julung kali dilaksanakan pada tahun 2026 sebagai satu pengiktirafan dan amanah besar kepada pensyarah terpilih dalam memperkasa budaya pengajaran dan pembelajaran berkualiti di institusi masing-masing.
Sepanjang program berlangsung, peserta telah mengikuti pelbagai sesi latihan yang dikendalikan oleh barisan pakar dan penceramah daripada UKM, TVET Consultant, PMJB, P*S dan PNS dengan memberi penekanan kepada lima teras utama iaitu:
โช๏ธ Konteks TVET Pendidikan Tinggi dan Kepimpinan Instruksional
โช๏ธ Kepimpinan Pedagogi dan Reka Bentuk Pembelajaran Berasaskan OBE
โช๏ธ Transformasi Digital dan AI dalam Kepimpinan Pengajaran
โช๏ธ Penyelarasan Kurikulum dengan Industri
โช๏ธ Kepimpinan Instruksional dan Inovasi PdP
Pakar Instruksional yang dilantik akan memainkan peranan penting sebagai pemudah cara, mentor, ejen perubahan dan penggerak budaya perkongsian ilmu dalam memperkukuh amalan pedagogi serta inovasi pengajaran di PolyCC.
Majlis turut menyaksikan pelancaran eBook Playbook Learning Effective, iaitu satu panduan praktikal yang dibangunkan bagi membantu pensyarah mengaplikasikan pendekatan pengajaran yang lebih dinamik, interaktif dan relevan dengan keperluan semasa.
Playbook ini merangkumi tiga pendekatan utama:
๐น Interactive Form
๐น Technology-Based
๐น Industry-Based
Pendekatan ini memberi fokus kepada pembelajaran aktif, penggunaan teknologi dan AI dalam PdP serta pembelajaran autentik berasaskan industri. Menariknya, playbook ini turut dibangunkan oleh sebahagian daripada Pakar Instruksional PolyCC 2026 yang dilantik.
Majlis diakhiri dengan sesi penyerahan sijil pelantikan kepada semua Pakar Instruksional PolyCC 2026 sebagai simbol pengiktirafan terhadap komitmen dan kepimpinan mereka dalam memperkasakan transformasi pendidikan TVET negara.
Semoga pelaksanaan program ini menjadi pemangkin kepada pembudayaan kepimpinan instruksional yang lebih progresif, inovatif dan berimpak tinggi dalam memperkukuh ekosistem pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti selaras dengan aspirasi pendidikan TVET negara.