DOKUMENTASI WATIKAH PELANTIKAN PENGAWAS KAFA SKPP 5(1) TAHUN 2026
12 Feb 2026 | Dewan Iman SKPP5(1)
Majlis Watikah Pelantikan Pengawas telah berlangsung dengan lancar dan penuh bermakna. Pelantikan ini merupakan satu amanah dan tanggungjawab besar dalam membentuk kepimpinan serta sahsiah terpuji dalam kalangan murid.
Tahniah dan syabas kepada semua 78 orang pengawas yang dilantik. Semoga dapat menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan integriti di KAFA SKPP5(1).
KAFA SK Putrajaya Presint 5-1
KAFA SK Putrajaya Presint 5(1) merupakan sebuah instistusi pengajian Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain.
DOKUMENTASI PENUTUP MINGGU TRANSISI TAHUN 1
KAFA SK PUTRAJAYA PRESINT 5(1)
6 Feb 2026 (Jumaat)
Sepanjang minggu transisi, murid-murid telah berjaya menyesuaikan diri dengan suasana KAFA serta membina keyakinan dan semangat untuk belajar.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua guru Tahun 1 yang bertungkus-lumus menjayakan pelbagai aktiviti sepanjang minggu transisi tersebut.
DOKUMENTASI BICARA AKADEMIK UPKK DAN UPSRA
KAFA SK PUTRAJAYA PRESINT 5(1)
29 & 30 JANUARI 2026
DEWAN IMAN SKPP5(1)
Alhamdulillah, pihak KAFA telah mengadakan Program Bicara Akademik UPKK & UPSRA yang melibatkan kehadiran ibu bapa murid tahun peperiksaan.
Program ini bertujuan untuk memberi penerangan berkaitan format peperiksaan, strategi pembelajaran serta peranan ibu bapa dalam memastikan kejayaan anak-anak dalam peperiksaan UPKK dan UPSRA.
Terima kasih atas komitmen dan kerjasama semua murid, ibu bapa dan guru yang hadir. Semoga usaha bersama ini dapat meningkatkan kecemerlangan akademik murid serta mencapai sasaran yang telah ditetapkan.
18/02/2026
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Salam Ramadan Al-Mubarak kepada seluruh ibu bapa dan murid-murid KAFA SKPP5(1).
Ramadan merupakan bulan tarbiah yang mendidik jiwa agar lebih sabar, berdisiplin dan istiqamah dalam ibadah.
Semoga anak-anak dapat memanfaatkan bulan ini dengan memperbanyakkan bacaan al-Quran dan menjaga adab serta tingkah laku.
Semoga Allah SWT memberkati segala usaha dalam membentuk generasi soleh dan solehah.
Ketua Guru
KAFA SKPP5(1)
19/01/2026
Alhamdulillah, hari pertama persekolahan KAFA SK Putrajaya Presint 5(1) bagi murid Tahun 1 berjalan dengan baik hari ini.
Pelbagai ragam dan gelagat murid dapat dilihat sebagai sebahagian daripada proses penyesuaian.
Pihak pentadbiran KAFA turut mengadakan taklimat ringkas berkaitan peraturan asas murid bagi membentuk disiplin dan kefahaman awal.
Semoga anak-anak ini terus dibimbing menjadi generasi berilmu dan berakhlak mulia. InsyaAllah.
17/01/2026
Salam Israk Mikraj 1447H.
Semoga peristiwa agung ini memberi kita inspirasi dan kekuatan untuk terus mendekatkan diri kepada Allah SWT serta marilah kita hayati erti pengorbanan dan ketaatan dalam menjalankan perintah Allah SWT.
17/01/2026
Assalamualaikum w.b.t.
Baru sahaja seminggu sesi persekolahan bermula, namun kita telah dikhabarkan dengan satu perpisahan yang pastinya meninggalkan kesan mendalam dalam kalangan warga sekolah. Kita bakal kehilangan dua insan pendidik yang sangat berwibawa dan berdedikasi, iaitu Ustaz Albukhari dan Ustaz Aidy, yang akan berpindah untuk berkhidmat di sekolah lain.
Sepanjang tempoh perkhidmatan mereka di sini, pelbagai jasa dan bakti telah dicurahkan dengan penuh keikhlasan, sama ada dalam mendidik murid, membimbing sahsiah, mahupun menyumbang kepada pembangunan sekolah secara keseluruhan. Kehadiran dan komitmen mereka bukan sahaja memberi ilmu, malah menjadi contoh teladan yang baik kepada murid serta rakan sejawat.
Walaupun perpisahan ini terasa singkat dan berat untuk diterima, kami yakin pengalaman serta sumbangan yang telah ditinggalkan akan terus memberi manfaat dan menjadi kenangan yang indah buat seluruh warga sekolah. Semoga Ustaz Albukhari dan Ustaz Aidy terus cemerlang dalam amanah baharu yang dipikul, dikurniakan kesihatan yang baik serta dipermudahkan segala urusan.
Akhir kata, kami mendoakan agar Allah SWT memberkati setiap langkah kalian, melimpahkan rahmat dan ganjaran atas segala usaha mendidik yang telah dicurahkan, serta menjadikan ilmu yang disampaikan sebagai amal jariah yang berpanjangan.
20/11/2025
Alhamdulillah, tahniah wahai anak-anak soleh dan solehah yang telah selesai UPKK dengan hati yang sabar dan langkah yang dipimpin Allah.
Saya yakin semua sudah melakukan yg terbaik dan diharapkan setiap usaha kalian menjadi saksi, bahawa kalian sedang berjalan di jalan ilmu yang diberkati olehNya.
Terima kasih juga buat guru-guru atas segala ilmu yang pernah diajarkan pada mereka, moga menjadi asbab untuk kita dipimpin dan ditarik masuk ke syurgaNya.
Tahniah lg sekali buat semua guru-guru & anak-anak. 👏🏻👏🏻👏🏻
Ketua Guru
KAFA SKPP5(1)
Majlis Penyerahan Slip Keputusan UPSRA 2025 menyaksikan kegembiraan dan kesyukuran para murid serta ibu bapa. Tahniah kepada semua atas kegigihan sepanjang tahun ini. Semoga Allah memberkati ilmu dan usaha kita semua.
19/08/2025
05/08/2025
PERMOHONAN PENDAFTARAN MURID TAHUN 1 SESI 2026 KAFA SKPP 5(1)
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Assalamualaikum WBT.
Bahagian Pelajaran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan menyelaras Permohonan Kemasukan Murid Tahun 1 secara atas talian seperti ketetapan berikut:
Tarikh Permohonan:
31 Julai 2025 - 22 Ogos 2025
Keputusan Permohonan:
5 September 2025
(tertakluk kepada perubahan semasa)
Pautan Pengisian borang permohonan:
Sila imbas QR Code di gambar.
Perhatian dan kerjasama pihak tuan/puan amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Jika terdapat sebarang pertanyaan lanjut, tuan/puan boleh menghubungi talian berikut pada waktu pejabat sahaja:
*ISNIN HINGGA JUMAAT*
*11.00PG HINGGA 5.00PTG*
🔴Puan Nadiah (Kerani KAFA) : 0175030675
🔴Pejabat KAFA SKPP5 (1) : 03-88889222