SMK Putrajaya Presint 11-1

SMK Putrajaya Presint 11-1

Share

Ini adalah laman pages rasmi SMK Putrajaya Presint 11(1).

Photos from SMK Putrajaya Presint 11-1's post 18/05/2026

🏆 **TAHNIAH & SYABAS** 🏆

Sekalung penghargaan dan tahniah diucapkan kepada seluruh warga SMK Putrajaya Presint 11(1) atas kejayaan penganjuran

🎉 Kejohanan Sukan Tahunan Kali Ke-20
📅 Tahun 2026

Terima kasih kepada semua guru, atlet, peserta, pengawas, ahli jawatankuasa, petugas serta para penyokong yang telah memberikan komitmen dan semangat sepanjang kejohanan berlangsung.

Semoga semangat kesukanan, kerjasama dan perpaduan yang ditunjukkan terus mekar dalam diri setiap warga sekolah. 💪🔥

“Bersukan Dengan Semangat, Berjuang Dengan Hebat!” 🏅

Photos from SMK Putrajaya Presint 11-1's post 16/05/2026

TAHNIAH 🌟🌟🌟🌟🌟

PERTANDINGAN: Malacca Youth STEM Innovation Carnival (MYSTIC26)

Peringkat: *PAJSK@KEBANGSAAN*
(Kategori Sekolah Menengah)

NAMA SEKOLAH : SMK Putrajaya Presint 11(1)

TARIKH: 13 Mei 2026
TEMPAT: Online Mode

PENGANJUR : JPN Melaka,UTM, UTEM, SBT

*PENCAPAIAN MYSTIC2026*

1. *Gold Award* 🥇
Alea Dalili binti Mohd Khairil
Azhan (2ALK)

2 *.Silver Award*🥈
*_Team Ecovengers_*
1. Muhammad Danish Naufal bin Mohd syahid (Team Leader- 2ALF)
2. Farah Alisha binti Amirul Hakim (2 ALF)
3. Gautam a/l Govindan @ Muralitharan (2 ALF)

*GURU PEMBIMBING:*
Dr.Suguna Devi Peariasamy (Guru.SMKPP11(1))

Tahniah dan syabas kepada murid-murid SMK Putrajaya Presint 11(1) atas pencapaian cemerlang dalam pertandingan MYSTIC2026 apabila berjaya meraih anugerah GOLD dan SILVER di peringkat kebangsaan.

Kejayaan ini membuktikan bahawa usaha, kreativiti, semangat berpasukan dan daya inovasi murid-murid mampu bersaing dengan hebat. Teruskan melakar kecemerlangan dan menjadi inspirasi kepada warga sekolah.

15/05/2026

SELAMAT HARI GURU UNTUK SEMUA WARGA GURU SMK PUTRAJAYA PRESINT 11(1)

15/05/2026

Selamat Hari Guru 2026

15/05/2026
14/05/2026

GURU BITARA NADI NEGARA

Photos from SMK Putrajaya Presint 11-1's post 13/05/2026

12 MEI 2026 | MAJLIS APRESIASI KECEMERLANGAN SPM DAN ANUGERAH INSPIRASI MADANI JPWPP PUTRAJAYA

Seramai 228 pelajar cemerlang SPM 2025 dari Wilayah Persekutuan Putrajaya yang memperoleh keputusan semua A diraikan dalam Majlis Apresiasi Kecemerlangan SPM dan Anugerah Inspirasi MADANI di Dewan Seri Siantan, Perbadanan Putrajaya.

Majlis disempurnakan oleh YB Fadhlina Sidek dan turut dihadiri oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan (KPM), YBhg. Dato' Wan Hashim bin Wan Rahim; Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, YBhg. Datuk Dr. Mohd Azam bin Ahmad; Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembangunan), YBhg. Dato' Dr. Megat Sany bin Megat Ahmad Supian serta Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Putrajaya, YBrs. Encik Mohd Nadimin bin Abdul Aziz.

Sebagai komitmen memperkukuh ekosistem pendidikan, KPM turut mengumumkan beberapa inisiatif termasuk sumbangan smartboard, naik taraf bilik guru, pembiayaan Sudut Sasterawan Negara dan pelaksanaan Program Sukan untuk Gadis Remaja (SUGAR).

Majlis turut menyaksikan penyampaian Anugerah Inspirasi MADANI kepada 28 buah sekolah di WP Putrajaya atas pencapaian cemerlang dalam bidang akademik, literasi, numerasi dan peperiksaan.

Alhamdulillah, SMK Putrajaya Presint 11(1) berjaya menerima beberapa anugerah berkaitan pencapaian cemerlang SPM 2025 sempena majlis ini:
1. Anugerah Mahkota Bestari SPM 2025
2. Anugerah Saujana Prestasi SPM 2025
3. Anugerah Khas Pencapaian Lulus 100% Tahap 2 Sijil Kemahiran Malaysia Tahun 2025 (Penyediaan dan Pembuatan Makanan)
4. Anugerah Lonjakan Perdana SPM 2025
5. Anugerah Sarwajaya Intelek SPM 2025
-Kesusasteraan Tamil
-Bahasa Tamil
-Pendidikan Syariah Islamiah
-Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah
-Biologi
-Fizik
-Grafik Komunikasi Teknikal
-Sains Komputer
-Perniagaan
-Pendidikan Seni Visual
-Bahasa Arab
-Kesusasteraan Melayu Komunikatif
-Sains
-Sejarah
-Pendidikan Moral
-Bahasa Melayu
6. Anugerah Inspirasi Gemilang Sekolah Harian SPM 2025
- Perniagaan
- Sains
- Matematik
- Sejarah
7. Anugerah Transformasi Akademik SPM 2025
- Pend Al Quran dan Al Sunnah
- Perniagaan
- Matematik Tambahan
- Sains
- Matematik
- Sejarah
- Pendidikan Islam
- Bahasa Inggeris
8. Anugerah Anjakan Prestasi Akademik
-Pendidikan Al Quran dan Al Sunnah
-Biologi
-Kimia
- Fizik
- Grafik Komunikasi Teknikal
- Sains Komputer
- Ekonomi
- Perniagaan
- Prinsip Perakaunan
- Matematik Tambahan
- Pendidikan Seni Visual
- Bahasa Arab
- Sains
- Matematik
- Sejarah
- Pendidikan Moral
- Pendidikan Islam
- Bahasa Inggeris
- Bahasa Melayu
Keseluruhan anugerah yang diterima oleh SMK Putrajaya Presint 11(1) :
51 anugerah
Tahniah kepada warga pendidik SMK Putrajaya Presint 11(1) Tingkatan 1,2,3,4&5.
Kejayaan manis ini adalah rezeki daripada Allah hasil usaha dan komitmen padu daripada semua guru, warga sekolah, semua murid SMK Putrajaya Presint 11(1) dan sokongan berterusan serta doa yang tidak pernah putus daripada ibu bapa penjaga sekalian.
Moga kejayaan SPM 2025 membakar semangat untuk kita terus melakar kejayaan dalam SPM 2026.
Tahniah dan terima kasih semua.
🌸🌸🌸🌸

Tahun Ini, Tahun Kita
“Guru Bitara, Nadi Negara”






Photos from SMK Putrajaya Presint 11-1's post 12/05/2026

🗓️ 11 MEI 2026
🗒️ CAKNA HEM 5 MINIT
[KESEDARAN KESELAMATAN SEKOLAH]
OLEH CIKGU IZAMRI

Fokus kepada kesedaran aspek keselamatan sekolah untuk mengurangkan risiko kemalangan dan memupuk amalan keselamatan sebagai budaya hidup sekolah

Antara isi penyampaian guru disiplin untuk murid 11-one

🌹Keselamatan di sekolah adalah tanggungjawab bersama. Setiap murid perlu sentiasa peka terhadap peraturan demi menjaga diri dan rakan-rakan.

🌹Elakkan berlari di koridor, tangga dan kawasan sekolah bagi mengelakkan kemalangan seperti terjatuh atau terlanggar orang lain.

🌹Gunakan kemudahan sekolah dengan betul dan bertanggungjawab supaya semua warga sekolah dapat belajar dalam keadaan selamat dan selesa.
Jangan bergurau secara kasar atau bermain permainan berbahaya kerana tindakan tersebut boleh mendatangkan kecederaan.

🌹Sentiasa mematuhi arahan guru dan pengawas terutama ketika perhimpunan, aktiviti kokurikulum dan kecemasan.

🌹Laporkan segera kepada guru sekiranya melihat kemalangan, pergaduhan, buli atau situasi yang boleh mengancam keselamatan.




12/05/2026

KEM GENERASI MADANI SIRI 2

Tarikh : 10 Mei 2026. (Day 1)
Sasaran : Murid 5 IBB, 5 IBH, 5 IBK, 5 IBQ dan 5 IBR (seramai 161 org peserta)
Tempat : Kem Ulu Sepri, N. Sembilan

Want your school to be the top-listed School/college in Putrajaya?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Address

Jalan P11 J1, Presint 11
Putrajaya
62300

Opening Hours

Monday 09:00 - 05:30
Tuesday 09:00 - 05:30
Wednesday 09:00 - 05:30
Thursday 09:00 - 05:30
Friday 09:00 - 05:30