05/06/2026
Jangan lepaskan peluang mengikuti perbincangan mengenai peranan TVET dalam membina bakat masa depan, memperkasa tenaga kerja berkemahiran tinggi dan menjana impak di peringkat global.
Saluran tunggal rasmi Kerajaan bagi permohonan kursus TVET. Whatsapp (Text) 019-2318243 Hubungi kami di 0388862427 atau 0388865486
05/06/2026
Jangan lepaskan peluang mengikuti perbincangan mengenai peranan TVET dalam membina bakat masa depan, memperkasa tenaga kerja berkemahiran tinggi dan menjana impak di peringkat global.
05/06/2026
Temui kami di Hub 1 Khemah Pameran UP_TVET โ singgah dan dapatkan maklumat lanjut berkaitan permohonan, kursus serta peluang TVET yang ditawarkan! Pelbagai pameran interaktif, teknologi terkini, peluang pendidikan dan kerjaya TVET sempena Hari TVET Negara! ๐งโ๏ธ๐
๐ Dataran Putrajaya
๐๏ธ 5 โ 7 Jun 2026 (Jumaat โ Ahad)
๐ 9.00 pagi โ 10.00 malam
๐ข JUMPA ANDA DISANA!
๐กTVET - Pilihan Utama Kerjaya!
02/06/2026
๐๐๐ฅ๐๐ฆ๐๐ญ ๐๐๐ง๐ฒ๐๐ฆ๐๐ฎ๐ญ ๐๐๐ซ๐ข ๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐ซ๐ ๐๐๐๐
Hari ini, 2 Jun 2026, kita sekali lagi menyambut Hari TVET Negara sebagai manifestasi pengiktirafan terhadap peranan besar pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional dalam membina masa depan negara.
Sebagai Pengerusi Majlis TVET Negara, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh warga TVET yang terdiri daripada para pendidik, tenaga pengajar, institusi latihan, pemain industri, majikan, agensi Kerajaan, sektor swasta, rakan strategik serta para pelajar yang bersama-sama menggerakkan agenda pemerkasaan TVET selama ini.
Alhamdulillah, usaha yang dilaksanakan secara berterusan ini sudah mula memperlihatkan hasil yang membanggakan. Seperti yang telah saya nyatakan sebelum ini, kadar kebolehpasaran graduan TVET telah meningkat kepada 95.9% pada tahun 2025 berbanding 95.6% pada tahun sebelumnya.
Kejayaan ini adalah hasil komitmen dan kerjasama semua pihak yang percaya bahawa pendidikan berasaskan kemahiran merupakan antara pemacu utama kepada ekonomi yang lebih berdaya saing dan masa depan yang lebih cerah untuk generasi akan datang.
Bersempena dengan Hari TVET Negara, saya ingin mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk bersama-sama memeriahkan Sambutan Hari TVET Negara 2026 yang akan berlangsung di Dataran Putrajaya pada 5 hingga 7 Jun ini.
Pelbagai pengisian menarik menanti anda, termasuk pameran teknologi dan inovasi, peluang kerjaya, pertandingan kemahiran serta aktiviti interaktif yang sesuai untuk seisi keluarga.
Insya-Allah, jumpa anda di sana!
โTVET PILIHAN UTAMA KERJAYAโ
02/06/2026
Negara memerlukan individu yang mampu membina, membaiki, mencipta, mengendalikan teknologi, mengurus sistem pengeluaran, menyelesaikan masalah teknikal serta menjana produktiviti sebenar di tempat kerja.
TVET, pengorbanan dan masa depan tenaga mahir negara BULAN Zulhijjah mengajak kita menghayati satu kisah agung tentang pengorbanan, ketaatan dan keyakinan. Kisah Nabi Ibrahim A.S. yang diperintahkan oleh Allah SWT untuk mengorbankan puteranya, Nabi Ismail A.S., bukan sekadar peristiwa yang dikenang setiap kali Aidiladha menjelang, tetapi merupakan sim...
02/06/2026
Dalam dunia pekerjaan masa kini, kemahiran digital dan kemahiran teknikal sama-sama memainkan peranan yang penting.
NIMP 2030 memberi penekanan kepada pembangunan bakat melalui STEM, TVET, upskilling dan reskilling bagi memastikan rakyat lebih bersedia menghadapi keperluan industri masa depan.
02/06/2026
Masa depan anak-anak bukan sekadar memiliki pekerjaan tetapi memiliki peluang untuk berkembang, meningkatkan kemahiran dan membina kehidupan yang lebih baik.
Dalam dunia yang semakin dipacu teknologi dan inovasi, kemahiran teknikal serta digital menjadi antara aset paling penting bagi generasi masa depan.
Melalui NIMP2030, Malaysia terus memperkukuh pembangunan bakat dan tenaga kerja masa hadapan yang lebih berkemahiran, berdaya saing dan bersedia menghadapi perubahan industri global.
26/05/2026
๐โจ Salam Aidiladha 1447H โจ๐
Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam.
Semoga ibadah korban dan segala pengorbanan yang dilakukan diterima serta diberkati Allah SWT. Aidiladha mengajar kita erti keikhlasan, kesabaran dan pengorbanan dalam memperkukuh iman serta ukhuwah sesama insan.
Semoga hari yang mulia ini membawa keberkatan, kesejahteraan dan kebahagiaan buat semua.
Ikhlas daripada Team UP_TVET, JPK & KESUMA
๐กTVET - Pilihan Utama Kerjaya!
26/05/2026
TAK SEMPAT MOHON ATAU BELUM TERIMA TAWARAN?
Jangan risau, anda masih mempunyai peluang kedua melalui Tempoh Rayuan UP_TVET Perdana! โจ
๐๏ธ Tempoh rayuan dibuka mulai 8 Jun hingga 30 Jun 2026.
Calon boleh membuat permohonan bagi kursus yang masih mempunyai baki kapasiti sahaja.
โ
Semak kursus yang masih ada baki kapsiti
โ
Buat pilihan kursus untuk dirayu
โ
Semak emel jika ditawarkan
Pilih dengan bijak demi masa depan kerjaya anda! ๐
Portal Rasmi : https://mohon.tvet.gov.my/
๐กTVET - Pilihan Utama Kerjaya!
21/05/2026
๐ข MAKLUMAN MESRA KEPADA YANG DITAWARKAN
Mulai 25 Mei 2026, calon yang menerima tawaran boleh mula โKlik Terima Tawaranโ di portal rasmi UP_TVET.
โ
Terima SATU tawaran sahaja
โ Tawaran lain akan terbatal secara automatik
โ ๏ธ Selepas โKlik Terima Tawaranโ, pindaan tidak lagi dibenarkan
Pastikan anda menyemak tawaran dengan teliti sebelum membuat keputusan.
Pilih dengan bijak demi masa depan kerjaya anda! ๐
Portal Rasmi : https://mohon.tvet.gov.my/
๐กTVET - Pilihan Utama Kerjaya!
| Monday | 09:00 - 17:00 |
| Tuesday | 09:00 - 17:00 |
| Wednesday | 09:00 - 17:00 |
| Thursday | 09:00 - 17:00 |
| Friday | 09:00 - 17:00 |