05/06/2026
Assalamualaikum semua ibu bapa dan penjaga.
Selamat Kembali Ke Sekolah
Alhamdulillah, in sya Allah, hari Ahad ini, semua ibu bapa akan menghantar anak² kembali ke asrama setelah bercuti lebih 2 minggu.
Sebagai ingatan, mohon kerjasama semua ibu bapa untuk;
1. Memastikan tiada telefon bimbit atau gajet² lain di bawa masuk ke kawasan asrama dan sekolah TANPA kebenaran sekolah,
2. Memastikan tuan puan menghantar anak masing² dan keluar dr kawasan sekolah sebelum jam 6 ptg hari Ahad 7 Jun 2026,
3. Memastikan potongan rambut anak² banin tidak melebihi 2 inci panjang dan dengan fesyen yg dibenarkan shj,
4. Memastikan semua peralatan asrama (sarung bantal, cadar dan selimut) dibawa bersama,
5. Memastikan tiada barangan larangan lain dibawa oleh anak² (v**e, rokok, alat pemanas elektrik, seterika, lampu tidur dll) spt yg telah dimaklumkan oleh warden dan guru disiplin dr semasa ke semasa,
6. Memastikan semua pakaian seragam dan pakaian rasmi sekolah dibawa oleh anak² (termasuk pakaian PBB),
7. Memastikan anak² masuk ke kawasan asrama sambil memakai pakaian yg dibenarkan shj (walaupun rumah berdekatan dgn sekolah), dan
8. Memastikan semua anak² telah menyelesaikan tugasan yg telah diberikan oleh guru.
Semoga Penggal ke-2 persekolahan berjalan dgn baik dan memenuhi aspirasi semua.
Sekian, terima kasih.
Pengetua.
03/06/2026
*Pendaftaran Pelajar Baharu STPM Tahfiz Ambilan 2026*
*Tarikh : 8 Jun 2026*
*Hari : Isnin*
*Masa : 10.00 pg-1.00 ptg*
*Tempat : Dewan Saidina Umar Al Khattab*
Makluman
03/06/2026
[HEBAHAN PERTANDINGAN: PENCARIAN WIRA BIJAK TENAGA 2026]
Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua guru, ibu bapa, dan murid-murid.
Suruhanjaya Tenaga dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) kini menganjurkan Pertandingan Pencarian Wira Bijak Tenaga 2026 di bawah program Malaysia Energy Literacy Programme (MELP).
Mari galakkan anak-anak dan murid kita menyertai pertandingan digital ini secara dalam talian!
📌 KATEGORI PENYERTAAN:
- Sekolah Rendah: Kategori Wira Tenaga Muda
- Sekolah Menengah: Kategori Wira Inovasi Tenaga
🎁 HADIAH & GANJARAN MENARIK:
- Hadiah Wang Tunai (Akaun/Simpanan SSPN Prime)
- Trofi kemenangan
- Lencana digital eksklusif di DELIMa
- Mata PAJSK peringkat kebangsaan untuk semua peserta!
- Surat Kelulusan BSKK - https://drive.google.com/file/d/1BIOaSDymYn9b44PtJd_b5M1mrczdyFI5/view
💻 CARA MENYERTAI:
- Pertandingan dijalankan sepenuhnya secara dalam talian.
- Murid boleh menyemak syarat penyertaan dan menyertainya terus melalui pelantar DELIMa masing-masing.
- Maklumat lanjut boleh dilayari di Laman Rasmi https://sites.google.com/view/wirabijaktenaga/home
Jom semua , gilap potensi anak-anak kita menjadi generasi bijak tenaga! Pendaftaran kini dibuka. ⚡️
01/06/2026
Assalamualaikum..
Makluman kepada semua..
💜 *PROGRAM KECEMERLANGAN SPM 2026 - KEM MUMTAZ* 💜
🗓️ Tarikh : *2 - 7 Jun 2026*
*(Selasa - Ahad)*
🏫 Tempat :
📍 2 - 3 Jun : Secara Dalam Talian..
📍 4 - 7 Jun : SMK Agama Putrajaya
💫 Semoga program berjalan lancar dan memberikan impak positif kepada 136 calon cemerlang SPM 2026.. 💫
* *
* .10*
* *
01/06/2026
🚀 *SATU PEMBELIAN, SEJUTA KEBAIKAN: BANTU SOUTUL ILTIZAM LAHIRKAN RAKAMAN SINGLE PERTAMA!*
Assalamualaikum w.b.t.
Melalui Jualan Amal Baju Eksklusif Soutul Iltizam ini, 100% keuntungan akan disalurkan terus bagi membiayai kos pembangunan, rakaman, dan keperluan penghasilan album dakwah ini.
*KENAPA ANDA WAJIB MILIKI BAJU INI?*
Saham Akhirat Berterusan: Setiap kali bait lirik album ini didengar dan memberi hidayah kepada orang lain, pahalanya turut mengalir kepada anda yang menaja penghasilannya!
Reka Bentuk Eksklusif: Simbol sokongan padu anda terhadap perjuangan seni dakwah tempatan.
Niatkan kerana Allah. Membeli sambil menaja dakwah.
https://forms.gle/FD6WKSpkqaTAzejf7
" Ya Allah, berkatilah rezeki para penyumbang, gantikanlah setiap nilaian wang yang disumbang dengan ganjaran yang melimpah-ruah, dan jadikanlah juga sumbangan ini sebagai asbab kebahagiaan mereka di dunia dan akhirat. Amin."
_Mari Membeli Sambil Menyumbang!_ *Stok adalah terhad* .
01/06/2026
Salam, makluman awal kepada semua guru. Unit SPBT akan mengadakan Spot Check Buku Teks seperti ketetapan berikut. Diharap semua guru dapat memberi kerjasama😊.
Sekian Terima Kasih.
📖Unit SPBT SMKA PUTRAJAYA 📖
01/06/2026
https://www.facebook.com/share/1CbCvcK1UF/?mibextid=wwXIfr
Jemput ke Fb KUMPULAN NASYID SOUTUL ILTIZAM SMAPUTRA🎶🎵🕌😀
Soutul Iltizam Official
Musician/band
29/05/2026
Salam.
Pengumuman Lanjutan Tarikh – National Al Challenge 2026
Sukacita dimaklumkan bahawa tarikh akhir penghantaran projek idea telah dilanjutkan sehingga 12 Jun 2026 (Jumaat), jam 12:00 tengah malam.
Diharap lanjutan ini dapat memberi ruang kepada cikgu dan murid untuk menambah baik idea yang ingin diketengahkan.
Hantar di: pscpen.com/NAIC-submission
Maklumat lanjut: pscpen.com/NAI-Challenge
Murid yang berminat boleh hubungi Cikgu Zaidi: 0124004244 sblm tarikh tutup pendaftaran 12 Jun 2026.