13/01/2022
KESEDARAN (5)
(Sambungan...)
Seterusnya...
Para doktor mengarahkan agar ahli2 keluarga dan sahabat2 Zaid membawanya keluar menziarahi tempat2 tertentu yang diyakini memiliki nostalgia tersendiri buat Zaid...
Moga dengannya kesedaran Zaid akan pulih kembali.
Maka, isteri Zaid membawanya ke tempat honeymoon mereka, dan Zaid mula kelihatan tersenyum sendiri...
Ibu dan Ayah Zaid membawanya ke tempat perkelahan mereka sekeluarga ketika Zaid masih kecil. Ternyata Zaid mula ketawa kecil...
Anak2nya membawa Zaid ke tempat Family Day mereka bersama, dan ternyata Zaid mula senyum melebar, ketawa dan girang gembira...
Dan sahabat2 Zaid membawa Zaid ke tempat2 yg sangat bermakna dlm segala gerakerja kehidupan Zaid, dan Zaid tersenyum dgn penuh makna ibarat baru bertemu kembali dgn tujuan hidupnya yg sebenarnya...
Maka, Zaid memaklumkan kpd doktor bahawa dia tidak mahu lg tinggal di hospital itu dan mahu pulang ke pangkuan keluarga dan sahabat2nya.