07/04/2026
Sesi perbincangan strategik antara iCARE UiTM Cawangan Selangor bersama wakil All Trail Management, En. Munzir, telah berlangsung dengan jayanya π€
Perbincangan ini bertujuan meneroka potensi kolaborasi bagi pelaksanaan program yang melibatkan kedua-dua pihak, termasuk perincian skop program serta peranan masing-masing dalam memastikan pelaksanaan yang efektif dan berimpak.
Antara fokus utama yang dibincangkan adalah penganjuran program larian PALAM Endurance yang dijadualkan berlangsung pada bulan Oktober ini, melibatkan trek trail di dalam kawasan UiTM Puncak Alam. Inisiatif ini dijangka memberi impak positif dalam mempromosikan gaya hidup sihat serta memperkukuhkan hubungan antara komuniti dan industri.
Pihak iCARE amat berbesar hati atas kesudian pihak All Trail Management untuk meluangkan masa dalam sesi ini. Diharapkan perbincangan ini menjadi titik permulaan kepada jalinan kerjasama yang lebih erat dan berterusan pada masa hadapan.
Terima kasih atas komitmen dan sokongan yang diberikan.