SRI Akademi Al Quran At Tirmizi Puncak Alam

SRI Akademi Al Quran At Tirmizi Puncak Alam Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from SRI Akademi Al Quran At Tirmizi Puncak Alam, Education, No 2-2 Jalan Dataran Suria 15/7/2 Seksyen 15, Puncak Alam.

Selamat Menduduki Ujian  Pertengahan Sesi Akademik bagi Tahun 2026! All the best!
17/05/2026

Selamat Menduduki Ujian Pertengahan Sesi Akademik bagi Tahun 2026! All the best!

*DOA KASIH BUAT MURABBI SEMPENA HARI GURU 2026💐*Assalamualaikum w.b.tMakluman kepada ibu bapa/penjaga🌷Pihak sekolah akan...
13/05/2026

*DOA KASIH BUAT MURABBI SEMPENA HARI GURU 2026💐*

Assalamualaikum w.b.t

Makluman kepada ibu bapa/penjaga🌷

Pihak sekolah akan megadakan Doa Kasih Buat Murabbi 2026 pada ketetapan berikut:

📆Tarikh: 15 Mei 2026
⏰Masa: Sesi Pagi & Sesi Petang
🏫Tempat: Dewan Ulul Albab SRI AQT PUNCAK ALAM

Antara pengisian yang akan dilaksanakan adalah:
📖Majlis Kesyukuran dan Doa Selamat
💌Bacaan Kad Hari Guru oleh murid
🫶🏻Sesi Bersalaman dan Bermaafan dengan Guru

Semoga program ini dapat memupuk rasa hormat dan kasih sayang murid terhadap guru🌹.

Sekian, terima kasih.

25/04/2026
✨ MAJLIS JAMUAN RAYA SRIAQT 1147H/2026M ✨Alhamdulillah, segala syukur kami panjatkan ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan...
17/04/2026

✨ MAJLIS JAMUAN RAYA SRIAQT 1147H/2026M ✨

Alhamdulillah, segala syukur kami panjatkan ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan Izin dan InayahNya dapat kami melaksanakan Jamuan Hari Raya Sekolah pada 17 April 2026 bersamaan 27 Syawal 1447H.

Kami daripada pihak pengurusan sekolah mengucapkan jutaan terima kasih kepada ibu bapa dan anak2 yang memeriahkan Jamuan Hari Raya dengan penyediaan makanan yang pelbagai dan pakaian anak-anak yang sangat cantik dan comel 😍🥰

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin 🥰

Semoga kita berjumpa lagi pada raya yang akan datang 🤲🏻





✨ANUGERAH PSRA & UPKK 2025 TERBAIK DAERAH KUALA SELANGOR✨Alhamdulillah, satu lagi pencapaian membanggakan berjaya diraih...
14/04/2026

✨ANUGERAH PSRA & UPKK 2025 TERBAIK DAERAH KUALA SELANGOR✨

Alhamdulillah, satu lagi pencapaian membanggakan berjaya diraih!

🏆 Anugerah Tempat Pertama PSRA Terbaik Daerah Kuala Selangor

🏆 Anugerah Tempat Pertama UPKK Terbaik Daerah Kuala Selangor

📚 Sempena Hari Kualiti Daerah Kuala Selangor
PSRA TAHUN 2025

Kejayaan ini adalah hasil usaha gigih murid-murid, bimbingan penuh dedikasi para guru serta sokongan padu ibu bapa. Semoga pencapaian ini menjadi inspirasi untuk terus melahirkan generasi yang cemerlang dunia dan akhirat. 🤲🏻✨

Ini bukan pengakhiran tapi permulaan untuk kita terus melakar kecemerlangan yang gemilang! 🌟

Terima kasih kepada Bahagian Unit Pendidikan Islam Daerah Kuala Selangor atas anugerah yang diberikan.

“Membentuk Generasi Qurani”





🌙 MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI  SRIAQT 2026🌙Assalamualaikum w.b.t & salam sejahtera,Sukacita dimaklumkan bahawa ...
12/04/2026

🌙 MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI SRIAQT 2026🌙

Assalamualaikum w.b.t & salam sejahtera,

Sukacita dimaklumkan bahawa pihak sekolah akan mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri seperti ketetapan berikut:

📅 Tarikh: 16 April 2026 (Khamis)
⏰ Masa: Sesi Pagi & Sesi Petang

🎉 Semua pelajar diminta untuk memakai baju raya yang sopan dan kemas.
🍽 Pelajar juga diminta untuk membawa juadah (potluck) untuk dikongsi bersama.

Pelbagai aktiviti menarik menanti anda:
🎲 Permaianan
🎁 Cabutan bertuah

Marilah kita bersama-sama memeriahkan sambutan ini dalam suasana penuh kegembiraan dan ukhuwah.

Sekian, terima kasih.

15/03/2026

🕌 PROGRAM IHYA RAMADAN 1447H/2026M ~ MUSABAQAH RAMADAN SRIAQT🌙

Alhamdulillah telah berjalan dengan lancar Program Musabaqah Ramadan SRIAQT pada:-

🗓️ 4 Mac 2026
- Azan & Iqomah
- Hafazan Terjemahan & Tafsiran
- Khutbah Jumaat

🗓️ 11 Mac 2026
- Bercerita dari Al-Quran
- Syarahan Bahasa Melayu
- Syarahan Bahasa Arab

🗓️ 12 Mac 2026
- Khat Tahap 1 & 2

Semoga dengan adanya program ini dapat memberi peluang kepada semua murid meningkatkan ilmu, mengasah bakat, dan memperkukuh iman di bulan Ramadan🌙✨

Address

No 2-2 Jalan Dataran Suria 15/7/2 Seksyen 15
Puncak Alam
42300

Opening Hours

Monday 07:30 - 17:30
Tuesday 07:30 - 17:30
Wednesday 07:30 - 17:30
Thursday 07:30 - 17:30
Friday 07:30 - 17:30

Telephone

+60199111413

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SRI Akademi Al Quran At Tirmizi Puncak Alam posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to SRI Akademi Al Quran At Tirmizi Puncak Alam:

Shortcuts

Share

Category