Nursing Student Association - NUSA

Call Contact the school

Nursing Student Association - NUSA Empowering the next generation of nurses. Join us in shaping the future of healthcare!

30/09/2026
ISNIN | 28 SEPTEMBER 2026 | AKADEMIKAssalamualaikum W.B.TSalam Sejahtera danSalam UiTM di Hatiku. [ SELAMAT MENJALANI SE...
28/09/2026

ISNIN | 28 SEPTEMBER 2026 | AKADEMIK

Assalamualaikum W.B.T
Salam Sejahtera dan
Salam UiTM di Hatiku.

[ SELAMAT MENJALANI SEMESTER BAHARU BAGI SESI SEPTEMBER 2026-FEBRUARI 2027]

Merujuk perkara di atas, Nursing Students Association (NUSA) sesi 2025/2026 ingin mengucapkan Selamat Menjalani Semester Baharu bagi Sesi September 2026-Februari 2027 khususnya bagi pelajar kejururawatan serta semua pelajar UiTM Puncak Alam.

๐ŸŒผ Kami dengan sukacitanya menyambut kedatangan pelajar baharu kejururawatan tahun satu ke alam universiti ini.

๐ŸŒผ Kami ingin berpesan kepada para pelajar supaya sentiasa menjaga kesihatan diri secara fizikal dan mental serta mengamalkan tingkah laku yang baik sepanjang anda belajar di sini.

๐ŸŒผ Kami berharap permulaan semester baharu ini dapat meningkatkan motivasi pelajar untuk belajar dengan tekun dan berdisiplin kerana ia adalah kunci bagi meraih prestasi yang cemerlang dalam menimba ilmu di UiTM ini.

๐ŸŒผ Doa Supaya Beroleh Ilmu Yang Bermanfaat:

ุงูŽู„ู„ูŽู‘ู‡ูู…ูŽู‘ ุฅููู†ูู‘ูŠู’ ุฃูŽุนููˆู’ุฐูุจููƒูŽ ู…ูู†ู’ ุนูู„ู’ู…ู ู„ุงูŽ ูŠูŽู†ู’ููŽุนู , ูˆูŽู…ูู†ู’ ู‚ูŽู„ู’ุจู ู„ุงูŽ ูŠูŽุฎู’ุดูŽุนู , ูˆูŽู…ูู†ู’ ู†ูŽูู’ุณู ู„ุงูŽ ุชูŽุดู’ุจูŽุนู , ูˆูŽู…ูู†ู’ ุฏูŽุนู’ูˆูŽุฉู ู„ุงูŽ ูŠูุณู’ุชูŽุฌูŽุงุจู ู„ูŽู‡ุงูŽ

Maksudnya:
โ€œ Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari ilmu yang tidak bermanfaat dari hati yang tidak khusyuk, dari nafsu yang tidak pernah kenyang, dan dari doa yang tidak diperkenankan.โ€

Sekian, terima kasih.

"KREDIBILITI PERSATUAN, MENGIKTIRAF MAHASISWA"

Yang menjalankan amanah,

EXCO ADUAN, KESELAMATAN DAN PERUNDANGAN
Nursing Students Association (NUSA)
Fakulti Sains Kesihatan
Sesi 2025/2026



RABU | 16 SEPTEMBER 2026 | UMUMAssalamualaikum W.B.TSalam Sejahtera danSalam UiTM Di Hatiku.[SELAMAT HARI MALAYSIA KE-63...
16/09/2026

RABU | 16 SEPTEMBER 2026 | UMUM

Assalamualaikum W.B.T
Salam Sejahtera dan
Salam UiTM Di Hatiku.

[SELAMAT HARI MALAYSIA KE-63]

Merujuk kepada perkara di atas, kami dari Nursing Students Association (NUSA) sesi 2025/2026 ingin mengucapkan SELAMAT HARI MALAYSIA KE-63 kepada seluruh warga Fakulti Sains Kesihatan, khususnya para pelajar kejururawatan.

Hari Malaysia mengingatkan kita bahawa di sebalik perbezaan budaya, bahasa dan latar belakang, kita tetap satu dalam sebuah keluarga bernama Malaysia.

Marilah kita menyemai semangat perpaduan, saling menghargai dan menghulurkan tangan kepada mereka yang memerlukan demi membina Malaysia yang lebih harmoni dan sejahtera.

Selamat Hari Malaysia ke-63! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ
Berbeza dalam warna, bersatu dalam jiwa.
Satu Hati, Satu Jiwa, Satu Malaysia.

Sekian, terima kasih.

"KREDIBILITI PERSATUAN, MENGIKTIRAF MAHASISWA"

Yang menjalankan amanah,

EXCO KEROHANIAN, KEBAJIKAN DAN KAUNSELING
Nursing Students Association (NUSA)
Fakulti Sains Kesihatan
Sesi 2025/2026



JUMAAT | 4 SEPTEMBER 2026 | MAKLUMANAssalamualaikum W.B.TSalam SejahteraSalam UiTM di Hatiku.[ UCAPAN TAHNIAH DAN SYABAS...
03/09/2026

JUMAAT | 4 SEPTEMBER 2026 | MAKLUMAN

Assalamualaikum W.B.T
Salam Sejahtera
Salam UiTM di Hatiku.

[ UCAPAN TAHNIAH DAN SYABAS ATAS KEPUTUSAN PEPERIKSAAN AKHIR SESI MAC - OGOS 2026]

Merujuk perkara diatas, Persatuan Pelajar Kejururawatan Fakulti Sains Kesihatan sesi 2025/2026 ingin mengucapkan tahniah atas keputusan peperiksaan akhir semester sesi Mac - Ogos 2026 kepada semua pelajar Kejururawatan. Segala usaha, ketekunan, pengorbanan dan doa yang dicurahkan sepanjang sesi pengajian akhirnya membuahkan hasil yang membanggakan.

Setiap kejayaan yang dicapai hari ini menjadi langkah awal menuju masa depan yang lebih gemilang. Sehubungan dengan itu, kami berharap agar kejayaan yang diraih menjadi pembakar semangat untuk terus melangkah dengan penuh keyakinan serta mencapai kecemerlangan yang lebih tinggi pada masa hadapan.

Sekian, terima kasih.

โ€œKREDIBILITI PERSATUAN, MENGIKTIRAF MAHASISWAโ€

Yang menjalankan amanah,

EXCO PENERANGAN, MULTIMEDIA DAN PUBLISITI
Persatuan Pelajar Kejururawatan (NUSA)
Fakulti Sains Kesihatan
Sesi 2025/2026



ISNIN | 31 OGOS 2026 | UMUMAssalamualaikum W.B.TSalam Sejahtera danSalam UiTM Di Hatiku.[SELAMAT HARI KEBANGSAAN KE-69]M...
31/08/2026

ISNIN | 31 OGOS 2026 | UMUM

Assalamualaikum W.B.T
Salam Sejahtera dan
Salam UiTM Di Hatiku.

[SELAMAT HARI KEBANGSAAN KE-69]

Merujuk kepada perkara di atas, kami dari Nursing Students Association (NUSA) sesi 2025/2026 ingin mengucapkan SELAMAT HARI KEBANGSAAN KE-69 kepada seluruh warga Fakulti Sains Kesihatan, khususnya para pelajar kejururawatan.

โ€œMalaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmatiโ€, marilah kita bersama-sama menghayati erti kemerdekaan dengan menyemarakkan semangat perpaduan, saling menghormati dan menghargai kepelbagaian demi mewujudkan Malaysia yang aman, harmoni dan sejahtera.

Selamat Hari Kebangsaan ke-69! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ
31 Ogos 2026 โ€” Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Sekian, terima kasih.

"KREDIBILITI PERSATUAN, MENGIKTIRAF MAHASISWA"

Yang menjalankan amanah,

EXCO SUKAN DAN KEBUDAYAAN
Nursing Students Association (NUSA)
Fakulti Sains Kesihatan
Sesi 2025/2026



SELASA | 25 OGOS | UMUMAssalamualaikum W.B.TSalam SejahteraSalam UiTM Di Hatiku.[SALAM MAULIDUR RASUL 1448H]Merujuk perk...
25/08/2026

SELASA | 25 OGOS | UMUM

Assalamualaikum W.B.T
Salam Sejahtera
Salam UiTM Di Hatiku.

[SALAM MAULIDUR RASUL 1448H]

Merujuk perkara di atas, kami dari Nursing Students Association (NUSA) sesi 2025/2026 ingin mengucapkan SALAM MAULIDUR RASUL 1448H kepada seluruh warga Fakulti Sains Kesihatan, khususnya para pelajar kejururawatan.

Marilah kita bersama-sama memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW dengan memperbanyakkan selawat dan salam ke atas Baginda. Semoga sambutan Maulidur Rasul ini menjadi ruang untuk kita menghayati kembali perjuangan, akhlak mulia serta sunnah Rasulullah SAW sebagai panduan dalam kehidupan seharian.

Rasulullah SAW hadir membawa cahaya ketika dunia diselubungi kegelapan, mengajarkan bahawa kelembutan mampu menyentuh hati, kesabaran mampu menguatkan jiwa dan kasih sayang mampu menyatukan manusia.

Semoga kecintaan kepada Baginda tidak hanya terucap di bibir, tetapi terus hidup dalam hati dan tercermin melalui setiap tutur kata, perbuatan dan akhlak kita. Semoga sunnah Baginda menjadi pedoman dalam perjalanan hidup, dan syafaat Baginda menjadi harapan yang sentiasa kita dambakan.

Sekian, Terima Kasih.

โ€œKREDIBILITI PERSATUAN, MENGINSPIRASI MAHASISWAโ€

Yang menjalankan amanah,

EXCO KEUSAHAWANAN DAN PENAJAAN
Nursing Students Association (NUSA)
Fakulti Sains Kesihatan
Sesi 2025/2026



ISNIN | 10 OGOS 2026 | AKADEMIKAssalamualaikum W.B.TSalam Sejahtera danSalam UiTM Di Hatiku.[SELAMAT MENJALANI CUTI SEME...
10/08/2026

ISNIN | 10 OGOS 2026 | AKADEMIK

Assalamualaikum W.B.T
Salam Sejahtera dan
Salam UiTM Di Hatiku.

[SELAMAT MENJALANI CUTI SEMESTER MAC 2026 - OGOS 2026]

Merujuk kepada perkara di atas, kami dari Nursing Students Association (NUSA) sesi 2025/2026 ingin mengucapkan selamat menjalani cuti semester sesi Mac 2026 - Ogos 2026 kepada semua pelajar kejururawatan.

Semoga cuti semester ini dimanfaatkan dengan sebaiknya untuk berehat, meluangkan masa bersama keluarga serta mengisi masa dengan aktiviti yang bermanfaat. Jangan lupa untuk sentiasa menjaga kesihatan, keselamatan dan kesejahteraan diri sepanjang tempoh cuti.

Semoga kita semua kembali ke kampus nanti dengan semangat yang lebih segar, azam yang lebih utuh dan motivasi yang tinggi untuk meneruskan kecemerlangan dalam akademik serta sahsiah.

Sekian, terima kasih.

"KREDIBILITI PERSATUAN, MENGIKTIRAF MAHASISWA"

Yang menjalankan amanah,

EXCO ADUAN, KESELAMATAN & PERUNDANGAN
Nursing Students Association (NUSA)
Fakulti Sains Kesihatan
Sesi 2025/2026



Address

UiTM Puncak Alam
Puncak Alam

Telephone

+601111212304

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Nursing Student Association - NUSA posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Nursing Student Association - NUSA:

Shortcuts

Share