22/07/2025
Ibu-Ibu, saya nak tanya sikit..
Apa perasan ibu-ibu sekalian, sekiranya anak lukis gambar ibu-ibu sekalian dah mati?π«’
Tanam dalam kubur.
Sedangkan ibu-ibu semua sihat, segar bugar kat rumah.π
Dalam satu sesi conteng-conteng bersama seorang kanak-kanak berusia 7 tahun, dia melukis gambar ibunya dah mati dan dikuburkan. Ceria sungguh dia bercerita tentang bagaimana ibunya dimasukkan dalam kubur.
Saya hantar gambar tersebut kepada ibunya. Histeria sekejap ibunya.π
Tapi Alhamdulillah, dia cepat sedar diri. Dia mengaku mungkin kerana dia sendiri selalu tidak dapat mengawal diri dan kerap sangat marahkan anaknya. Dia sendiri mengaku mengalami gangguan emosi yang teruk dan sedang mendapatkan rawatan di hospital.
Ibu-Ibu sekalian,
Dahsyat tau anak-anak kita ni sebenarnya. Mereka meskipun masih kecil, mampu meluah keluar konflik dan emosi mereka dalam bentuk lukisan. Ini sudah cukup KBAT sebenarnya bagi kanak-kanak. Malangnya bahasa lukisan mereka ini sering tidak diendahkan oleh kita orang dewasa.
Jadi ibu-ibu sekalian,
Jangan garang-garang sangat ya..
Nanti anak lukis macam tu, histeria pulak korang. π
Gambar di bawah adalah contoh kes yang hampir serupa. Yang ditanam bersama patung caterpillar tu adalah ibunya. Mata ibunya dipangkah sebagai simbol ibunya dah mati. Sedangkan ibunya masih hidup.
Ada banyak maklumat dari lukisan ini. cuba share apa lagi yang anda semua nampak.
Klik https://chat.whatsapp.com/L3RBPwjKdQTLRXwRphQtPJ untuk tahu lebih lanjut tentang rahsia lukisan kanak-kanak.