01/08/2023
Zuraidah Hairudin
NASI BUTTER ALA2 KFC + AYAM GORENG ALA2 KFC + SUP β€οΈ
Bahan-bahan nasi butter ππ§:
(Untuk 5 org makan)
β 4cawan beras
β 4 biji bawang putih(ketuk dan potong halus2)
β 1 biji bawang merah (optional) (hiris nipis2)
β 125g butter
β Halia (ketuk biar pecah sikit)
β 1 cawan freshmilk (apa2 brand janji full cream)
β 1 kiub pati ayam maggie
β Garam
Cara masak nasi butter:
1. Panaskan kuali, masukkan butter dan tumis bawang putih dan bawang merah tumiskan sekali sampai naik bau.
2. Masukkan halia.
3. Masukkan freshmilk kacaukan sekejap dalam 2 minit.
4. Masukkan beras yang dah dibasuh, pastu masukkan kiub pati ayam dan gorengkan beras sekejap dalam 3 minit.
5. Alihkan beras ke dalam rice cooker dan masukkan air. Sukatan air ditambahkan dengan secawan susu tadi. Mcm sy beras 4 cawan, air 4 cawan+1 cawan susu βΊοΈ
6. Masukkan sedikit garam dan masak seperti biasa (s**atan air bergantung pada jenis beras)
Bahan ayam goreng ala2 kfc π:
β 10 ketul ayam
β 1 cawan tepung bestari original
β 1 cawan tepung bestari spicy
(Untuk anak kecik guna tepung original sahaja)
Cara masak ayam goreng ala2 kfc:
1. Ambik 5-6 sudu besar campuran tepung tadi, gaulkan dengan ayam sehingga sebati. Perap selama 2 jam.
2. Dah siap perap, panaskan kuali letak minyak dan ambik ayam perap tadi gaulkan dgn baki tepung campuran tadi, salutkan tepung tebal2 dan goreng hingga garing dengan api sederhana.
Bahan-bahan sup chicken meatball π₯£:
β Leher/kaki ayam potong kecil2
β 10 biji chicken meatball
β Daun sup
β 1 kiub pati ayam
β Halia (ketuk)
β Bawang putih
β 3 cawan air
β Garam secukupnya
Cara masak sup chicken meatball :
1. Tumiskan bawang putih hingga naik bau, masukkan halia dan leher/kaki ayam yg dah dipotong kecil2 biarkan sekejap.
2. Masukkan chicken meatball,kiub pati ayam dan air biarkan sampai masak.
3. Masukkan garam dan daun sup
Siapppp π₯° boleh dihidangkan.
Kredit: Syue Haida